Now Reading
Sistem Pamer Kereta Singapura Miliki Saman PDRM Jadi Tumpuan Masyarakat

Sistem Pamer Kereta Singapura Miliki Saman PDRM Jadi Tumpuan Masyarakat

Kereta milik warga Singapura yang dipasang dengan pelekat Pengenalan Frekuensi Radio (VEP-RFID) memiliki satu saman dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang direkodkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada bulan Mei lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mewajibkan mana-mana kenderaan asing dari Singapura untuk mempunyai Permit Kemasukan Kenderaan Motor Asing (VEP) mulai 1 Oktober 2024.

Peraturan ini ditetapkan bagi memastikan pemilik kenderan asing mematuhi segala peraturan jalan raya ketika berada di Malaysia.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan undang-undang ini akan dikuatkuasakan di dua pintu masuk kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.

Baca Artikel Berkaitan: Kenderaan Asing Dari Singapura Wajib Ada VEP Untuk Keluar Masuk Malaysia Mulai 1 Oktober Ini


Kenderaan Singapura Yang Tak Bayar Saman Di Malaysia Akan Dipaparkan Papan Mesin

Menerusi satu hantaran dimuat naik di laman Facebook ROADS.sg, terdapat satu kenderaan yang dipasang dengan pelekat Pengenalan Frekuensi Radio (VEP-RFID) VEP dipercayai milik warga Singapura sedang melalui pusat pemeriksaan Johor Bahru atau Link Kedua Malaysia-Singapura.

Ketika melalui pusat pemeriksaan tersebut, papan kenyataan LED sistem akan secara automatik memaparkan sama ada pemilik kenderaan mempunyai sebarang denda yang tidak dibayar.

Dalam hantaran itu, kereta terbabit dipercayai memiliki satu saman dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang direkodkan.

Pemilik kenderaan dikehendaki menjelaskan denda mereka sebelum dibenarkan melalui pusat pemeriksaan dan keluar dari negara ini.


Orang Rami Puji Sistem Yang Diperkenalkan Ini

Perkongsian itu secara tidak langsung telah meraih pelbagai reaksi dari netizen dengan rata-ratanya memberi respon positif terhadap sistem yang diperkenalkan itu.

Mereka menganggap sistem berkenaan boleh mengekang pemandu dari Singapura untuk keluar dari Malaysia tanpa menjelaskan segala denda dan saman melibatkan kenderaan mereka.

“Sistem yang bagus. Kalau tak nak kereta tersekat, semak dulu baki sama sebelum masuk Malaysia,” ujar seorang pengguna Facebook.

Malah, ada juga segelintir netizen yang memberi nasihat kepada mereka yang mahu membeli kenderaan terpakai agar menyemak dahulu sama ada kereta berkenaan memiliki saman dari pemandu terdahulu atau tidak.

“Sekarang sebelum beli kereta terpakai, kena semak saman juga. Boleh jadi pemiliki sebelumnya mengumpul banyak saman di Malaysia sehingga menyebabkan kesulitan,” kata netizen.

Sumber: Facebook

Boleh Didenda Atau Penjara Jika Kenderaan Asing Dari Singapura Tidak Memiliki VEP

Kenderaan yang tidak memiliki VEP sebelum atau semasa berada di Malaysia selepas tempoh tersebut dianggap telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan seperti termaktub dalam Seksyen 119 (2) Akta 333.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut berhak untuk melarang kenderaan asing tanpa VEP memasuki Malaysia serta menahan mereka daripada meninggalkan Malaysia sekiranya mempunyai perkara yang tidak diselesaikan di bawah Seksyen 66J Akta 333.

Gambar sekadar hiasan.

Permohonan Untuk Mendapatkan VEP

VEP akan menggunakan tag RFID dengan bayaran RM10 yang mana ia sah selama tempoh lima tahun.

Pemilik VEP yang berjaya dengan permohonan mereka secara atas talian tidak perlu untuk datang ke Johor mengambil tag masing-masing kerana ia akan dihantar ke rumah.

Untuk mengetahui panduan membuat permohonan VEP, boleh klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd