“Siap Bersihkan Bekas Dulu” – Tindakan Lelaki Beri Kucing Jalanan Makan & Minum Dipuji Ramai
Kelihatan lelaki itu mengeluarkan botol minuman dan bekas makanan kucing daripada begnya seolah-olah sudah terbiasa berkongsi rezeki dengan si bulus tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebenarnya ramai sahaja di kalangan masyarakat yang berhati mulia dan suka bersedekah dengan makhluk Allah SWT.
Seperti sebelum ini, tular kisah seorang peniaga wanita yang bertindak memberikan seketul ayam goreng daripada jualannya kepada seekor anjing jalanan yang datang singgah ke kedai makan.
Lebih mengharukan adalah apabila si penjual memberikan seketul lagi ayam selepas anjing itu datang kembali ke sana. Oleh disebabkan sikap prihatinnya, orang ramai telah mendoakan agar wanita itu dimurahkan rezeki.
Baca Artikel Berkaitan: 2 Kali Datang Kedai, Tindakan Peniaga Sedekah Ayam Goreng Untuk Anjing Jalanan Raih Pujian Netizen
Lelaki Beri Makan & Minum Kepada Kucing Jalanan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@shekie_13) apabila seorang wanita dikenali sebagai Shekie berkongsi satu video menyentuh hati di satu tempat awam yang tidak diketahui lokasinya.
Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang lelaki sedang mengeluarkan botol minuman daripada begnya dan menuangkan air ke dalam satu mangkuk untuk diberikan kepada seekor kucing jalanan berhampiran kawasan eskalator itu.
Lebih mencuri perhatian adalah lelaki tersebut telah mencium bahagian kepala si bulus. Comel betul!
Tidak lama selepas itu, dia kemudian mengeluarkan sebekas makanan kucing yang besar pula dari beg yang dibawa. Situasi tersebut dilihat seolah-olah lelaki berkenaan telah bersiap sedia membawa keperluan makanan untuk mana-mana kucing yang dijumpainya.
Cinta lelaki itu terhadap kucing jelas kelihatan apabila dia bertindak membersihkan dahulu bekas menggunakan tisu sebelum meletakkan makanan di dalamnya. Alhamdulillah, disebabkan sikap murni lelaki itu, dapatlah kucing berkenaan mengalas perutnya.
Menurut salah seorang pengguna TikTok yang dipercayai selalu berada di situ, kucing berkenaan telah dipakaikan dengan kolar agar orang awam tahu bahawa makan minumnya dijaga oleh pakcik tersebut.
@shekie_13 As i walked along ayala avenue, there was this guy feeding the stray cats. So touched to watch this scene, he even kiss the cat🥹🫶#catsoftiktok #catlover #streetcat #fyp #fy ♬ son original – Cat’slife
Ramai Puji Tindakan Lelaki Yang Tak Berkira Kongsi Rezeki Dengan Si Bulus
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan lelaki tersebut kerana sikap prihatinnya terhadap kucing yang terbiar di jalanan.
“Dia insan terpilih. Bukan semua orang mampu buat apa yang dia buat. Semoga Allah permudahkan urusan serta mewahkan rezeki untuk dia dan meows (kucing),” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, ada yang berkata kucing itu dilihat selalu berada di tempat yang sama pada setiap hari.
“Kucing tu selalu ada dekat situ! Tiap kali kita jalan dari pejabat dia ada. Kucing tu mesra dengan orang lain, dan dia orang pun biarkan kucing cantik tu duduk sana,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga berkata mereka mahu membela kucing terbiar sekiranya mempunyai rezeki pada masa akan datang.
“Ya Allah, kalau rezeki lebih nak sangat bela kucing terbiar banyak-banyak. Dia orang semua layak dapat kasih sayang,” ujar seorang warganet.
Bersikap Ihsan Terhadap Haiwan Diajar Dalam Islam
Memetik portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, memberi makan kepada kucing jalanan merupakan salah satu sikap yang terpuji dan Islam mengajar umatnya supaya berbuat baik sesama makhluk sekalipun terhadap haiwan. Ia juga adalah sifat ihsan yang diterapkan di dalam agama Islam.
Sikap baik hati ini turut dikaitkan dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya hanya kerana memberi minum seekor anjing kehausan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang pelacur wanita melihat seekor anjing mundar-mandir mengelilingi telaga pada hari yang sangat panas dengan lidahnya yang terkeluar kerana kehausan, lalu perempuan itu memberi minum menggunakan kasutnya, maka dia diberi pengampunan segala dosanya.”
[Riwayat Muslim (2245)]
Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Nak Campak” – Tukang Sapu Dipuji Lepas Angkat Kucing Di Jalan Raya
Baca Artikel Berkaitan: Dengar Bunyi Kucing Dalam Enjin, Rupanya Si Bulus Sorok Dalam Tayar Kereta [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram