Now Reading
[Video] Gelagat Sultan Pahang Ambil ‘Royal Shot’ Di Hari Perkahwinan Tengku Muhammad Raih Perhatian

[Video] Gelagat Sultan Pahang Ambil ‘Royal Shot’ Di Hari Perkahwinan Tengku Muhammad Raih Perhatian

Menerusi video tular, kelihatan Al-Sultan Abdullah sedang merakam momen Istiadat Persandingan Diraja melibatkan putera baginda, Tengku Muhammad Iskandar.

sultan pahang rakam momen perkahwinan Tengku Muhammad

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang tidak tahu, pada Khamis (24 Oktober) lalu, pasangan Putera Diraja, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan telah selamat diijab kabulkan.

Istiadat Akad Nikah Diraja tersebut berlangsung di Istana Abdulaziz Kuantan. Perkahwinan di antara pasangan mempelai sama cantik, sama padan itu disambut dengan begitu meriah sekali oleh golongan rakyat dan kerabat diraja.

Paduka ayahanda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga tidak terlepas menunjukkan semangatnya dalam salah satu majlis putera ketiganya ini.


Sultan Pahang Tertarik Dengan Teknologi Canggih Jurugambar

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @iamjoeyjohari) menyaksikan telatah Sultan Pahang ketika Istiadat Persandingan Diraja yang berlangsung di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pada Isnin (28 Oktober).

Menurut pengendali akaun dikenali sebagai Joey yang juga jurugambar majlis, Al-Sultan Abdullah pada ketika itu sedang duduk di belakang sambil memerhati dirinya merakam momen hari tersebut.

Tertarik dengan gimbal yang digunakan oleh Joey, Tuanku kemudian bertanya kepadanya tentang cara-cara menggunakan alatan canggih berkenaan.

“Ohh lawa, ha okay bagi saya pula. Macam mana nak guna ni?” tanya baginda.

Sumber: X (@iamjoeyjohari)

Jurugambar Terhibur Lihat Sultan Pahang Ke Depan & Belakang Untuk Rakam Anakanda

Menerusi video tersebut, kelihatan Tuanku bersemangat dan fokus merakam menggunakan kamera dan gimbal di tangan. Al-Sultan Abdullah dalam masa sama dilihat tersenyum seolah-olah teruja dapat merasai pengalaman menggunakan kamera canggih itu.

“Ampun Tuanku, baginda jalan ke depan kiri kanan. Sambil pegang tangan Tuanku dan ajar dan Tuanku terus fly sendiri. Masa tu Tengku Hassanal tengah merenjis,” kata Joey dalam ciapannya.

Tambah Joey lagi, dia berpendapat bahawa Tuanku ingin merasai sendiri pengalaman merakam detik manis anaknya itu.

“Tak semua tahu disebaliknya. Apa yang saya rasa Tuanku nak cuba rakam sendiri moment anaknya. Dan itu yang mahal sebagai seorang bapa,” kata Joey.


Ramai Terhibur Dengan Sikap Bersahaja Al-Sultan Abdullah

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata ramai terhibur melihat gelagat baginda bersahaja pada hari istimewa anaknya itu.

“Tuanku ni kan macam abah-abah juga perangainya ya. Seronok tengok sultan berjiwa rakyat,” kata seorang pengguna X.

Malah ramai yang berjenaka bahawa Joey perlu menyimpan kamera dan gimbal yang telah digunakan oleh Tuanku atau menjualnya dengan harga mahal.

“Simpan gimbal ni bang. Nanti buka muzium sendiri,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai berpendapat bahawa Al-Sultan Abdullah masih disayangi oleh rakyat jelata walaupun tidak lagi memegang gelaran Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“Bangga kejap Sultan Pahang walaupun bukan lagi Agong tapi masih disayangi ramai,” ujar seorang lelaki.

Sumber: X (@iamjoeyjohari)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Reaksi Sultan Pahang Terima Hadiah Potret Lukisan Dari Si Kecil Jadi Tumpuan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Terhibur Dengan Rambut Palsu, Netizen Puji Agong Tak Kekok Bergurau Dengan Rakyat

Baca Artikel Berkaitan: “Bestnya Dapat Jumpa Tuanku” – Ramai Teruja Lihat Agong Bawa Keluarga Ke KFC Untuk Santapan Tengah Hari [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd