Now Reading
Video Di New Zealand Beri Impak, Khairul Aming Dijemput Buat Jelajah Di Oman Selama 8H7M!

Video Di New Zealand Beri Impak, Khairul Aming Dijemput Buat Jelajah Di Oman Selama 8H7M!

Difahamkan, video jelajah Khairul Aming di Oman sebanyak 7 episod akan dimuat naik pada tahun hadapan.

Khairul Aming dijemput untuk jelajah Oman

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja Khairul Aming, sudah pasti ramai akan mengenali influencer dan usahawan ini yang semakin berkembang dalam dunia masakan serta perniagaan.

Bermula dengan hanya memasak di dapur, Khairul Aming telah membawa siri masakannya ke tahap seterusnya iaitu dengan merakam beberapa series episod di New Zealand.

Namun siapa sangka, penat lelah content creator itu bagi menghasilkan video masakan menarik dan estetik membuahkan hasil di mana Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon telah datang ke Malaysia untuk berjumpa sendiri dengan Khairul Aming sebagai tanda penghargaan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Khairul Aming Perkenal Siri Baru, Memasak Sambil Jelajah New Zealand!

Baca Artikel Berkaitan: PM New Zealand Jumpa Khairul Aming, Tanda Hargai Rakam Video Masakan Di Negaranya


Khairul Aming Dijemput Oleh Oman Tourism Untuk Jelajah Negara Itu

Semalam (24 Oktober), Khairul Aming telah berkongsi satu berita baik di akaun media sosialnya yang mana dia telah dijemput oleh Oman Tourism bagi menjelajah dan melawat negara tersebut selama 8 hari dan 7 malam.

Bukan sahaja dapat menerokai negara baru, malah dia juga berkata pihak pelancongan Oman turut menyediakan servis dan kualiti terbaik kepadanya sepanjang lawatan itu.

“Tourism dia orang bagi semua benda 5 star, mintak la apa pun semua dia orang bagi,” katanya.

Sumber: X (@khairulaming)

Tambah content creator itu lagi, dia bersama tiga ahli pasukan yang lain bakal melakukan sesi penggambaran selama seminggu yang mana 7 episod video akan dihasilkan.

Menerusi video perkongsian, pengasas Sambah Nyet Berapi tersebut turut berkongsi beberapa klip sepanjang percutiannya di sana. Berjumpa dengan unta, melawat ladang biri-biri, pergi ke padang pasir dan banyak lagi. Macam best!

Di akhir perkongsian, dia juga berharap agar episod jelajah di Oman akan lebih menarik berbanding yang dilakukan di New Zealand sebelum ini.

“Oman series ni harapnya akan jadi lagi besar dari New Zealand series. Stay tuned untuk 7 episod nanti,” ujarnya.


Orang Ramai Teruja Lihat Khairul Aming Dijemput Ke Oman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat tidak sabar untuk menunggu video di Oman yang dijangka akan dimuat naik pada tahun hadapan.

“Masya-Allah bestnya. Tahniah KA! Tak sabar nak tengok video dari Oman ni pula,” kata seorang wanita.

Malah, ramai juga tidak menyangka Khairul Aming berjaya menarik perhatian pihak pelancongan luar negara bagi mempromosikan tempat mereka.

“Lain macam bila video dalam Bahasa Melayu tapi dapat perhatian dari negara luar. Satu langkah ke hadapan team KA,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, orang ramai juga tidak terlepas mengucapkan tahniah ke atasnya atas prestasi dan pencapaian cemerlang sejak beberapa tahun ini.

“Sampai negara lain jemput dia untuk promosi negara dia orang. Rezeki jenis apakah ini. Tahniah abe Ming,” ujar seorang pengguna X.

Sumber: X (@khairulaming)

PM New Zealand Hantar Surat Penghargaan Kepada Khairul Aming

Terdahulu, selepas bertemu Perdana Menteri New Zealand Luxon turut menghantar sepucuk surat penghargaan rasmi kepada Khairul Aming atas layanan baik yang diberikan sepanjang perjumpaan di Kuala Lumpur.

“Ia adalah satu pertemuan yang menyeronokkan, terima kasih kerana mengajar saya memasak serta menghidangkan makanan lokal sarapan pagi sewaktu saya berkunjung ke Malaysia.

“Perjalanan awak dari melakukan video memasak sepanjang penutupan dan penyekatan Covid-19 sehingga menceburi bidang baru termasuk perniagaan sambal yang mendapat permintaan tinggi memberikan inspirasi,” kata Luxon dalam surat tersebut.

Pihak industri pelancongan negara berkenaan turut berterima kasih kepada Khairul Aming kerana sudi meluangkan masa bagi memperkenalkan beberapa makanan tempatan seperti cendol dan roti jala.

Baca Artikel Berkaitan: PM New Zealand Jumpa Khairul Aming, Tanda Hargai Rakam Video Masakan Di Negaranya

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Dari PM New Zealand


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd