[Video] Rakyat Malaysia Di Jepun Teruja Lihat Lagu Siti Nurhaliza Ada Dalam Game Di Arcade
Lagu ‘Bukan Cinta Biasa’ nyanyian Siti Nurhaliza itu digunakan dalam permainan Taiko No Tatsujin di sebuah arcade di Jepun.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan individu yang cukup berpengaruh dan diminati ramai tidak kiralah tua atau muda.
Sebagai seorang artis, Siti atau juga digelar sebagai TokTi juga telah mencapai pelbagai kejayaan seperti menjual lebih enam juta rekod album dan memenangi lebih 300 penghargaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Antara lagu popularnya yang mendapat sambutan cukup hangat adalah seperti Cindai, Percayalah, Kesilapanku Keegoanmu dan banyak lagi.
Lagu TokTi Ada Dalam Permainan Arcade Di Jepun
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@yuutakoyakii), seorang gadis dari Malaysia yang kini menetap di Jepun telah berkongsi satu momen mengujakan ketika dia dan rakan-rakannya sedang bermain permainan dram di sebuah arcade.
Namun apa yang menarik perhatian mereka adalah apabila lagu dalam permainan Taiko No Tatsujin (Taiko Drum Master) tersebut menggunakan lagu ‘Bukan Cinta Biasa’ nyanyian Siti Nurhaliza.
Sambil mengikut rentak lagu dan mengetuk permainan dram tersebut, mereka siap ‘karaoke’ juga lagu tersebut.
Disebabkan tiba-tiba muncul lagu Siti di arcade itu, ia secara tidak langsung membuatkan pemilik video meluahkan rasa rindu dan mahu pulang ke Malaysia.
“Sumpah excited dengar lagu Melayu kat sini. Nostalgik betul, nak balik! Weh rindu Malaysia,” luah gadis berkenaan.
Video berkenaan telah meraih 64,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Ramai Teruja Lihat Lagu Siti Nurhaliza Juga Popular Sehingga Ke Jepun
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh masyarakat selepas mendapat tahu turut mendapat sambutan di Jepun.
Ia sekaligus membuatkan rakyat Malaysia yang berada di negara matahari terbit itu juga tumpang bangga apabila karya tempatan dikenali di peringkat antarabangsa.
“Pelajar-pelajar Malaysia ni begitu bangga lagu TokTi ada di Jepun, kita pun rasa bangga,” kata netizen.
Yang paling best, mereka juga mengatakan bahawa video berkenaan juga mendapat perhatian Siti dan turut berkongsi (repost) rakaman itu di TikTok.
Selain itu, segelintir pengguna TikTok pula mengatakan bahawa lagu Siti Nurhaliza turut digunakan dalam permainan arcade di Melbourne, Australia.
“Sama! Waktu Julai haritu saya dan kawan saya kami ke Melbourne. Mainlah game ni sebab favourite kami. Tiba-tiba keluar lagi Siti. Kita apa lagi,” ujar netizen.

Perkembangan Kerjaya TokTi Sebagai Penyanyi
Untuk info, Tok Ti sudah mula melakar kejayaan seawal usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 april 1995.
Malah, beliau juga pernah digelar sebagai ‘Voice of Asia’ setelah memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty Kazakhstan pada tahun 2002.
Selain itu pada tahun 2015 sehingga 2022, Siti turut mendapat penghormatan apabila tersenarai sebagai 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia berikutan sumbangannya dalam bidang Kebudayaan dan Kesenian.

Walaupun kejayaan Siti membolehkan beliau hanya bergantung pada kejayaan dalam muzik, namun beliau tetap mengambil inisiatif untuk mengembangkan kerjayanya dalam bidang keusahawanan pula.
Pada tahun 2010, Siti telah mengasaskan produk kecantikan dan kesihatannya iaitu jenama SimplySiti.
Siti Nurhaliza Bakal Adakan Konsert Pada 14 Disember Ini

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram milik Siti (@ctdk), penyanyi ini membuat pengumuman mengenai konsertnya bersama Judika yang bernama ‘The Journey of Sound’.
Konsert ini bakal berlangsung pada 14 Disember 2024 jam 8 malam di Stadium Merdeka.
Bagi anda yang mahu mendapatkan tiket, boleh klik [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza & Judika Bakal Adakan Konsert Pada 14 Disember Di Stadium Merdeka
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kejayaan Siti Nurhaliza Sebagai Bukti Beliau Layak Digelar ‘Biduanita Negara’
Baca Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Pembayar Zakat Tertinggi Sebagai Penyanyi, Tak Culas Sejak 2019
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



