[Video] Pelanggan Berang Dakwa Pekerja Kedai Runcit Sorok Minyak Masak Paket
Kes minyak masak paket yang didakwa disorok oleh pekerja itu dipercayai berlaku di sebuah kedai runcit sekitar Kuala Langat, Selangor.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui pemberian subsidi adalah untuk memanfaatkan kehidupan rakyat selain mengurangkan beban mereka bagi menyara kos sara hidup.
Antara subisidi yang diperuntukkan buat golongan masyarakat adalah barang kawalan yang merangkumi tepung gandum, gula, minyak tanah, petrol, minyak masak paket dan banyak lagi.
Pun begitu, ada juga segelintir pihak yang menyalahgunakan subsidi disediakan oleh kerajaan dengan bertindak menyorokkan ia daripada dapat dibeli oleh para pelanggan.
Pelanggan Dakwa Pekerja Sorok Minyak Masak Paket Dalam Stor
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@al0ya36) menyaksikan situasi kecoh di sebuah kedai runcit sekitar Kuala Langat, Selangor.
Menerusi video perkongsian, kelihatan lelaki dikenali sebagai Zack sedang memarahi pekerja yang didakwa menyorokkan minyak masak jenis paket di stor kedai tersebut.
“Orang ni jual, itu minyak ada dia kata tak ada. Banyak stok (minyak masak paket) ni dekat belakang. Apa ini orang. Ni hah banyak stok ni nampak? Semua simpan belakang,” kata Zack sambil menerjah pekerja lelaki terbabit di ruang belakang kedai.
Dakwa Jual Berkotak-kotak Minyak Paket Kepada Orang Lain
Dalam hantaran sama, staf kedai runcit tersebut turut dilihat mengangkat dan memenuhi beberapa buah kotak didakwa berisi minyak paket ke dalam but sebuah kereta dipercayai milik pelanggan lain.
Walaupun Zack telah mengugut untuk menularkan isu itu, pekerja berkenaan dilihat terus mengabaikannya.
“Tak ada niat nak aibkan sesiapa tapi ini hak rakyat Malaysia,” kata Zack menerusi ruangan kapsyen perkongsian.
@al0ya36 Takde niat nak aibkan sesiapa tapi ini hak malaysia😀 #kpdnkk #fyp ♬ original sound – zackowlskull
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Minyak Yang Disorok
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberi pelbagai reaksi tentang dakwaan minyak masak paket yang disorok itu.
“Kalau jenis berani macam ni mesti geng yang dah bayar bulan-bulan (beli minyak masak paket),” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ramai juga berkongsi pengalaman mereka ketika cuba untuk membeli minyak masak paket di kedai runcit.
“Berkotak jual, bila kami datang nak beli satu ke dua paket cakap tak ada, dah habis,” dedah seorang individu.
Sementara itu, ramai juga berharap agar Zack membuat laporan mengenai dakwaan minyak masak paket yang disorok itu.
“Simpan video bro. Lepas tu buat laporan kepada KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri). Bagi tahu lokasi, patutnya ambil sekali nombor plate kereta lagi senang,” jelas seorang lelaki.








Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Mengamuk, Dakwa Pekerja Warga Asing Di Pasar Raya Sorok Minyak Masak Paket Untuk Kegunaan Rakan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Seleweng Minyak Masak Subsidi Campurkan Dengan Minyak Sembahyang Demi Keuntungan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] KPDN Melaka Serbu Premis Makan, Sorok Minyak Masak Paket & Didakwa Guna Tangkal
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram