Now Reading
Khairul Aming Cuba Makan Aiskrim Vanila Dengan Sambal Nyet, Sedap Ke?

Khairul Aming Cuba Makan Aiskrim Vanila Dengan Sambal Nyet, Sedap Ke?

Khairul Aming mencuba aiskrim vanila dengan Sambal Nyet selepas terlihat video TikTok di mana seseorang menikmati pencuci mulut itu dengan ‘chili oil’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Produk Sambal Nyet yang diasaskan oleh influencer Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mendapat sambutan yang cukup hangat dari seluruh masyarakat.

Pernah sampai satu tahap, setiap kali sambal ini ‘restock’, mesti akan terus laris terjual dalam tempoh kurang dari tiga minit.

Maklumlah, Sambal Nyet ini boleh terus dimakan begitu sahaja. Sesuai sangat dengan mereka yang penat balik bekerja dan tiada masa untuk memasak.


Khairul Aming Makan Aiskrim Dengan Sambal Nyet

Biasanya kita akan lihat Khairul Aming menggunakan Sambal Nyet dalam masakan seperti lauk-pauk, pasta dan sebagainya.

Tetapi kali ini lain pula cara influencer ini menunjukkan cara dia menikmati sambal tersebut iaitu dengan mencubanya bersama aiskrim vanila. Unik sungguh!

Mesti ramai yang pelik, kenapa tiba-tiba influencer ini mahu cuba produk keluarannya dengan cara agak berbeza?

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@khairulamingbrand), cef selebriti ini menjelaskan dia terlihat satu video FYP di TikTok menunjukkan seseorang itu menikmati aiskrim dengan ‘chili oil’ dan ia menyebabkan dia juga mahu mencubanya sendiri.

“Dekat FYP, aku pernah tengok orang makan aiskrim vanila dengan chili oil. Aku macam terfikir la macam mana rasa dia kalau makan dengan Sambal Nyet sebab dalam Sambal Nyet pun ada chili oil,” kata Khairul Aming.

Sumber: TikTok @khairulamingbrand

Selepas mencubanya untuk suapan pertama, influencer ini memberikan reaksi terkejut kerana tidak menyangka hidangan tersebut akan memberikan rasa yang sedap.

Katanya, KA pun baru pertama kali rasa menu unik ini.

“Dia pedas tapi aiskrim vanila tu akan kurangkan pedas tu dan bagi rasa creamy dan sejuk. Memang unik. Ni first time aku makan macam ni,” ujar Khairul Aming.

Video tersebut telah menarik perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@khairulamingbrand/video/7431083136534072584

Orang Ramai Terkejut Lihat Kombinasi Dua Makanan Ini

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan reaksi terkejut dari netizen kerana tidak menyangka dua jenis hidangan itu boleh dimakan sekali.

Pada masa yang sama, ramai juga pengguna TikTok yang menganggap gabungan Sambal Nyet dengan aiskrim vanila ini akan memberi inspirasi kepada jenama aiskrim tempatan untuk menghasilkan perisa baharu.

Selain itu, seorang pengguna media sosial pula mendakwa bahawa makanan manis dan pedas boleh memberikan rasa yang sedap.

“Ramai tak tahu sebenarnya benda manis dan pedas kalau combine jadi sedap. Cuba makan aiskrim coklat dengan chili flakes. Percayalah memang sedap,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Cara Lain Untuk Menikmati Sambal Nyet

Sambal Nyet ini sebenarnya kalau makan dengan nasi putih dan telur goreng sahaja pun sudah boleh bertambah-tambah pinggan nasi.

Tapi kalau korang nak mempelbagaikan penggunaan Sambal Nyet ini, ada macam-macam menu yang boleh dicuba bersama produk ini.

Antaranya pasta creamy dan pedas menggunakan empat bahan sahaja iaitu:

  • Sos carbonara
  • Kepingan daging
  • Secawan air
  • Sambal Nyet
  • Pasta yang siap direbus

Cara-caranya adalah:

  1. Gorengkan kepingan daging sehingga masak.
  2. Masukkan satu tin sos carbonara.
  3. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan satu sudu Sambal Nyet atau mengiku tahap kepedasan yang korang nak.
  5. Masukkan pasta yang sudah siap direbus.

Dah siap. Senang je!

Kalau korang ada resepi menarik lain yang menggunakan Sambal Nyet, kongsilah dengan kami okey?

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Terima Anugerah Malaysia Book Of Records, Raih RM1 Juta Terpantas Ketika Berniaga

Baca Artikel Berkaitan:  [Video] Khairul Aming Kongsi Post Mortem Sesi Jualan Pertama Dendeng Nyet Berapi

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Bijak Buat Bisnes’ – Khairul Aming Raih Jualan Sambal Nyet RM33 Juta!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd