Now Reading
“Meriah Warna-warni!” – Deko Tema Deepavali Di Suria KLCC Tarik Perhatian Ramai

“Meriah Warna-warni!” – Deko Tema Deepavali Di Suria KLCC Tarik Perhatian Ramai

Menerusi video itu, kelihatan terdapat hiasan kolam berwarna-warni yang banyak menghiasi ruangan dalam bangunan Suria KLCC.

deko deepavali KLCC

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, perayaan Deepavali akan tiba berbaki kurang dari seminggu iaitu pada Khamis ini (31 Oktober).

Apabila sudah menghampiri tarikh perayaan ini, sudah tentu rata-rata penganut beragama Hindu akan mula mengemas dan menghiasi rumah mereka dengan pelbagai hiasan menarik.

Bukan sahaja persiapan di rumah, malah banyak juga pusat beli-belah di dalam negara ini sudah mula tampil dengan deko Diwali yang unik. Ia dalam masa sama dapat menarik perhatian pengunjung untuk merasai sendiri ‘vibe’ Deepavali tidak kira agama atau bangsa.


Suria KLCC Hiasi Ruang Dalaman Dengan Deko Bertema Deepavali

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila lelaki dikenali sebagai Atif Zul (@atifzul) berkongsi suasana di dalam bangunan pusat membeli-belah Suria KLCC.

Menerusi video perkongsian, kelihatan banyak deko bersempena Deepavali mewarnai pusat beli-belah tersebut di pelbagai sudut. Pada pintu masuk utama, anda boleh lihat terdapat kolam yang besar dihiasi di tengah-tengah kawasan pengunjung.

Untuk info, kolam adalah sejenis hiasan lantai diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari.

Sumber: TikTok (@atifzul)

Kebiasaannya, kolam ini dihiasi di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat agar setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.

Bukan sahaja kolam yang besar dan cantik, malah tingkat bawah Suria KLCC turut tersedia dengan booth tema Deepavali. Replika gajah pun ada!

Dalam masa sama, lampu-lampu yang menerangi kawasan tersebut juga membuatkan ramai pengunjung mengambil kesempatan untuk bergambar.


Orang Ramai Boleh Beli Baju Raya Di Booth Tersedia

Khas buat mereka yang ingin membeli baju raya baru, terdapat juga beberapa booth jualan pakaian tema Diwali di sana. Sambil berjalan, bolehlah orang ramai cuci mata sekali.

“Good job KLCC sebab tunjukkan keutamaan anda,” kata Atif di ruangan kapsyen video.

@atifzul #deepavali #klcc #diwali #decor #mall #malaysia #malls ♬ Diwali Celebration – FASSounds

Ramai Puji Hiasan Deepavali Yang Meriah Dalam Suria KLCC

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang memuji pihak pengurusan Suria KLCC kerana telah tampil dengan hiasan Deepavali yang begitu meriah.

“Kalau perasan tahun ni, banyak pusat beli-belah dah mula buat deko Deepavali skala besar sikit dari tahun-tahun sebelumnya. Tahun ni agak meriah. Good job!” ujar seorang lelaki.

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa Deepavali adalah antara perayaan dan percutian paling meriah disambut dalam negara ini.

“Deepavali setakat ni adalah yang perayaan paling estetik. Semoga tak hilang dari Malaysia,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga bersetuju bahawa pihak pengurusan pusat beli-belah di Malaysia wajar mengutamakan hiasan dalaman bertema Deepavali berbanding Halloween.

“Sebenarnya deko Deepavali sepatutnya paling meriah sebab penuh dengan warna. Tapi tak tahulah kenapa sesetengah pusat beli-belah macam tak endah je. Cantik kot warna-warni macam ni. Tarikan pelancong, ini sibuk dengan Halloween,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@atifzul)

Baca Artikel Berkaitan: Light It Up: 9+ Deepavali Videos That’ll Make You Cry, Laugh & Dance!

Baca Artikel Berkaitan: Pakai Sari Sempena Deepavali, Pramugari AirAsia Dapat Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Persoal Kenapa Banyak Hiasan Halloween Berbanding Deepavali Di Pusat Beli-belah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd