Ibu Hamil Jatuh Ketika Alihkan Motosikal, Tindakan Pantas Suami & Orang Sekeliling Bantu Raih Pujian
Menerusi video tular, kelihatan wanita hamil dikenali sebagai Ila itu telah terjatuh selepas hilang kawalan ketika menyorong motosikal suaminya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat wanita bergelar ibu hamil, sudah tentu anda tidak sabar untuk berjumpa dengan si kecil selepas sembilan bulan mengandungkan mereka.
Namun tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran dan suka duka yang perlu dilalui oleh golongan ini sepanjang fasa itu. Sebagai contoh, ada yang mengalami gangguan emosi, stres melampau, badan berasa lemah dan banyak lagi.
Badan yang lemah sepanjang hamil itu sekaligus membuatkan si ibu cepat berasa penat dan sukar melakukan aktiviti berat dan memenatkan.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Alami Gangguan Emosi Ada Risiko Meroyan? Ketahui Faktor & Cara Mencegah
Wanita Hamil Jatuh Lepas Cuba Tolak Motosikal
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan satu situasi mencemaskan yang berlaku kepada seorang wanita hamil dikenali sebagai Ila Radzi (@ilaradzi).
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan Ila sedang menyorong sebuah motosikal milik suaminya di halaman rumah dan cuba untuk meletakkan ia di tempat yang sepatutnya.
Pada awalnya, Ila yang sedang mengandung 38 minggu dilihat berjaya mengalihkan motosikal yang berat itu. Namun lain pula yang terjadi apabila wanita berkenaan secara tiba-tiba hilang kawalan dan terjatuh di halaman rumahnya.
Nasib menyebelahi Ila kerana motosikal tersebut tidak terhempap di atas badannya. Sejurus menyedari Ila terjatuh, anak lelaki yang berada di tempat kejadian terus berasa panik dan menjerit memanggil si ayah di dalam rumah.
Suami & Jiran Bergegas Periksa Keadaan Ila Yang Sudah Terjatuh
Suami Ila yang pada itu sedang memakai apron terus bergegas keluar untuk melihat keadaan isterinya. Bukan sahaja si suami, jiran sebelah yang mendengar jeritan juga dilihat dengan pantas ke rumah Ila untuk memeriksa keadaan ibu hamil berkenaan.
“Degil lagi tak dengar cakap suami. Suami dah cakap jangan, buat juga. Rabu lepas jatuh dalam tandas. Malam ni jatuh dekat luar rumah pula.
“Alhamdulillah bayi okay. Sorry baby. Ibu awak cuai. Baby cepatlah keluar (dilahirkan) 😭,” kata Ila di ruangan kapsyen.
@ilaradzi Replying to @racunshopeedone ♬ original sound – Ila Radzi
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Situasi Ila Yang Terjatuh
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang meluahkan rasa bimbang melihat Ila yang terjatuh semasa sedang hamil.
“Allah kak, macam mana okay ke ni? Baby macam mana? Semoga baik-baik sahaja,” ujar seorang pengguna TikTok.
Bukan itu sahaja, reaksi orang sekeliling Ila yang cepat bertindak selepas menyedari situasi cemas tersebut juga dipuji ramai.
“Respect semua orang dalam video ni dari anak, isteri, suami dan juga jiran. Semua menunjukkan peranan dan teladan masing-masing. Semoga kebaikan demi kebaikan datang kepada semua ya. Amin,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ada juga yang berasa sebak melihat situasi anak kecil yang risaukan tentang ibunya.
“Tak tahulah hati saya ni tisu sangat. Tengok ni pun saya nangis sedih bila dengar anak jerit ibu!” kata seorang individu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Sarat Hamil Hampir Terjatuh Ketika Berniaga Buat Ramai Ibu Boleh ‘Relate’
Baca Artikel Berkaitan: “Awak Ibu Yang Kuat” – Kisah Wanita Jatuh Perigi Ketika Sarat Hamil Raih Perhatian Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram