Now Reading
[Video] Ramai Kagum Lihat Staf Syarikat Media Di Beijing China Guna Nama & Bahasa Melayu Ketika Bekerja

[Video] Ramai Kagum Lihat Staf Syarikat Media Di Beijing China Guna Nama & Bahasa Melayu Ketika Bekerja

Menerusi video tular, kelihatan beberapa pekerja warga China dari syarikat Kumpulan Media China (CMG) bertutur menggunakan Bahasa Melayu dengan lancar.

warga China yang bekerja di Beijing guna bahasa Melayu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang digunakan di Malaysia dan beberapa negara di Asia Tenggara. Malah ia juga digunakan oleh rata-rata rakyat di negara ini sejak mereka kecil lagi.

Namun siapa sangka bahasa kebanggaan ini juga digunakan oleh orang asing di negara mereka juga. Seperti sebelum ini, tular perkongsian di laman Facebook menyaksikan papan tanda di Korea Selatan yang memaparkan terjemahan dalam Bahasa Melayu.

Difahamkan, kebanjiran pelancong asing terutamanya dari Malaysia sejak beberapa tahun lalu membuatkan kerajaan Korea berbesar hati untuk meletakkan Bahasa Melayu di papan tanda. Ia dalam masa sama dapat memudahkan perjalanan para pelawat.

Baca Artikel Berkaitan: Wow! Bahasa Melayu Di Martabat Di Korea Selatan, Papan Tanda Kini Dalam BM


Ramai Kakitangan Warga China Di Beijing Guna Bahasa Melayu Ketika Bekerja

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wartawan Kumpulan Media China (CMG) dikenali sebagai Husna Liang Liang (@husnaliangliang) berkongsi suasana pejabatnya yang terletak di Beijing.

Lain daripada lain, Husna berkata rakan sejawatnya yang rata-rata warga China fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan menggunakan bahasa ini sewaktu bekerja. Bukan itu sahaja, mereka juga menggunakan gelaran nama ala-ala orang Melayu juga!

Husna yang ditemani seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Isa yang turut bekerja di situ dilihat sedang menemu ramah beberapa orang pekerja di sana. Salah seorang pekerja bernama Rozana mendedahkan bahawa dia telah mula belajar Bahasa Melayu sejak tahun 2005.

Kemudian mereka menemu bual pula seorang wanita dikenali sebagai Melur. Jelas Melur, nama klasik daripada sejenis bunga itu diberikan oleh salah seorang pensyarahnya satu masa dahulu.

Mereka juga tidak terlepas untuk menemu bual bos CMG yang dikenali sebagai Fairus. Kalau anda dengar sendiri perbualan mereka, mesti anda tidak sangka pekerja tersebut berasal dari China.

Sumber: TikTok (@husnaliangliang)

Isa Teruja Bekerja Di China Kerana Rasa Seperti Di Malaysia

Isa dalam masa sama berkata dia berasa amat seronok kerana mendapat peluang untuk bekerja dalam persekitaran rakan sekerja yang mahir berbahasa sepertinya.

“Saya rasa seronok sangat sebab macam berada di Malaysia. Sebab saya fikir kalau saya datang ke China, saya akan bekerja dengan orang-orang yang berbahasa Mandarin.

“Tapi bila saya masuk sahaja ke dalam pejabat ni, semuanya boleh bercakap Bahasa Melayu. Jadi kerja saya pun jadi lebih seronok,” kata Isa.

@husnaliangliang Pejabat China yang bercakap Bahasa Melayu? Hari ini Husna akan mengikuti @IzBeijing🇲🇾🇨🇳 , wartawan Kumpulan Media China (CMG) untuk mengunjungi pejabatnya di Beijing dan berkenal rakan-rakan China di dalam itu! #CinaCakapBahasa #CeritaPenggunaBahasaMelayudiChina #HusnaLiang ♬ 原创音乐 – Husna

Ramai Puji Pekerja Warga China Yang Fasih Berbahasa Melayu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat kagum dengan pekerja dari China yang fasih berbahasa Melayu.

“Bukan sahaja pandai berbahasa Melayu, malah menggunakan perkataan yang baik dan formal,” ujar seorang wanita.

Bahkan ramai juga memuji kakitangan tersebut kerana tidak dilihat kekok atau tersasul semasa bercakap dalam Bahasa Melayu.

“Tak ada pelat langsung. Sebutan (huruf) R diaorang sangat bagus sekali. Sangat tersusun sekali ayat yang dituturkan,” jelas seorang individu.

Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa bangga apabila bahasa kebanggsaan dimartabatkan di negara luar.

“Secara positifnya, ini pengaruh penggunaan Bahasa Melayu secara global,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@husnaliangliang)

Baca Artikel Berkaitan: 5 Tahun Menetap Di Malaysia, Wanita Muslimah Jepun Begitu Fasih Berbahasa Melayu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Agak Menyedihkan” – Pakar Bahasa Ulas Isu Rakyat Malaysia Masih Tak Reti Berbahasa Melayu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd