Tun Dr Hasmah Jelaskan Namanya Tiada ‘Siti’
Tun Dr Hasmah Mohd Ali menjelaskan bahawa nama ‘Siti’ merupakan satu trend pada tahun 1970an.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tun Dr Mahathir Mohamad, merupakan seorang bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa pada negara.
Pada mulanya memegang tanggungjawab itu selama 22 tahun, beliau telah diantik semula pada Perdana Menteri ketujuh pada tahun 2018.
Walau apapun yang berlaku, isteri tercinta, Tun Dr Hasmah Mohd Ali tetap setia bersamanya selama 68 tahun sejak pasangan itu mendirikan rumah tangga.
Nama ‘Siti’ Wujud Selepas Dr Hasmah Pindah Ke KL
Terkini, Dr Hasmah menjelaskan bahawa nama sebenarnya tidak mempunyai ‘Siti’ seperti yang digelar oleh banyak orang.
Sebaliknya, nama ‘Siti’ ditambah selepas dia dan Dr Mahathir berhijrah ke Kuala Lumpur dari Alor Setar.
Dia berkata sedemikian ketika sesi podcast ‘Coffee with Ryan’ bersama Pakar Perunding Gastroenterologi di Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Ryan Ponnudurai.
“Saya perlu betulkan. Saya tidak dilahirkan sebagai ‘Siti Hasmah’. Nama saya hanya Hasmah,” katanya.
‘Siti’ Trend Pada 1970an
Menurut Dr Hasmah, ketika dia dilantik sebagai pegawai perubat di sebuah hospital pada tahun 1970an, nama ‘Siti’ menjadi satu trend.
“Ada Siti Nurhaliza, ada Siti itu, ada Siti ini. Jadi mereka letakkan nama Siti jadikan mereka kenali saya, Siti Hasmah. Tapi saya hanyalah Dr Hasmah,” katanya.
Dia dalam pada itu menekankan agar gelaran tersebut tidak digunakan lagi apabila merujuk kepadanya.
Dr Hasmah Wanita Pertama Sebagai Pegawai Kesihatan Ibu & Anak Negeri
Dr Hasmah dan Dr Mahathir telah sama-sama mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956, menjadikan 2024 tahun ke-68 pasangan itu setia bersama.
Mereka sebelum itu telah bertemu di King Edward VII College of Medicine di Singapura, ketika mana Dr Hasmah menjadi satu-satunya pelajar wanita dalam kelasnya.
Selepas berkahwin, mereka telah berpindah ke Alor Setar, sebelum kembali menetap semula ke Kuala Lumpur sehingga kini.
Pada tahun 1965, Dr Hasmah bertugas sebagai Pegawai Perubatan wanita pertama di Jabatan Kesihatan Ibu dan Anak. Sembilan tahun kemudian, dia menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak Negeri.
Dr Hasmah telah menerima anugerah Seri Setia Mahkota pada 31 Oktober 2003, menjadikannya isteri Perdana Menteri Malaysia pertama yang dianugerahkan dengan gelaran ‘Tun’ oleh Yang di-Perutan Agong.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.