Now Reading
Individu Persoal 12% Upah Amil, Lembaga Zakat Selangor Beri Penjelasan

Individu Persoal 12% Upah Amil, Lembaga Zakat Selangor Beri Penjelasan

Amil yang menguruskan zakat merupakan salah satu daripada golongan asnaf yang mempunyai hak ke atas kutipan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menunaikan zakat merupakan rukun Islam keempat dan wajib dilakukan oleh setiap umatnya yang berkemampuan.

Antara jenis-jenis zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam adalah zakat pendapatan, perniagaan dan wang simpanan.

Jadi siapakah yang bertanggungjawab bagi mengutip dan mengagihkan zakat ini? Inilah tugas yang dijalankan oleh amil yang dilantik pusat pengurusan zakat.


12% Daripada Jumlah Zakat LZS Adalah Upah Amil

Pada 14 Oktober lalu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) di akaun X berkongsi tangkap layar hantaran yang dimuat naik di LinkedIn oleh Pengurus Besarnya, Fikri Harun, yang menunjukkan pecahan agihan bagi setiap RM1 daripada zakat dibayar.

Berdasarkan tangkap layar tersebut, agihan zakat yang dibayar kepada LZS dipecahkan seperti berikut:

  • 21% kepada asnaf Fakir
  • 38% kepada asnad Miskin
  • 5% kepada asnaf Muallaf
  • 2% kepada asnaf Riqab
  • 7% kepada asnaf Gharimin
  • 15% kepada asnaf Fisabilillah
  • Kurang 1% kepada asnaf Ibnu Sabil

Lebihan 12% daripada bayaran tersebut pula diambil sebagai upah Amil bagi pengurusan kutipan zakat.

Menurut Fikri, kutipan zakat oleh LZS adalah daripada 390,000 pembayar yang kemudiannya diagihkan kepada 350,000 asnaf.

Berdasarkan Laporan Tahunan LZS 2023, sejumlah RM1.15 bilion zakat telah diagihkan pada tahun lepas.


Upah 12% Diagih Kepada Lebih 700 Pekerja LZS

Namun perkongsian itu menimbulkan persoalan seorang individu yang merasakan upah 12% tersebut adalah tinggi. Malah dia turut membandingkannya dengan komisen jualan rumah sebanyak 3% sahaja.

LZS dalam satu hantaran lain telah membuat maklum balas bagi menjelaskan perkara tersebut.

Katanya, kadar upah zakat sebanyak 12.5% telah ditetapkan dalam ayat 60 surah at-Taubah. Namun mereka hanya mengambil 12% sebagai upah kepada amil.

Tambahnya lagi, upah 12% yang diambil itu memberi manfaat kepada lebih 700 pekerja di LZS serta bagi menampung kos operasi penyelenggaraan. Sebaliknya komisen 3% yang diterima penjual atau agen hartanah mungkin hanya memanfaatkan seorang individu.

https://twitter.com/kerepek/status/1848278275396911611

Amil Juga Dalam Golongan Asnaf, Namun Tidak Boleh Ambil Baki Bayaran Zakat

Merujuk kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amil sebenarnya merupakan salah satu daripada lapan golongan yang mempunyai hak ke atas kutipan zakat atau individu asnaf.

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّـهِ ۗ

Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.

Surah at-Taubah (60)

Namun begitu, amil tidak boleh mengambil baki wang zakat fitrah yang tidak diambil oleh pembayar. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:

وَمَن يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: …dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan membawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu.

Surah Ali ‘Imran (161)

Baki daripada bayaran zakat itu perlulah diberikan ke tabung masjid, diderma kepada fakir miskin atau dicampurkan dengan wang zakat yang lain.


Amil Zakat Fitrah WP Hanya Lakukan Kutipan, Upah Cuma 1/12

Bagi upah amil zakat fitrah di Wilayah Persekutuan pula, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-65 bersetuju agar mengambil 1/12 daripada jumlah zakat.

Ini adalah kerana tugas yang dijalankan hanyalah mengutip Zakat Fitrah dan yang berkaitan, sebaliknya Majlis yang mengagihkannya kepada penerima.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Waktu Terbaik Untuk Bayar Zakat Fitrah. Jika Terlepas, Dikira Berdosa & Ada Penyelesaiannya

Baca Artikel Berkaitan: Zakat Pendapatan Perlu Dibayar Sebelum Hujung Tahun, Ini Cara Pengiraannya

Baca Artikel Berkaitan: Bayaran Zakat Perlu Dihebahkan, Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd