Now Reading
“Macam Nak Masuk PLKN” – Ramai Teruja Tengok Geng Bapa Semangat Sertai Sukaneka Tadika

“Macam Nak Masuk PLKN” – Ramai Teruja Tengok Geng Bapa Semangat Sertai Sukaneka Tadika

Bukan bapa sahaja, para ibu juga turut terlibat dalam aktiviti lain di acara sukaneka tadika tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap sekolah pasti akan mengadakan acara sukan tahunan buat para murid. Manakala sesetengah prasekolah atau tadika pula melakukan hari sukaneka buat kanak-kanak.

Malah, ada juga tadika yang menganjurkan aktiviti sukaneka disertai ibu bapa sebagai tanda sokongan kepada anak-anak.

Apabila sudah diberi peluang untuk beraksi, ibu bapa sudah tentulah tidak akan melepaskannya untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.


Bapa Sertai Aktiviti Sukaneka Dengan Anak

Satu video yang tular di TikTok menyaksikan geng bapa-bapa menyertai acara sukan. Mereka pada mulanya bergerak ‘solo’ sebelum disertai oleh anak-anak.

Permainan sukan yang disediakan pun bukan calang-calang. Peserta pada mulanya perlu merangkak di bawah meja yang disusun, sebelum melompat untuk melepasi sebuah halangan (obstruction).

Akhirnya, mereka perlu bergolek-golek di atas tanah. Dah macam latihan tentera!

Apabila tiba di hujung satu lagi, bapa akan mengajak anak masing-masing untuk melalui rintangan tersebut sekali lagi secara bersama.

https://www.tiktok.com/@hidayahmalek/video/7430293749818871041

Ibu Juga Terlibat Dalam Aktiviti Sukaneka Lain

Menerusi video tersebut, dapat dilihat para ibu bapa mewakili rumah sukan anak masing-masing dengan memakai baju berwarna merah, biru, hijau dan kuning.

Malah bukan bapa sahaja, ibu juga turut diajak menyertai permainan sukan di acara tersebut. Siap kena cari anak yang disorokkan di bawah plastik hitam!


“Mahal Moment Ni” – Pengguna TikTok

Melihat aksi para bapa itu, ada yang berkata mereka seperti ‘berlatih’ dalam latihan polis dan askar. Orang ramai turut mengaitkan perkara itu dengan pembukaan semula PLKN 3.0.

“Training nak masuk PLKN ke tu?” persoal seorang individu.

Ada juga yang berseloroh bahawa ayah-ayah itu sebenarnya sudah lama menunggu peluang sedemikian. Sebab tu semangat betul!

Dalam pada itu, pengguna media sosial turut memuji para bapa kerana memberi kerjasama dan teruja dengan aktiviti yang disediakan buat mereka.

Beberapa individu lebih kagum melihat bapa berbaju merah yang tidak meninggalkan anaknya di belakang sehingga turut mendukungnya. Difahamkan ini kerana kanak-kanak tersebut merupakan seorang anak istimewa.

Orang ramai juga memuji aktiviti berkenaan dan mengatakan saat itu pasti tidak akan dilupakan oleh anak-anak sampai bila-bila.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd