Now Reading
“Cop Parkir Ke” – Ular Sawa Ditemui Di Parkir Kereta Pusat Beli-belah Bikin Ramai Bimbang

“Cop Parkir Ke” – Ular Sawa Ditemui Di Parkir Kereta Pusat Beli-belah Bikin Ramai Bimbang

Kejadian yang berlaku itu di Sunway Pyramid itu membuatkan ramai pengunjung di lokasi berhampiran terkejut memerhatikan ular berkenaan dari jarak jauh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut haiwan eksotik terutamanya ular, mesti ramai yang meremang bulu roma kan? Kalau ternampak depan mata, lagilah gerun.

Apa yang membimbangkan lagi adalah binatang ini semakin banyak dilihat di kawasan terbuka seperti di dalam rumah dan atas jalan raya.

Pernah juga wujud kes di mana ular memasuki kawasan enjin kereta. Bukan ular kecil ya tapi ular sawa! Memang menakutkan sungguh.

Baca Artikel Berkaitan: “Besar Nak Mamp*s” – Netizen Terkejut Tengok Ular Sawa Dalam Bonet Depan Kereta [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Gelabah Ular Tiba-tiba Muncul Dari Bawah Kereta Di Jalan Raya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ular Sawa Muncul Atas Highway DUKE Buat Pengguna Jalan Raya Terkejut!


Ular Sawa Ditemui Di Tempat Parkir Sunway Pyramid

Berbicara tentang ular, baru-baru ini tular sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@nbvdiman) menunjukkan satu situasi yang memeranjatkan berlaku di dalam pusat membeli-belah Sunway Pyramid.

Dalam video tersebut, kelihatan seekor ular sawa berada di atas lot parkir kosong di antara dua buah kereta lain.

Namun berdasarkan pemerhatian kami, haiwan berkenaan dilihat tidak bergerak semasa video dirakam.

Kejadian yang berlaku itu membuatkan ramai pengunjung di lokasi berhampiran terkejut memerhatikan ular berkenaan dari jarak jauh.

Insiden tersebut sempat dirakam oleh pemilik video yang sedang berada di dalam keretanya ketika itu dan turut tertanya-tanya bagaimana ular terbabit boleh berada di kawasan parkir Sunway Pyramid.

Video berkenaan telah mencuri perhatian ramai sehingga meraih 490,100 jumlah tontona ketika artikel ini ditulis.

Berdasarkan carian kami, belum ada kenyataan yang dikeluarkan dari pihak pusat membeli-belah tersebut.


Ramai Bergurau Kononnya Ular Itu Digunakan Untuk Cop Parkir

Ruangan komen video terbabit dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari masyarakat selepas melihat kejadian ular yang dijumpai di tempat parkir kereta itu.

Rata-rata netizen membuat gurauan kononnya haiwan eksotik tersebut berada di ruang meletak kereta yang kosong kerana digunakan oleh seseorang untuk ‘cop’ parkir.

Kita semua tahu, aksi ‘cop’ parkir adalah perkara yang tidak digalakkan dan netizen berseloroh dengan cara menggunakan ular ini akan membuatkan mereka terpaksa mengalah.

“Pertama kali tengok orang guna ular sawa untuk ‘cop’ parkir. Okey lah. Bagi je lah pada mereka. Mereka menang,” ujar pengguna media sosial.

Pada masa yang sama, segelintir masyarakat pula meluahkan rasa bimbang sekiranya ular itu sebenarnya ‘menumpang’ kenderaan seseorang dan menyelinap keluar di kawasan parkir itu.

“Ni mesti ular tu dah ada dalam kereta, bila parkir dia keluar dan tertinggal lah tu. Aduh seram,” luah netizen.

Selain itu, orang ramai turut menasihati pemandu agar sentiasa menyemak bahagian enjin kereta sekiranya wujud ular yang menyelinap masuk ke dalam kenderaan tanpa disedari.


Apa Perlu Buat Jika Ternampak Haiwan Liar Berkeliaran Di Kawasan Awam?

Keberadaan haiwan liar seperti ular, harimau, babi hutan, kera dan sebagainya di kawasan orang awam boleh memberi risiko keselamatan kepada masyarakat.

Jadi jika anda terjumpa haiwan berkenaan di kawasan awam, segera hubungi pihak berkuasa berikut untuk membuat laporan. Antaranya:

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Maut Disambar Buaya Sempat Tolak Ibu Jauh Darinya Untuk Elak Dibaham

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Biawak” – Wanita Warga Emas Terkejut Digigit Anak Buaya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd