Now Reading
[Video] Tindakan Geng Superbike Tunda Motosikal Hingga Makan Jalan Undang Kecaman

[Video] Tindakan Geng Superbike Tunda Motosikal Hingga Makan Jalan Undang Kecaman

Lebih merisaukan lagi apabila aksi berkenaan dilakukan dalam keadaan hujan yang boleh mengganggu pandangan pemandu dari arah bertentangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Motosikal merupakan salah satu pengangkutan utama yang digunakan oleh rata-rata penduduk di Malaysia kerana harganya yang lebih murah berbanding kereta.

Apabila motosikal mengalami kerosakan, kebiasaannya pasti akan ada penunggang lain yang membantu untuk menundanya sehingga ke bengkel.

Seperti yang tular sebelum ini, seorang lelaki tetap sudi meluangkan masa untuk menunda motosikal yang kehabisan minyak walaupun dia sendiri telah terlambat untuk ke tempat kerja.

Tindakannya sememangnya mendapat pujian masyarakat ramai, namun lain pula bagi seorang penunggang motosikal yang melakukan perkara tersebut baru-baru ini.

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Lelaki Bantu Tunda Motosikal Orang Lain Walau Sudah Lambat Masuk Kerja Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Penunggang Motosikal Bantu Tunda Motor Kehabisan Minyak Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]


2 Penunggang Tunda Motosikal, Semuanya Jenis Superbike

Walaupun berniat baik ingin menunda motosikal lain, namun penting agar penunggang mempunyai ilmu supaya tidak membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Satu video yang tular di X (@update11111) baru-baru ini menyaksikan aksi dua penunggang motosikal menunda sebuah motosikal di antara mereka yang mungkin rosak atau kehabisan minyak.

Lebih menarik perhatian lagi, ketiga-tiga motosikal itu merupakan jenis berkuasa tinggi atau ‘superbike’ dan bukanlah motosikal biasa yang digelar ‘kapchai’. Tak berat ke!

Aksi itu dipercayai dirakam oleh seorang lagi penunggang motosikal yang berada di hadapan mereka ketika itu.


Penunggang Motosikal Masuk Jalan Arah Bertentangan

Bukan itu sahaja, tetapi cara mereka menunda motosikal berkenaan kelihatan agak membahayakan.

Ini kerana penunggang motosikal yang menunda di sebelah kanan berada betul-betul di atas garisan putih, malah sehingga memasuki jalan arah bertentangan buat beberapa seketika.

Dia kemudiannya dilihat melepaskan tundaannya sebelum memperlahankan kelajuan jenteranya.

Lebih merisaukan lagi apabila aksi itu dilakukan dengan agak laju dan dalam keadaan hujan gerimis. Cuaca sedemikian bukan sahaja boleh mengganggu pandangan pemandu lain dari arah bertentangan, tetapi juga boleh menyebabkan jalan raya menjadi licin.

https://twitter.com/update11111/status/1848370921008177563

“It’s Always The Geng Hobi Kami Mahal” – Pengguna Media Sosial

Perkara ini sememangnya mendapat perhatian ramai pengguna X yang mengkritik cara motosikal terbabit ditunda, lebih-lebih lagi sehingga ‘memakan’ jalan arah bertentangan.

Malah, ada yang berpendapat bahawa hanya seorang penunggang sudah cukup untuk menunda motosikal terbabit.

Seorang pengguna media sosial pula berkata lebih elok sekiranya motosikal tersebut ditunda menggunakan servis towing yang sebenar memandangkan ia jenis superbike dan bukannya kapchai.

“Benda boleh call towing. Tapi nak tow pakai kaki. Ingat kapchai ke?” tegur seorang lelaki.

Ada juga yang merasakan penunggang tersebut pasti tidak akan mengendahkan sebarang teguran yang diberikan kepadanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd