Now Reading
“Rasa Macam New York Ke? – Lelaki Pelik Banyak Papan Tanda English Di KL, Anggap Patut Contohi Terengganu

“Rasa Macam New York Ke? – Lelaki Pelik Banyak Papan Tanda English Di KL, Anggap Patut Contohi Terengganu

Penyanyi Loque berkata rakyat Terengganu masih mengekalkan seni budaya negeri tersebut walaupun ada sentuhan moden.

lelaki pelik KL banyak guna papan tanda dalam bahasa Inggeris

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, Malaysia kaya dengan pelbagai jenis seni budaya. Bukan sahaja terdiri daripada berbilang kaum, malah setiap negeri juga mempunyai keunikannya tersendiri.

Seni budaya yang diterapkan oleh rakyat tempatan sekaligus akan menunjukkan latar belakang dan identiti sesebuah negara itu.

Ia dalam masa sama boleh menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk mengenali sisi lain negara Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Berjaya Corporation Umum Pemakaian Batik, Perkenal Budaya Dan Seni Malaysia


Loque Puji Seni Bina & Ukiran Nusantara Pada Muzium Negeri Terengganu

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook monoloQue apabila penyanyi Loque telah berkongsi pengalamannya melawat Muzium Negeri Terengganu.

“Saya rasa terkesima tengok seni bina muzium ni. Tabik hormat kepada jurubina ataupun arkitek iaitu Raja Bahrin kerana menginspirasikan bangunan batu ni yang menggambarkan identiti nusantara.

“Saya rasa bangga walaupun saya bukan orang Terengganu kerana dia (muzium) diraikan sepenuh hati. Saya rasa setiap negeri kena ada macam ni terutamanya Muzium Negara.

“Bukan nak suruh muzium (dibina guna) kayu, dia boleh je jadi batu macam ni. Tapi ukiran dia tu, ditempa menggunakan motif-motif seni bina nusantara,” kata Loque.


Anggap KL Terlalu Banyak Papan Tanda Bahasa Inggeris

Loque menerusi satu lagi hantaran berkata rakyat Terengganu juga dilihat tidak berhenti daripada meraikan budaya di negeri tersebut.

“Ada satu papan tanda, ‘Berjudi dan arak membinasakan’. Benda-benda slogan macam tu dah tak ada dekat Kuala Lumpur. Kuala Lumpur semua nak dalam bahasa Inggeris.

“Tak tahu kenapa nak English. Tak tahu juga apa yang kita dapat kalau buat (slogan) dalam bahasa Inggeris tu. Kita rasa macam kita ni dunia pertama ke? Rasa macam New York ke?” tanya Loque.

Berbicara lebih lanjut mengenai keaslian budaya di Terengganu, Loque berkata bas awam di sana masih dilihat klasik dengan sentuhan moden.

“Dekat bas ada atap rumah nusantara tu, macam ada bumbung. Dekat bas tau! Bas yang bergerak. Perhatian kepada perincian tu yang orang Melayu kurang. Di negeri lain yang saya perasan, lagi kita ke bahagian selatan, lagi benda tu (seni budaya) hilang terutamanya di kota Kuala Lumpur,” jelasnya.

Sumber: Facebook monoloQue

Loque Harap Rakyat Boleh Kekalkan Seni Budaya Tempatan

Tambah Loque, Terengganu juga mempraktikkan budaya setempat dalam kehidupan seharian.

“Gamelan pun dari Terengganu, batik dia dan (reka bentuk) rumah. Walaupun rumah batu konkrit tapi ada (ukiran kayu) tunjuk langit. Itu menunjukkan jati diri, maknanya diorang pergi moden macam mana pun dia tak akan lupa. Inilah maksud sebenar globalisasi.

“Terima kasih Terengganu kerana membuka mata dan memberitahu bahawa masih ada harapan untuk kita kekalkan budaya seni budaya ni. Bukan kekalkan sahaja, kita raikan. Perlahan-lahan tapi pasti,” ujarnya di akhir perkongsian.


Ramai Setuju Pelancong Asing Bercuti Di Terengganu Kerana Kaya Seni Budaya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang perkongsian ini. Sesetengah warga Terengganu dilihat bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh Loque.

Malah ada yang berpendapat segelintir pelancong asing lebih suka menerokai negeri di Pantai Timur kerana kaya dengan budaya.

“Tu sebab kalau tanya pelancong best bercuti dekat mana, diorang akan cakap Terengganu. Sebab diorang dapat tengok budaya Melayu. Diorang bukan nak melancong tengok budaya diorang sendiri yang bersepah dekat KL tu,” ujar seorang individu.

Sementara itu, ramai juga berharap agar tradisi dan budaya di setiap negeri dapat dikekalkan.

“Semoga lebih ramai insan-insan yang ada pengaruh boleh mengangkat lagi budaya ini untuk diteruskan dan dibesarkan. Negeri Sembilan pun masih ada binaan moden dengan atap minang mereka,” kata seorang lelaki.

Baca Artikel Berkaitan: Dikritik Tidak Tonjolkan Budaya Melayu, Pihak George Town Festival 2024 Mohon Maaf & Turunkan Video Promosi

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Tentang Tarian Labi-labi, Tarian Tradisional Melayu Dari Pahang [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd