[Video] Rata-rata Anak Muda Anggar RM20,000 Wajar Sebagai Wang Hantaran Kahwin
Menerusi satu sesi temu bual, seorang wanita berkata wang hantaran sebanyak RM20,000 adalah memadai tetapi dalam masa yang sama berkata ia bergantung kepada pendapatan pihak lelaki.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebelum menghalalkan sesuatu hubungan, banyak perkara perlu diselesaikan di antara kedua-dua pihak lelaki dan perempuan sebagai contoh ketetapan wang hantaran.
Untuk info, wang hantaran merupakan hadiah berbentuk duit yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan. Isu ini juga dilihat selalu menjadi topik hangat warganet di media sosial.
Walaupun wang hantaran ini tidak wajib, segelintir individu berpendapat pihak lelaki perlu memberikan jumlah yang banyak.
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Normalise Wedding Luar Kemampuan” – Wanita Ada Degree Tak Kisah Hantaran Kahwin RM7K Raih Pujian
Anak Muda Kongsi Jumlah Wang Hantaran Perkahwinan Yang Paling Sesuai
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aqiljunaidi_) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Aqil telah menemu bual beberapa orang individu tentang berapakah jumlah hantaran perkahwinan yang sesuai diberikan kepada pasangan.
Seorang wanita berkata jumlah hantaran yang wajar adalah sebanyak RM20,000.
“Sebab barang sekarang mahal, saya tak nak minta tinggi-tinggi macam orang lain sampai RM40,000,” katanya.
Seterusnya, seorang wanita lain berpendapat wang hantaran yang diberikan adalah bergantung kepada pendapatan bakal suaminya. Hal ini kerana, dia tidak mahu duit tersebut menjadi beban buat si bakal suami.
Anggaran wang hantaran ditetapkan olehnya adalah jumlah yang sama seperti sebelum ini iaitu lebih kurang RM20,000 ke atas.

Bahkan seorang lelaki turut percaya bahawa hantaran kahwin sebanyak RM20,000 ke bawah sudah pun memadai.
“Kalau lebih RM20,000 mungkin tak ada jodoh kot,” ujarnya sambil tertawa.
Walaupun rata-rata berkata RM20,000 adalah jumlah yang wajar, namun seorang lelaki berkata dia sanggup menghabiskan RM40,000 ke RM50,000. Jika pasangan meminta lebih daripada itu, lelaki ini berkata dia boleh mengusahakannya.
Dalam pada itu, ada juga individu berpendapat RM20,000 adalah yang terbaik kerana jumlah berkenaan selalu diminta oleh rata-rata pasangan yang mempunyai kelayakan Sarjana Muda.
Segelintir Wanita Anggap Hantaran Bawah RM10,000 Sudah Mencukupi
Meskipun ramai yang menyebut hantaran RM20,000, segelintir wanita juga merasakan RM3,000, RM4,000 dan RM5,000 sudah mencukupi.
“Selalunya kalau hantaran ni tanya ibu bapalah, sebab mereka nak lepaskan anak kan? Saya rasa RM3,000 kot,” ujar seorang wanita.
@aqiljunaidi_ Replying to @Lia.k zaman sekarang ni hantaran berapa ribu yang okay eh? 🤔 @IKRAM Malaysia @Agenda Nasional #Nikah #Kahwin #HantaranKahwin #NikahMuda ♬ Funny – Gold-Tiger
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Jumlah Wang Hantaran
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi tentang perkongsian tersebut. Ada yang berpendapat bahawa wang hantaran bawah RM10,000 adalah mencukupi kerana ia bukan bertujuan untuk membiayai kos majlis perkahwinan.
“Hantaran bukan duit untuk majlis kenduri. Tanggungjawab parents untuk majlis kenduri. Orang kita terlalu fikir majlis kenduri sebab tu kahwin semakin mahal sedangkan syarat nikah simple je. Bawah RM10,000 dah cukup,” kata individu berkenaan.
Malah seorang wanita berkata dia tidak kisah tentang jumlah wang hantaran tetapi lelaki itu harus memastikan perkara wajib seperti nafkah diberikan.
“Hantaran tu bagi saya tak kisah berapa, janji bulan-bulan (nafkah) tu ada,” jelas seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga berpendapat bahawa harga hantaran kahwin sepatutnya terpulang kepada kemampuan seorang lelaki untuk membayarnya.
“Kita ikut kemampuan lelaki tu. Sebab lepas kahwin banyak lagi nak kena guna duit,” ujar seorang pengguna TikTok.









Baca Artikel Berkaitan: Wang Hantaran Patut Jadikan Mas Kahwin, Simpan & Jangan Guna Untuk Kenduri – Ustaz Amran Yusoff [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tak Mahu Bebankan Bakal Menantu, Bapa Perempuan Minta Pihak Lelaki Tetapkan Jumlah Hantaran [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram