Now Reading
TikToker Sedekah Duit Pada ‘Stranger’ Lepas Tahu Dia Solat 5 Waktu & Bangun Subuh

TikToker Sedekah Duit Pada ‘Stranger’ Lepas Tahu Dia Solat 5 Waktu & Bangun Subuh

TikToker dikenali sebagai Sam Lim itu dianggarkan memberikan wang tunai berjumlah RM600 kepada pemuda yang ditegur secara rawak di Bukit Bintang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak korang nampak konten media sosial yang menunjukkan aksi seseorang influencer itu menyapa individu secara rawak di kawasan terbuka. Mesti pernah tengok kan?

Kebanyakan video mereka itu mendapat perhatian ramai kerana memperlihatkan aksi mereka berbuat baik kepada masyarakat seperti memberikan sejumlah wang tunai.

Tetapi sebelum duit itu diberikan ,terdapat beberapa kriteria tertentu yang perlu dipenuhi.

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Pemurah Sedekah Limau Di Tempat Ibadah Raih Pujian


TikToker Beri Duit Kepada Lelaki Rawak Lepas Dapat Tahu Individu Muslim Itu Laksanakan Ibadah Solat

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@samlimmm), influencer dikenali sebagai Sam Lim ini dilihat sedang berjalan di sekitar Bukit Bintang dan bertanya beberapa soalan kepada individu secara rawak.

Sumber: TikTok (@samlimmm)

Antara soalan yang ditanya adalah:

  • Tidur pukul berapa
  • Bangun pukul berapa
  • Berapa lama tidur

Meskipun sudah bertanya kepada tiga orang individu, namun orang keempat yang disapa iaitu lelaki berbaju putih menjadi perhatian Sam Lim selepas mendapat tahu dia bangun tidur jam 5 pagi untuk membuat persediaan sebelum Solat Subuh.

Sumber: TikTok (@samlimmm)

Sam tanpa menunggu lama kemudiannya menghulurkan wang tunai berjumlah RM150 kepada lelaki itu.

Apabila pemuda itu memberitahu bahawa dia solat Subuh jam 6 pagi kerana masuk waktu pada 5:45 pagi, TikToker ini memberikan lagi sekeping duit RM50 kepadanya.

Sumber: TikTok (@samlimmm)

Mesti korang ingat sudah habis sampai situ sahaja kan? Sam dilihat memberikan lagi sekeping wang RM50 kerana lelaki itu mengikuti influencer berkenaan di TikTok.

Sam kemudiannya bertanya pemuda itu bersama teman wanitanya mahu ke mana dan lantas memberikan lagi RM100 selepas mendapat tahu pasangan tersebut mahu ke Muzium Kamera.

Sumber: TikTok (@samlimmm)

Terkejut dengan pemberian tersebut, pemuda berkenaan kelihatan seolah-olah tidak percaya dengan rezeki yang diterima.

“Sebab you solat”, itu adalah jawapan yang diberikan oleh Sam ketika melihat reaksi terkejut oleh pemuda terbabit dengan wang yang diberikan.

Tidak lama selepas itu, TikToker ini memberikan lagi RM250 kepada lelaki itu selepas bertanya tentang jumlah waktu solat yang dilaksanakan dalam sehari.

Video itu kemudiannya diakhiri dengan individu berkenaan berbahasa Mandarin dan mengajak orang ramai untuk melaksanakan solat Subuh.

Mesti korang terfikir, berapa semua jumlah wang yang diterima oleh pemuda berkenaan? Berdasarkan pemerhatian kami, ia bernilai RM600.

Video berkenaan telah meraih perhatian ramai sehingga berjaya mendapat 3.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Masyarakat Terkejut Dengan Rezeki Yang Diterima Pemuda Itu

Rata-rata netizen memberikan reaksi terkejut selepas melihat bagaimana pemuda itu dilimpahkan rezeki selepas memberitahu dia bangun awal dan melaksanakan ibadah solat.

“Wah tu baru soalan yang bagus,” ujar pengguna media sosial.

Pada masa yang sama, orang ramai turut memuji konten TikToker Sam Lim itu yang memberikan nilai positif untuk tontonan ramai.

Siap ada yang katanya nak tunggu di Bukit Bintang juga. Mana tahu boleh terserempak dengan Sam Lim.

Sumber: TikTok


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd