Wanita Terhibur Lihat Gambar Sendiri Selepas ‘Renew’ Pasport, Samakan Dengan Watak Valak Dalam Filem ‘The Nun’
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Kak Ojie menceritakan dia memakai tudung selendang berwarna biru muda dan menyangka warna pilihannya itu memenuhi piawaian.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seperti semua sedia maklum, mereka yang mahu melancong ke luar negara perlu memiliki pasport sebagai bukti bagi mengesahkan kewarganegaraan seseorang.
Selain itu, anda juga perlu memastikan bahawa dokumen tersebut masih sah dan tidak tamat tempoh kurang dari enam bulan sebelum memulakan perjalanan.
Kalau pasport sudah hampir ‘expired’, lebih baik cepat-cepat pergi perbaharui.
Wanita Terkejut Lihat Gambar Pasport Baharu Hampir Sama Seperti Watak Dalam Filem ‘The Nun’
Menerusi satu ciapan dimuat naik di laman X (@OwToTheZie), influencer yang juga seorang usahawan nasi lemak popular di Petaling Jaya telah berkongsi momen menghiburkan semasa mahu mengambil pasport yang diperbaharui di UTC Keramat.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Kak Ojie menceritakan dia memakai tudung selendang berwarna biru muda dan menyangka warna pilihannya itu memenuhi piawaian.
Namun malangnya, pegawai yang bertugas tidak membenarkan dia memakai tudung berwarna biru itu dan memberikan tudung hitam untuk dipakai semasa proses mengambil gambar.
“Minggu lepas aku pergi UTC Keramat untuk renew passport. Ingatkan tudung warna ni (biru) dah dikira ok dah. Tapi tak lepas. So officer immigration tu bagi selendang warna hitam,” kata Kak Ojie.
Selepas selesai menunggu dan mahu mengambil buku merah berkenaan semalam (23 Oktober), perkara pertama yang disemak oleh Kak Ojie adalah gambarnya.
Terkejut dengan apa yang dilihatnya, influencer itu menyamakan gambarnya di dalam pasport seperti watak Valak dalam filem ‘The Nun’.
“Masa nak collect my passport, benda pertama aku tengok adalah gambar. Aku rasa teraniaya! Awas ya kau!” ujar Kak Ojie secara berseloroh.
So last week i went to UTC Keramat to renew my passport. Ingatkan tudung warna ni dah dikira ok dah. But too bad tak lepas. So officer immigration tu bagi selendang warna hitam and today masa nak collect my passport, benda pertama aku tengok adalah gambar.
— Kak Ojie Jual CikMak 🍉 (@OwToTheZie) October 23, 2024
Aku rasa teraniaya!… pic.twitter.com/DQuVQWkRDO
Masyarakat Tak Dapat Menahan Gelak Lihat Gambar Pasport Yang Dikongsikan
Perkongsian Kak Ojie tentang gambar pasport miliknya itu meraih pelbagai reaksi dari orang ramai.
Boleh dikatakan rata-rata netizen tidak dapat menahan ketawa kerana terhibur melihat hasil gambar pasport yang diambil di UTC Keramat.
Malah, ada juga mengingatkan influencer itu bahawa gambar pasport berkenaan akan digunakan selama empat tahun.
“Kak Ojie, dah lah gambar tu kena pakai empat tahun,” kata netizen.
Selain itu, segelintir masyarakat pula memberi pendapat bahawa warna tudung yang dipakai oleh usahawan nasi lemak itu tidak cukup gelap.
Netizen turut memaklumkan sekiranya mahu gambar yang lebih cantik selepas ini, lebih baik jika proses perbaharui pasport itu dilakukan secara atas talian.
Cara Untuk Perbaharui Pasport Secara Online
Bagi memudahkan urusan untuk memperbaharui pasport, anda kini boleh melakukan secara atas talian melalui laman web MyOnline Pasport.
Berikut merupakan perkara yang perlu diketahui jika anda ingin melakukan pembaharuan pasport secara online:
- Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).
- Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar yang disenaraikan di dalam sistem.
- Tarikh dan masa pengambilan pasport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.
Untuk rekod, menerusi portal My Government, permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari sama.
Manakala, permohonan yang dibuat selepas waktu itu akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.
Baca Artikel Berkaitan: Masih Ada Yang Tak Tahu, Lelaki Kongsi Tips & Pengalaman Buat Pasport Di KLIA
Baca Artikel Berkaitan: Cara Mudah & Cepat Untuk Renew Atau Mohon Pasport Secara Online
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Tips & Info Penting Untuk Percepatkan Urusan Daftar Pasport
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.