Lelaki Luah Rasa Kecewa Lepas Didakwa Terima Duit Koyak Dari Mesin ATM
Kecewa dengan wang yang diterima, lelaki ini mencuba nasib untuk memasukkan semula duit tersebut ke dalam mesin tetapi ditolak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Walaupun zaman sekarang ini sudah banyak premis yang memperkenalkan pembayaran tanpa tunai menggunakan kad atau QR, namun masih wujud segelintir peniaga yang hanya menerima wang tunai seperti peniaga kecil di tepi jalan yang menjual kuih-muih.
Jadi nak tak nak, memang kena ada juga duit wang kertas sekurang-kurangnya RM10 dalam dompet. Bolehlah beli pisang goreng untuk isteri di rumah selepas balik kerja.
Tetapi sebelum anda mahu menggunakan wang kertas, pastikan keadaannya masih elok seperti tidak terkoyak dan sebagainya.
Pengguna Dakwa Terima Wang Koyak Dari Mesin ATM
Baru-baru ini, seorang lelaki menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@pedoqpop) berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan ketika mahu mengeluarkan wang dari sebuah mesin ATM.
Malang tidak berbau, dia dikatakan menjadi pengguna yang kurang bertuah kerana menerima sekeping wang tunai bernilai RM20 yang dipercayai sudah terkoyak.
Ia sekaligus menyebabkan keadaan wang kertas itu tidak lagi sempurna seperti bentuk asalnya.
Kecewa dengan wang yang diterima, lelaki ini mencuba nasib untuk memasukkan semula duit tersebut ke dalam mesin tetapi ditolak.
“Lepastu aku try la bank in balik duit koyak tu, mesin reject,” luah individu tersebut.
Oleh kerana kesal dengan perkara yang berlaku, pengguna X ini meminta maaf kepada peniaga kecil yang akan menerima wang tersebut semasa dia ingin membuat pembayaran.
Harey menyusahkan aku. Cukwit tadi dapat duit koyak. Pastu aku try la bank in balik duit koyak tu, mesin reject 😭😭😭. Sorry in advance peniaga kecil tepi jalan yang akan aku gunakan nanti pic.twitter.com/kbxzTqVIzo
— Pedoq, what is this behaviour? (@pedoqpop) October 27, 2024
Ramai Beri Nasihat Untuk Tukar Duit Di Bank
Perkongsian lelaki berkenaan tentang pengalamannya menerima wang koyak dari mesin ATM mendapat pelbagai reaksi dari netizen.
Tetapi boleh dikatakan kebanyakannya memberi nasihat kepada pengguna X itu untuk menukar wang yang tidak sempurna itu di mana-mana cawangan bank untuk mendapatkan duit baharu.
“Pergi kaunter tunjuk je duit ni, nanti dia terus bagi baru on the spot,” kata pengguna media sosial.
Namun, ada pula netizen yang mengatakan bahawa duit tersebut masih boleh digunakan sekiranya nombor siri wang tersebut tertera dengan jelas.
“Jiran aku kerja bank pernah pesan, asalkan ada nombor siri lagi boleh pakai. Maksudnya kalau duit tu terkoyak sampai tak ada nombor siri, baru la tak boleh guna. Peniaga kalau terima duit tu boleh je pergi bank tukar dekat kaunter,” jelas netizen.

Kriteria Duit Rosak
Walaupun wang kertas sudah rosak, jangan dibuang lagi kerana anda boleh menukarnya di mana-mana cawangan bank.
Tetapi sebelum itu, terdapat beberapa kriteria yang perlu dikenal pasti terlebih dahulu.
Antaranya:
- Terdapat tompokan kotoran dan cecair pada sebahagian atau menyeluruh.
- Warna luntur.
- Tekstur lembik.
- Hilang ciri-ciri keselamatan pada wang kertas.
- Wang kertas berlubang.
- Terdapat kesan contengan pada permukaan wang kertas.
- Wang kertas terkoyak di mana-mana bahagian.
- Wang kertas diubah suai menggunakan pita pelekat.

Nilai pertukaran dan tempoh ganti pula bergantung kepada keadaan wang yang sudah rosak.
Jika nilai wang yang rosak itu jelas, maka anda boleh mendapatkan ganti pada hari yang sama.
Tetapi jika nilainya kurang jelas akibat rosak teruk, maka gantian akan diberikan pada hari lain selepas dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM).
Anda juga boleh melayari laman web bnm.gov.my/MataWangMalaysia untuk mengetahui maklumat lanjut tentang wang kertas yang sudah rosak.
Baca Artikel Berkaitan: Duit Rosak Akibat Banjir? Ini Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Tukar Di Bank
Baca Artikel Berkaitan: Ini Yang Patut Anda Lakukan Sekiranya Dapat Wang Kertas Rosak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



