Now Reading
[Video] Aksi Sekumpulan Mat Saleh Angkat & Alihkan Kereta Halang Laluan Bas Curi Perhatian

[Video] Aksi Sekumpulan Mat Saleh Angkat & Alihkan Kereta Halang Laluan Bas Curi Perhatian

Situasi sekumpulan lelaki mengangkat kereta yang menghalang laluan bas itu dipercayai berlaku di sekitar Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

pelancong asing bantu angkat dan alihkan kereta halang laluan bas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila menuju ke satu destinasi, antara perkara yang sering difikirkan para pemandu adalah sama ada trafik akan sesak selain akses mudah bagi mendapatkan parkir kenderaan.

Mana tidaknya bukan semua lokasi mempunyai tempat meletakkan kenderaan yang banyak. Sehinggakan ada yang terpaksa ‘berpusing’ di tempat tersebut dalam tempoh masa yang sama bagi mendapatkan parkir.

Pun begitu, tempat parkir kenderaan yang terhad bukanlah satu ‘tiket’ untuk para pemandu meletakkan kereta mereka sesuka hati hingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.


Sekumpulan Lelaki Bantu Angkat & Alihkan Kereta Yang Telah Diparkir

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@abgzul08) menyaksikan situasi di jalan raya dipercayai sekitar Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Menerusi video perkongsian, kelihatan sekumpulan lelaki termasuklah beberapa pelancong asing dilihat sedang bekerjasama mengalihkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang diparkir di tepi jalan.

Difahamkan, sebuah bas yang berada di tempat kejadian tidak dapat melalui jalan tersebut gara-gara kereta yang menghalang. Ia sekaligus membuatkan jalan tersebut sempit.

Oleh disebabkan itu, para lelaki yang juga penumpang bas telah bersama-sama membantu mengalihkan kereta itu ke tepi.


Banyak Kereta Halang Laluan Bas

Bukan sahaja Persona yang menghalang, malah banyak lagi kereta di sana yang perlu dialihkan oleh mereka kerana tidak meletakkan kenderaan dengan betul.

Penat lelah lelaki-lelaki berkenaan dalam cuaca hujan itu telah membuahkan hasil yang mana terdapat ruang yang mencukupi untuk bas tersebut melepasi kawasan terbabit.

@abgzul08

Thank you All Passanger 🤝🤝🤝💪💪💪🤝🤝

♬ bunyi asal – Zul Shoib

Ramai Puji Tindakan Sekumpulan Lelaki Bantu Alihkan Kereta Yang Menghalang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat memuji sekumpulan lelaki tersebut kerana berusaha melancarkan trafik.

“Alhamdulillah ada juga yang sanggup memudahkan perjalanan orang lain. Semoga semua sentiasa berjaya. Amin,” kata seorang lelaki.

Malah ramai juga berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di tempat sepatutnya.

Segelintir individu turut menganggap bahawa tindakan pemandu yang menyusahkan orang lain hanya membawa imej buruk Malaysia terhadap pelancong asing.

“Buat malu je dengan pelancong. Main parkir je kereta ikut suka hati,” ujar seorang warganet.

Sementara itu, orang ramai juga tidak terlepas untuk memberikan nasihat kepada pengguna jalan raya untuk meletakkan kenderaan dengan berhemah.

Sumber: TikTok (@abgzul08)

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Orang Ramai Cuba Alih Kereta Jiran Waktu Kebakaran Raih Pujian


Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya Adalah Satu Kesalahan

Untuk info, para pengguna jalan raya perlulah meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan trafik berlaku.

Mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan parkir boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau mengikut Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta).

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Parkir Di Tepi Jalan Jadi Punca Kereta Lain ‘Stuck’ Hingga 10 Minit


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd