Now Reading
[Video] “Fitnah Tanpa Sebab” – Aireen Omar Jelaskan Tiada Skandal Kewangan Dalam FashionValet

[Video] “Fitnah Tanpa Sebab” – Aireen Omar Jelaskan Tiada Skandal Kewangan Dalam FashionValet

Ahli Lembaga Pengarah FashionValet itu merasakan kritikan yang dihadapi syarikat tersebut sedikit tidak adil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan FashionValet dan pengasas bersamanya, Datin Vivy Yusof serta suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, hangat menjadi buah mulut orang ramai.

Ini susulan pengumuman kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) terhadap syarikat tersebut.

Vivy bersama Fadza kemudiannya tampil mengumumkan bakal melepaskan jawatan dalam syarikat FashionValet.

Sehubungan itu, orang ramai mengkritik nak meminta penjelasan atas kerugian pelaburan tersebut yang menggunakan duit rakyat.

Malah ada yang menyifatkan tindakan mereka mahu berundur seperti ‘melarikan diri’.


Aireen Omar Tegaskan Tiada Skandal Kewangan Berlaku Di FashionValet

Terbaharu, satu video podcast ‘Apa Cerita?’, memaparkan temubual bersama Presiden (Pelaburan dan Usaha Niaga) Capital A, Aireen Omar.

Menghampiri penghujung temubual, dia telah ditanya berkenaan masalah yang berlaku terhadap FashionValet sehingga menyebabkan kerugian besar.

Selaku Ahli Lembaga Pengarah FashionValet sejak Februari 2022, Aireen turut menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang skandal yang membabitkan syarikat tersebut, sama ada penipuan atau penggelapan wang (siphoning).

“Saya berada dalam barisan lembaga pengarah dan melihat pada angka. Sama sekali tiada sebarang perkara seperti itu. Jadi apa-apa yang orang ramai ingin membuat spekulasi, mereka akan berbuat sedemikian, kan?

“Kadangkala saya berasa mungkin mereka sepatutnya mengutamakan kehidupan sendiri dan melihat pada perkara lain atau mempelajari sesuatu (yang baru) dan menambah baik diri sendiri. Berbanding cuba untuk menjatuhkan sebuah syarikat atau seseorang apabila anda tidak benar-benar mengetahui faktanya,” jelasnya.


“Kerugian Perkara Semulajadi Berlaku Dalam Perniagaan” – Aireen Omar

Sebaliknya, Aireen menjelaskan kegagalan FashionValet sebagai sesuatu yang ‘semulajadi berlaku dalam mana-mana perniagaan.’

Katanya lagi, bagaimana seseorang bangun semula daripada kegagalan adalah perkara yang paling penting.

Membandingkan dengan AirAsia, dia berkata syarikat itu juga ada naik dan turunnya, dengan menjadikan syarikat penerbangan itu sebagai contoh ketika mengharungi pandemik COVID-19.

Aireen menerangkan bahawa tempoh masa kejatuhan adalah ketika mana pemilik perniagaan akan mempelajari untuk menjadi lebih cekap dan efektif.

Dia juga mempercayai bahawa FashionValet menangani kejatuhan itu dengan baik dan berada ‘dalam keadaan yang baik pada ketika ini’.

“Ia adalah kitaran perniagaan yang mereka sedang hadapi. Saya rasa mereka sedang menjadi lebih bagus sekarang, dan sedang bergerak ke arah yang benar. Mereka telah melakukan yang cukup baik, amat baik sebenarnya,” kata Aireen dalam temubual tersebut.


“I Feel It’s A Bit Unfair” – Aireen Omar

Dalam pada itu, apabila ditanya perasaannya terhadap kritikan yang dihadapi FashionValet, Aireen merasakan ia sedikit tidak adil.

“Saya rasa orang ramai perlu berhati-hati dengan apa yang dikatakan dan sikap mereka yang cepat menghakimi. Terdapat banyak ‘penghakiman’ yang berlaku di luar sana. Mungkin mereka patut melihat pada diri sendiri dan berfikir mengapa mewujudkan fitnah tanpa sebarang sebab,” luahnya ketika itu.

Aireen juga berkata dia turut mengalami perkara yang sama semasa berkhidmat sebagai CEO AirAsia termasuk dituduh membawa penerbangan yang dipenuhi rakyat Bangladesh untuk mengundi sewaktu Pilihan Raya Umum sebelum ini.

Malah katanya, terdapat rakan-rakannya sendiri yang mempercayai pada khabar angin sedemikian tanpa bertanyakan perkara yang benar kepadanya.

“Sangat tidak adil untuk orang ramai secara suka hati mengkritik tanpa mengetahui fakta. Dan bagi saya itu juga adalah fitnah. Anda tanggunglah,” katanya.


“Keputusan Betul & Salah Adalah Subjektif” – Aireen Omar

Sebaliknya, Aireen percaya masyarakat sepatutnya memberi galakan kepada usahawan, terutamanya usahawan wanita muda, dan bukanlah cuba untuk menjatuhkan mereka.

Tun Asyraf berkata kritikan ke atas Vivy mungkin berlaku kerana usahawan itu dikenali ramai. Tambahnya, syarikat itu dikenali ramai apabila perniagaan menaik, maka orang ramai juga akan mengetahui apabila perniagaan merudum.

Apabila bercakap soal membuat keputusan yang salah, Aireen berkata ia adalah sesuatu yang subjektif.

“Anda tidak tahu sehinggalah anda mencuba sesuatu. Tidak mungkin anda membuat keputusan yang bagus 100%. Pasti ada keputusan yang salah. Tetapi yang penting bagaimana anda keluar daripada masalah itu dan bergerak ke hadapan,” katanya.


SPRM Serbu 4 Lokasi Serentak, Ambil Dokumen Pelaburan FashionValet

Dalam satu perkembangan lain, Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) telah menyerbu empat lokasi secara serentak hari ini (4 November) bagi membantu siasatan kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta.

Menerusi video TikTok SPRM, serbuan dilakukan terhadap sebuah kementerian, pejabat Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Permodalan Nasional Bhd (PNB) serta ibu pejabat FashionValet Sdn Bhd di Bangsar.

Menurut video terbabit, siasatan itu penting kerana ia merupakan kes berkepentingan awam dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata beberapa dokumen kewangan diambil oleh pihaknya bagi tujuan semakan penyiasat.

“Siasatan ini baru bermula. Sabtu lalu saya umumkan kita sudah memulakan siasatan tetapi pejabat hanya mula buka hari ini dan sebab itu serbuan dijalankan hari ini,” katanya dipetik Berita Harian.

@sprm.malaysia

4 November 2024 – SPRM bongkar kes di pejabat Fashionvalet berhubung pelaburan Khazanah dan PNB, hari ini #SPRMMalaysia #RasuahDihinaMaruahDibina #taatsetia

♬ original sound – SPRM Malaysia – SPRM Malaysia

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd