Now Reading
[Video] Warga Emas Didakwa Buang Kucing Kerana Berak Merata, Ramai Pula Sokong!

[Video] Warga Emas Didakwa Buang Kucing Kerana Berak Merata, Ramai Pula Sokong!

Lelaki itu juga didakwa pernah memukul kucing yang berada di kawasan itu menggunakan batang penyapu dan paip PVC.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kucing sememangnya salah seekor haiwan peliharaan yang menjadi pilihan hati ramai orang di Malaysia.

Namun begitu, kadangkala wujudnya sesetengah individu yang memelihara kucing dengan tidak bertanggungjawab sehingga menyusahkan jiran tetangga apabila si bulus merayap dan membuang air besar di merata-rata tempat.

Dalam masa sama, terdapat juga banyak kucing liar yang tidak dijaga dan berkeliaran akibat pembiakan tidak terkawal.

Lebih sedih lagi apabila mereka tidak mendapat makan yang cukup, berisiko dilanggar kenderaan dan menjadi mangsa dera pihak tidak bertanggungjawab.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Selamba Buang Najis Kucing Dari Tingkat Atas Kondominium


Warga Emas Tangkap Kucing, Alasan Buang Air Besar Merata

Dalam satu video tular di X (@update11111), kelihatan seekor kucing terperangkap di dalam jaring yang dipegang oleh seorang warga emas. Kucing itu kemudiannya dilepaskan daripada jaring berkenaan.

Apabila ditanya, warga emas itu berkata dia berbuat demikian kerana kucing tersebut membuang najis di merata tempat sehingga menyebabkan bau yang amat busuk.

Tambahnya lagi, dia telah melaporkan tentang kucing itu, namun tidak jelas kepada siapakah atau pihak manakah dia berbuat demikian.


Tukang Rakam Ugut Akan Laporkan Insiden Pada Pihak Polis

Kedengaran juga individu yang merakam video berkenaan berkata dia akan melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Dalam masa sama, dia juga berkata kucing tersebut dilayan seperti seekor anjing.

“Ini Melayu tempat, ini tempat kucing tau. Ada anjing kita pun tak ada tangkap tau,” tambahnya.

Kedengaran warga emas itu juga menegaskan bahawa dia tidak memukul kucing itu, namun dia didakwa melayan haiwan itu dengan kasar.


Warga Emas Didakwa Bukan Pertama Kali Layan Kucing Sedemikian

Berdasarkan kepada hantaran di X, dipercayai kejadian itu berlaku di sekitar kawasan Flat Pandan Jaya (PPAS).

Tambahnya lagi, ini bukanlah pertama kali lelaki tua itu melakukan perkara sedemikian.

Malah, dia didakwa pernah memukul kucing menggunakan batang penyapu atau paip PVC dengan alasan sama.

https://twitter.com/update11111/status/1853006698476388826

“Bukan Jadi Pet Dah, Jadi Pest” – Pengguna X

Menjenguk ke ruangan balas, boleh disimpulkan bahawa rata-rata pengguna X bersetuju bahawa kucing liar sememangnya mendatangkan masalah kepada orang ramai apabila ia membuang air besar di tempat yang tidak sepatutnya.

Orang ramai berkongsi pengalaman mereka terpaksa berhadapan dengan najis kucing di kawasan rumah, malah di atas kereta, walaupun tidak memelihara haiwan itu.

Di samping itu, beberapa individu turut berkata bahawa mereka menyokong tindakan warga emas tersebut.

“Pakcik tu bukan pukul tapi buang je. Aku pernah je buang kucing jauh dari rumah aku. Yang tak kena tak tahu. Yang kena ni hari-hari nak membasuh taik kucing,” kata salah seorang daripada mereka.

Dalam masa sama, ramai pengguna media sosial yang berpendapat individu yang memelihara kucing yang bersalah kerana membiarkan sahaja haiwan peliharaan mereka itu berkeliaran sehingga mendatangkan kesukaran kepada jiran tetangga.

Seorang individu pula menyifatkan kucing yang terlalu banyak berkeliaran sebagai haiwan perosak berbanding haiwan peliharaan.


Buang Kucing Kesalahan Di Bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Berdasarkan satu artikel semak fakta oleh Malaysia Bersuara, membuang kucing merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang negara.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar), Datuk Dr Muhammad Safaruddin Md Dawam, tindakan seseorang membuang kucing walaupun yang tidak dimiliki olehnya adalah satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Seksyen 29(1)(p) menjelaskan bahawa meninggalkan haiwan di suatu tempat yang sehingga menyebabkan trauma, kesakitan atau penderitaan atas sebab penempatan semula, kebuluran, dahaga, kecederaan atau penyakit, adalah satu kesalahan.

Seksyen 29(1)(r) pula menetapkan pemilik sama ada sengaja ataupun tidak, telah melakukan kesalahan jika membiarkan haiwan yang berpenyakit, tidak berupaya atau cedera, mati di mana-mana.

Kesalahan yang disabit di bawah seksyen berkenaan boleh dikenakan denda antara RM20,000 hingga RM100,000, dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut Islam pula, walaupun kucing datang ke rumah, ia tidak wajib dipelihara dan harus dibuang. Namun haiwan itu perlulah diletakkan di kawasan yang tidak berbahaya dan senang mendapatkan makanan.

Sumber gambar: Unsplash

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Membuang Kucing Satu Kesalahan Undang-Undang Di Malaysia?

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Buang Kucing? Ini Penjelasan Pegawai Agama

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Asyik Berak Depan Rumah? Guna 7 Bahan Ini Untuk Halau Si Bulus


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd