[Video] Sah Ke Solat Jika Jerawat Pecah & Darah Mengalir? Ini Hukumnya
Menerusi video tersebut, kelihatan jerawat seorang lelaki telah pecah dan darah mengalir pada pipi selepas bangun daripada sujud.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, masalah jerawat bukanlah satu perkara asing lagi dalam golongan masyarakat. Seperti yang anda tahu, jerawat pada kulit wajah seseorang berkait rapat dengan masalah hormon.
Jerawat ini bukan sahaja mendatangkan rasa sakit dan kurang selesa, malah ia juga boleh mengganggu urusan harian anda. Ada di antara kita yang kurang yakin berjumpa dengan orang lain disebabkan perkara tersebut.
Bahkan jerawat yang teruk juga dikatakan memberi kemudaratan buat segelintir individu yang mahu menunaikan sesuatu ibadah.
Hukum Jerawat Pecah Ketika Solat Hingga Keluar Darah
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ikhlas.com) menyaksikan sketsa beberapa orang lelaki sedang menunaikan solat secara berjemaah.
Menerusi video perkongsian, kelihatan salah seorang jemaah berdepan ‘krisis’ apabila jerawatnya pecah semasa bangun daripada posisi sujud. Dalam klip tersebut, anda boleh lihat darah mengalir di pipinya sebelum sempat menghabiskan solat dan memberi salam.
Imam yang dikenali sebagai Zaim kemudian menegur si rakan tentang jerawat yang pecah selepas selesai solat berkenaan.
Jelas Zaim, jika terdapat darah atau nanah yang mengalir dalam kuantiti yang banyak, maka solat seseorang itu adalah batal dan tidak sah.
Dalam konteks ini, jika darah yang mengalir adalah sikit maka solat tersebut dikira tidak batal kerana ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan.
“Bisul, luka, tempat suntik dan bekam menurut pendapat yang lain adalah seperti jerawat. Maka dimaafkan darahnya yang sedikit jika tidak memicitnya. Ia juga dimaafkan jika darah itu keluar sedikit sahaja,” kata Imam al-Nawawi, memetik portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Bukan itu sahaja, darah daripada serangga dalam kuantiti yang sedikit dan tidak ada kesan mengalir pada pakaian, badan dan tempat juga adalah dimaafkan.
Perlu Ganti Semula Solat Jika Darah Keluar Dengan Banyak
Jika situasi darah atau nanah mengalir dengan banyak berlaku, maka anda perlu membersihkannya dan mengambil wuduk bagi menggantikan semula solat yang tidak sah.
Untuk pengetahuan semua, antara syarat sah solat adalah pakaian, tempat dan badan mestilah bersih daripada najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT :
“وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ”
Maksudnya: “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.”
@ikhlas.com Ada sesetengah orang yang mungkin memiliki kulit yang agak berat jerawatnya yang boleh menyebabkan terpecah ketika solat. Oleh itu, sekiranya jerawat yang pecah itu sedikit semasa menunaikan solat, maka solat itu TIDAK batal kerana sedikitnya termasuk dalam perkara yang dimaafkan. Sebaliknya, BATAL solat sekiranya melihat nanah yang pecah itu mengalir keluar dalam kuantiti banyak. Antara syarat sah solat adalah pakaian, tempat dan badan mestilah bersih daripada najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT : وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ Maksudnya : “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” Surah Al-Muddathir (4) Oleh itu, kita perlu sentiasa dalam keadaan bersih dan suci kerana ini adalah sifat terpuji bagi umat Islam. #solat #sah #sahsolat #batal #batalsolat #jerawat #nanah #darah #islam #islamituindah #ikhlasdotcom #muslim #doaharian #viralmalaysia #taubat #siakapkeli #alquran #hadis #atukpesan #viralindonesia #malaysia #indonesia #brunei #fujian #doakesulitan #rezekihalal #fyp #bestie #reels #islamicquotes #malaysiatiktok ♬ original sound – IKHLASDOTCOM
Perkara Lain Yang Boleh Membatalkan Solat
Selain daripada perkara dinyatakan di atas, sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh membuatkan solat seseorang terbatal. Di sini kami kongsikan antaranya:
- Berlakunya hadas sama ada dengan sengaja mahupun tidak.
- Aurat yang terdedah sekiranya tidak ditutup dengan serta merta.
- Bercakap menggunakan dua huruf yang dapat difahami secara sengaja.
- Melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa secara sengaja dalam solat.
- Makan dan minum.
- Bergerak sebanyak tiga kali secara berturut-turut, biarpun dalam keadaan lalai.
- Menambah rukun fi’li secara sengaja.
- Mendahului imam dengan dua rukun fi’li.
- Lambat dua rukun dari imam tanpa keuzuran.
- Niat memutuskan solat.
- Ragu-ragu ketika berniat untuk menunaikan solat.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sah Atau Tidak? Ini Hukum Rasa Ragu-ragu Ketika Berniat Waktu Solat
Baca Artikel Berkaitan: Hati-Hati Ketika Lafazkan Takbiratul Ihram, Solat Akan Batal Jika Salah Sebut
Baca Artikel Berkaitan: Sah Ke Solat Kalau Tutup Mata Hadap Kiblat? Ini Jawapannya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram