Now Reading
[Video] Cikgu Buat Simulasi Naik Kapal Terbang Untuk Murid Prasekolah, Siap Ada Yang Jadi Pilot!

[Video] Cikgu Buat Simulasi Naik Kapal Terbang Untuk Murid Prasekolah, Siap Ada Yang Jadi Pilot!

Guru tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Razz berkata aktiviti simulasi menaiki kapal terbang itu dilakukan bersempena dengan tema pembelajaran kenderaan udara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik, para guru sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anak muridnya.

Sama ada dari segi pembelajaran di dalam kelas mahupun aktiviti di luar kelas, cikgu-cikgu pasti memikirkan cara terbaik untuk menarik perhatian pelajar.

Malah, para pendidik juga turut mengadakan simulasi yang bersesuaian lebih-lebih lagi buat murid-murid tadika untuk mendidik mereka tentang sesuatu yang berkait isu semasa. Antaranya adalah simulasi ibadah korban, ibadah haji serta penculikan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guru Tadika Dipuji Anjur Simulasi Ibadah Korban Untuk Ajar Kanak-kanak

Baca Artikel Berkaitan: Video Simulasi Culik Di Tadika Terima Pujian Ramai Hingga Raih 16 Juta Tontonan


Murid-Murid Disiplin ‘Menaiki’ Kapal Terbang

Satu video TikTok yang tular di X baru-baru ini menyaksikan kegigihan seorang guru yang melakukan simulasi menaiki kapal terbang buat murid-murid di sebuah prasekolah di Sabah.

Tiga orang murid ‘bertugas’ sebagai juruterbang dan duduk di bahagian depan kapal, manakala rakan-rakan mereka yang lain menjadi penumpang dalam penerbangan tersebut.

Kelihatan para pelajar sabar beratur di luar kelas sambil masing-masing memegang tiket sebelum ‘menaiki’ pesawat yang terletak di dalam kelas.

Difahamkan cikgu tersebut memanggil anak muridnya seorang demi seorang selepas pengumuman ‘boarding’ dilakukan. Disiplin betul!


Aktiviti Dilakukan Sempena Tema Pembelajaran Kenderaan Udara

Menerusi video asal yang dimuat naik di TikTok (@cigurazz), kelihatan semua kerusi disusun sama seperti di dalam sebuah kapal terbang kecil.

Turut dimainkan menerusi pembesar suara bunyi simulasi kapal terbang sedang dalam perjalanan.

Lebih menarik lagi, kanak-kanak terbabit turut dijamu oleh cikgu mereka dengan Koko Krunch sebagai ‘in-flight meal’. Cikgu yang memakai baju berwarna hitam memang nampak betul-betul macam pramugara!

Apabila telah ‘tiba’ di destinasi, murid-murid berkenaan turut keluar dari kapal terbang satu per satu dalam keadaan yang teratur. Memang betul-betul macam naik flight.

Cikgu Razz berkata aktiviti tersebut dilakukan bersempena dengan tema pembelajaran kenderaan udara.

https://twitter.com/ricxxxkiddo/status/1848579309054923242

“Mungkin Cikgu Bercita-cita Nak Jadi Pramugara” – Pengguna X

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai teruja melihat aktiviti tersebut. Beberapa individu berkongsi bahawa tadika di tempat mereka turut merangkumkan proses menaiki kapal terbang apabila melakukan simulasi bagi ibadah Haji.

Ada juga yang berseloroh berkata Cikgu Razz sebenarnya bercita-cita untuk menjadi seorang pramugara, “Baik cikgu mengaku, sebenarnya cikgu berangan nak jadi steward kan?”

Malah, ada yang berpendapat lebih ‘best’ sekiranya simulasi dilakukan mengikut keadaan sebenar di lapangan terbang seperti penerbangan yang ditunda dan aksi doktor bertugas di dalam pesawat akibat kecemasan. Macam-macam!

Orang ramai turut memuji usaha murni cikgu tersebut dalam memberikan yang terbaik buat anak muridnya. Mereka juga merasakan aktiviti tersebut dapat melatih murid-murid agar berdisiplin ketika dalam penerbangan.

“Tahniah cikgu atas usaha murni untuk membahagiakan anak-anak ini,” kata seorang pengguna media sosial.

Di ruangan komen di TikTok, Cikgu Razz memaklumkan dia juga telah menghubungi pihak Lapangan Terbang Sandakan untuk membawa anak-anak muridnya melawat dan menyaksikan kapal terbang berlepas di depan mata sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cikgu Ajar Bahasa Inggeris Dengan Aktiviti Buat Puding Awan Di Kelas. Siap Guna Bahan Premium!

Baca Artikel Berkaitan: Usaha Cikgu Pedalaman Guna Elaun Sendiri Deko Kelas Murid Ala Kafe Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Bestnya Nak Sekolah Balik!” – Hari Sukan Dengan Tema Syarikat Kurier Curi Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd