Now Reading
[Video] TikToker Korea Pilih Mi Segera Malaysia Lebih Pedas Dari Jenama Indonesia

[Video] TikToker Korea Pilih Mi Segera Malaysia Lebih Pedas Dari Jenama Indonesia

Dua mi segera tersebut adalah Mie Sedap Korea Spicy Chicken yang dibeli dari Indonesia dan Maggi Pedas Giler perisa Tom Yam pula dibeli di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masyarakat Malaysia dan makanan pedas memang tak boleh dipisahkan. Bagi sesetengah individu, kalau tak hidangan itu tidak ‘berapi’, rasa macam tak ada selera untuk makan.

Kalau korang perasan, banyak juga masakan Melayu yang dimasak dengan tahap kepedasan yang tinggi seperti masak lemak cili padi, asam pedas ikan patin, dan sebagainya.

Selain lauk-pauk, Malaysia juga popular dengan menu mi segera yang cukup pedas sehingga boleh menyebabkan seseorang itu berpeluh dan hidung berair.


Wanita Korea Pilih Mi Segera Malaysia Berbanding Indonesia Untuk Tahap Kepedasan

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@kellykorea), TikToker dari Korea Selatan ini dilihat mencuba dua jenis mi segera dari jenama berbeza bagi membandingkan tahap kepedasannya.

Dua mi segera tersebut adalah Mie Sedap Korea Spicy Chicken yang dibeli dari Indonesia dan Maggi Pedas Giler perisa Tom Yam pula dibeli di Malaysia.

Sebelum mencuba Maggi Pedas Giler itu, wanita dikenali sebagai Kelly itu terkejut melihat warna pada mi segera berkenaan.

Ketika suapan pertama, TikToker ini berpendapat bahawa mi segera dari Malaysia itu tidak terlalu pedas.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu disangkal apabila tahap kepedasannya mula terasa selepas beberapa tempoh sehingga Kelly terus meneguk air sejuk botol besar.

Sumber: TikTok @kellykorea

Dia yang mencuba Mie Sedap dari Indonesia itu bagaimanapun tidak membuat sebarang ulasan sebaliknya hanya menunjukkan reaksi pelik.

Kelly kemudiannya lantas mengakui bahawa Maggi Pedas Giler dari Malaysia lebih pedas berbanding jenama Mie Sedap dari Indonesia.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@kellykorea/video/7428134567212584212

Ramai Sokong Maggi Pedas Giler Lebih ‘Berapi’

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari masyarakat yang turut memberi pendapat mereka mengenai kepedasan dua jenis mi segera tersebut.

Boleh dikatakan ramai yang berpendapat Maggi Pedas Giler lebih ‘membara’ sehingga ada yang mendakwa terkena buasir selepas menikmati hidangan berkenaan.

“Mie sedap tu aku boleh habis dua bungkus makan sorang-sorang, tapi Maggi Pedas Giler aku boleh habiskan setengah je. Pedas betul,” kata netizen.

Selain itu, segelintir pengguna TikTok pula menganggap Maggi Pedas Giler dengan tahap kepedasan sebanyak dua kali adalah lebih ‘berapi’ berbanding pek yang dimakan oleh wanita Korea tersebut.

“Yang Malaysia punya lain kali beli yang ayam bakar dua kali pedas tu, baru boleh bernanah telinga kalau kena,” ujar netizen.

Dia punya pedas tu, siap ada yang kata ia lebih pedas berbanding mi segera Samyang dari Korea Selatan.

Sumber: TikTok @kellykorea

Kenapa tak sesuai minum air bila makan makanan pedas?

Sebelum ini, seorang doktor kesihatan bernama Dr Syid Ayob menjelaskan bahawa kaedah meminum air untuk melegakan kepedasan dalam mulut adalah TIDAK SESUAI kerana Capsaicin adalah bersikap ‘non-polar’ atau dari segi kimianya adalah hidrofobik iaitu molekul tidak menyerap air.

Dr Syid mencadangkan untuk meminum cecair yang mempunyai sifat yang sama seperti capsaicin iaitu ‘non-polar’.

Contoh yang terbaik adalah susu atau bahan tenusu yang boleh melarutkan terus Capsaicin di dalam mulut.

Sumber: The Smart Local

Kalau anda sejenis yang tidak minum susu kerana lactose intolarance, alternatif lain adalah dengan mengambil minuman berasid seperti jus epal, jus tomato, jus oren, jus lemon dan sebagainya.

Tak salah nak makan makanan pedas, tetapi biarlah berpada-pada kerana jika dimakan secara berlebihan boleh menyebabkan iritasi pada usus, gastrik dan serangan Gerd.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Perjelas Kenapa Minum Air Kosong Tak Boleh Legakan Pedas Dalam Mulut

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Kerana Kerap Makan Makanan Pedas

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Gesa Hentikan Trend Makan Menu Pedas Melampau. Bahaya Untuk Kesihatan!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd