Now Reading
[Video] Gelagat Penumpang Warga Asing Tak Pandai Pakai ‘Seatbelt’ Buat Pemandu E-Hailing Garu Kepala

[Video] Gelagat Penumpang Warga Asing Tak Pandai Pakai ‘Seatbelt’ Buat Pemandu E-Hailing Garu Kepala

Menyedari ‘kemelut’ yang sedang berlaku, pemandu e-hailing itu menegur gaya penumpangnya memakai tali pinggang keledar tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pemakaian tali pingang keledar semasa kenderaan bergerak adalah perkara yang diwajibkan bagi pemandu dan penumpang hadapan bagi menjamin keselamatan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Malah, undang-undang jalan raya di Malaysia juga akan mengeluarkan denda kepada mereka yang enggan mengikut peraturan tersebut.

Selain itu, kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 juga diwajibkan untuk memasang ‘seatbelt’ di tempat duduk belakang mulai 1 Januari 2009.


Penumpang E-hailing Keliru Cara Nak Pakai Tali Pinggang Keledar

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@zhr.azli96), sekumpulan individu dipercayai warga asing dilihat menaiki perkhidmatan e-hailing dipandu oleh seorang lelaki tempatan.

Semasa mereka baru bergerak ke destinasi, rakaman dari dashcam kereta e-hailing tersebut kemudiannya menunjukkan terdapat bunyi notifikasi dikeluarkan oleh kenderaan tersebut menandakan penumpang di hadapan tidak memakai tali pinggang keledar.

Nak dijadikan cerita, penumpang lelaki yang tidak memakai ‘seatbelt’ itu kemudiannya ditegur oleh rakannya di belakang untuk memasang tali pinggang keledar.

Sumber: TikTok @zhr.azli96

Namun lain pula yang berlaku selepas warga asing berkenaan dikatakan tidak mahir untuk memakai alat keselamatan berkenaan.

Kawan-kawan dia di tempat duduk belakang pun tak dapat menahan gelak melihat gelagat rakan mereka itu ketika cuba untuk menolong pemuda itu. Hampir terbelit jugalah tali itu pada badan si pemakai.

Menyedari kesukaran yang dihadapi, pemandu e-hailing itu menegur gaya penumpangnya memakai tali pinggang keledar tersebut.

Pada mulanya, si pemandu cuba untuk membantu tetapi akhirnya dia juga ‘fed up’.

“Apa itu? Mari sini saya ajar you. Tak apalah, tak payah pakai lah. Sudah dekat,” kata pemandu itu.

https://www.tiktok.com/@zhr.azli96/video/7428467092921339157

Orang Ramai Pun Tak Dapat Tahan Gelak Tengok Gelagat Penumpang Itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi penumpang e-hailing itu yang keliru tentang cara untuk memakai tali pinggang keledar di dalam kereta.

“Kawan dia dah betulkan dah, dia sibuk nak masuk dalam kepala dia juga,” kata pengguna TikTok.

Pada masa yang sama, netizen juga memberi pujian kepada penumpang warga asing itu yang mengambil berat tentang peraturan pemakaian ‘seatbelt’ semasa berada di jalan raya Malaysia.

“Sekurang-kurangnya dia tahu undang-undang negara kita. Tabik pada mereka,” kata pengguna media sosial.

Nasib baik pemandu e-hailing itu tegur, kalau tidak sampai ke sudah memang terbelit je tali pinggang keledar itu dengan cara yang tidak betul.

Sumber: TikTok

Denda Jika Tidak Memakai Tali Pinggang Keselamatan

Kecuaian tidak memakai tali pinggang keledar adalah salah satu punca utama seseorang mengalami cedera parah sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar (hadapan atau belakang) akan disaman.

Penalti bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd