[Video] Gelagat Kanak-kanak Santai Tunggang Kuda Dalam Laut Cuit Hati Ramai
Situasi kanak-kanak perempuan yang menunggang kuda dalam laut itu berlokasi sekitar Pantai Melawi, Bachok di Kelantan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, ramai di kalangan masyarakat yang suka bersiar-siar di pantai lebih-lebih lagi waktu hujung minggu. Sambil makan angin, dapat juga anda hilangkan stres.
Selain bermandi-manda, banyak sebenarnya aktiviti lain yang anda boleh cuba bersama rakan-rakan dan keluarga anda.
Antaranya adalah bermain bola tampar di pantai, menaiki ATV, berkelah, memancing, main layang-layang, menunggang kuda dan sebagainya. Dapat pula ketika cuaca sedang baik, memang seronok.
Kanak-kanak Tunggang Kuda Dalam Laut
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Wan (@wwwannnnnn) berkongsi situasi mencuit hati menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan sedang menunggang kuda di Pantai Melawi, Bachok sekitar Kelantan.
Kebiasaaanya, pengunjung pantai akan menaiki dan membawa kuda di sekitar pantai iaitu di kawasan berpasir. Namun lain pula yang terjadi apabila kanak-kanak tersebut dilihat menunggang kuda di dalam laut.
Perkara yang lebih mencuri perhatian adalah kuda itu dilihat seperti sudah terbiasa membawa seseorang hingga ke dalam laut. Lain daripada reaksi kanak-kanak lain, si kecil juga dilihat tenang dan santai menunggang di dalam kawasan perairan.
“Jarang-jarang eh sampai ke dalam laut perginya 😂” ujar Wan di ruangan kapsyen.
@wwwannnnnn Jarang jarang laa eh sampi ke dalam laut perginya 😂 #pantaimelawi #kelantan #horse #horselover ♬ AnySoundEffects Funny Song Cavendish – Any Sound Effects
Ramai Terhibur Lihat Kanak-kanak Santai Tunggang Kuda Dalam Laut
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat situasi tidak terduga itu.
“Bosan sangat kot jalan dekat pasir tu sampai ke dalam laut dia nak cuba tu 😂,” kata seorang wanita.
Malah ramai juga terkejut melihat reaksi kanak-kanak yang begitu tenang menunggang kuda dalam laut.
“Rileks je budak tu. Kalau aku dah macam-macam (benda buruk) terfikir dah,” kata seorang warganet.
Sementara itu, ramai juga yang sempat berseloroh melihat situasi yang jarang berlaku depan mata tersebut.
“Kuda pun susah sekarang, tu yang kena buat part time jadi kuda laut,” ujar seorang pengguna TikTok.
Boleh Tingkatkan Stamina Kuda Jika Mandi Laut
Kalau anda nak tahu, fenomena membawa kuda ke dalam laut bukanlah satu perkara yang janggal. Memetik Sinar Harian, mandi laut mampu merawat kuda yang diserang penyakit kulit sekiranya terdapat luka pada badan haiwan tersebut.
Selain itu, mandi laut juga dapat meningkatkan stamina dan keyakinan haiwan peliharaan berkenaan terutamanya jika digunakan dalam permainan kuda lasak (endurance).
“Mandi laut ni kita tak buat setiap hari. Dalam sebulan sekali kita bawa ke laut bergantung cuaca dan keadaan ombak. Mandi laut dapat melatih tenaga kuda sebab bila ia masuk dalam air, ketumpatan air dapat melatih kaki supaya lebih kuat untuk berlari.
“Miea kuda yang saya biasa guna untuk sukan lasak, saya biasakan ia mandi dan berenang di kawasan berkedalaman sehingga ke paras leher,” kata seorang pemilik kuda dikenali sebagai Mohammad Solehhim Aziz.
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Kuda Poni Naik Bas ‘Tegur’ Penumpang Bikin Ramai Terhibur Di United Kingdom
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kuda Terlepas & Lari Tengah Jalan Gara-gara Trak Pikap Kemalangan
Baca Artikel Berkaitan: Netizen Kritik Penunggang Kuda Di Laluan Pandu Lalu McDonald’s Cyberjaya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram