Now Reading
“Terlalu Merepek” – Dakwaan Air Perigi Dalam Campsite Boleh Sembuhkan Banyak Penyakit Undang Perhatian

“Terlalu Merepek” – Dakwaan Air Perigi Dalam Campsite Boleh Sembuhkan Banyak Penyakit Undang Perhatian

Dalam tangkap layar group WhatsApp tular, pihak tapak perkhemahan itu mendakwa air daripada perigi buatan tersebut boleh memberi kesan baik kepada mereka yang mengalami depresi, anxiety, strok, asma dan banyak lagi.

mandian air perigi didakwa boleh beri kesan baik kepada kesihatan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang mengalami sebarang jenis penyakit, sudah tentu anda lebih memilih untuk berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital. Pun begitu, ada juga segelintir individu yang mempercayai rawatan alternatif.

Seperti sebelum ini, seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Aliff Zaki meminta orang ramai supaya berhenti mendapatkan rawatan rendaman kaki jenis ion yang didakwa boleh menghilangkan toksin.

Menurut Dr Aliff, rawatan itu sama sekali tidak mengurangkan kolestrol, asid uric, angin, toksin dan sebagainya. Beliau juga berkata rawatan tersebut adalah satu proses yang sia-sia.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Perjelas Rawatan Rendaman Kaki Ion Adalah Scam. Betul Ke?


Pusat Perkhemahan Di Rembau Dakwa Boleh Sembuhkan Penyakit Guna Air Perigi

Baru-baru ini, tular di laman X (Twitter @miyauyau) apabila seorang individu dikenali sebagai Mottin berkongsi tentang sebuah tapak perkhemahan sekitar Ulu Sepri, Rembau yang menawarkan khidmat mandian terapi air perigi untuk kesihatan diri.

Menerusi satu foto tangkap layar, pusat tersebut mendakwa bahawa terapi Perigi ION Water itu telah dihasilkan oleh seorang pakar.

“Dihasil oleh seorang pakar melalui dua buah perigi iaitu Reformax dan Kinetic berteknologi tinggi yang pertama di Malaysia,” dakwa pihak mereka.

Dalam masa sama, air mandian perigi tersebut turut didakwa boleh memberi kesan baik buat mereka yang mengalami pelbagai jenis penyakit termasuklah strok, asma, slip disc, anxiety, depresi, gerd, resdung dan banyak lagi.

Menurut beberapa orang pengguna X, kos untuk terapi itu adalah RM50 untuk sebaldi air perigi.


Dakwa Air Terapi Dari Perigi Buatan Ada Satu Sahaja Di Malaysia & Dunia

Sementara itu, ada juga individu berkongsi video menyaksikan pihak tapak perkhemahan sedang memberikan penerangan lebih terperinci kepada pelanggan yang hadir ke sana bagi menjalani terapi.

“Perigi ni bukanlah perigi semula jadi. Ini kita buat. Kita buat dalam konsep perigi dan cara ni ada satu-satunya dekat Malaysia dan satu-satunya dekat dunia.

“Kita buat konsep ini sebab orang zaman dulu suka mandi perigi. Perigi ni ada khasiat-khasiatnya tersendiri, ada rahsia dia,” ujar lelaki tersebut.

https://www.tiktok.com/@irsyadanuar888/video/7429189537340968213
@irsyadanuar888

“Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka berubatlah kamu.”  [Riwayat Ahmad (12596)] ♬ original sound – The Selawat – The Selawat


KKM Ambil Perhatian Tentang Dakwaan Air Perigi Dihasil Oleh Pakar

Susulan isu yang tular, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu hantaran di laman X hari ini (28 Oktober) berkata pihaknya ambil maklum tentang perkata itu.

“Terima kasih atas keprihatinan anda. KKM mengambil perhatian serius mengenai isu ini,” ujar KKM.


Orang Ramai Bimbang Golongan Dewasa Mudah Terpengaruh

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai tidak mempercayai selain menyindir pusat yang menawarkan air perigi untuk menghilangkan segala penyakit itu.

“Punyalah penat doktor dan pakar belajar pasal psikologi di universiti. Realitinya rawat anxiety dengan depresi guna perigi ion je,” ujar seorang lelaki.

Seorang wanita yang pernah menjalani rawatan itu berkata terapi tersebut tidak memberi sebarang manfaat kepada kesihatannya.

“Hari tu saya sakit urat dan makan ubat dari doktor pun tak baik-baik. Lepas tu kawan cadangkan pergi sini sebab dia tertengok dekat TikTok, konon nak cuba rawatan alternatif. Jadi saya pun pergilah. Tak payahlah pergi, memang tak jadi apa-apa pun. Habis duit macam tu je,” kata wanita berkenaan.

Sementara itu, ramai juga berasa bimbang apabila terapi ini semakin dipercayai oleh golongan individu berusia.

“Dah masuk dalam group WhatsApp keluarga juga. Ya Allah sibuk makcik-makcik nak pergi berubat ke sana. Sakit hati baca orang overclaim rawatan macam ni. Membazir duit pulak tu,” jelas seorang warga X.

Sumber: X (@miyauyau)

Baca Artikel Berkaitan: “Ahli GISBH Yakin Selamat Di Alam Kubur, Akan Dibantu Syafaat Abuya” – Menteri Agama

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masyarakat Di Indonesia Minum Air Rendaman Kaki Jemaah Haji, Ini Hukum Sebenar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd