[Video] Jalan Seret Kaki, Murid Sumbat Kertas Dalam Kasut Kerana Saiz Terlalu Besar Bikin Ramai Sebak
Menurut guru dikenali sebagai Cikgu Farrah, ‘tabiat’ murid lelaki tersebut rakannya yang sering menyeret kakinya sekitar kawasan sekolah diketahui daripada seorang rakan sekerjanya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, bukan semua di kalangan masyarakat dibesarkan dengan mewah dan cukup serba-serbi.
Ada di antara kita dilahirkan dalam golongan yang kurang mampu. Perkara ini sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan seseorang lebih-lebih lagi buat kanak-kanak yang berada di alam persekolahan.
Sebelum ini, tular satu kisah di mana seorang pelajar perempuan terlepas peluang menduduki ujian kelayakan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Hal ini kerana, keluarga murid berkenaan kekurangan wang simpanan selain tidak mempunyai kereta untuk membawa adik Nasuha menjalani ujian tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: “Ilmu Saja Boleh Ubah Hidup Kita” – Asyraf Wajdi Bantu Pelajar Tular Tak Dapat Hadiri Ujian Kelayakan MRSM
Murid Lelaki Jalan Menyeret Kaki Kerana Saiz Kasut Terlalu Besar
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang guru dikenali sebagai Cikgu Farrah (@cikgu_farrah) berkongsi kisah hiba yang dilalui oleh salah seorang anak muridnya.
Menurut Cikgu Farrah, seorang rakan telah memintanya untuk memeriksa keadaan anak murid lelaki tersebut kerana dikatakan dia jalan sambil menyeret kaki apabila berada di kawasan sekolah.
Tanpa berfikir panjang, Cikgu Farrah terus mencari kanak-kanak lelaki itu dan mengukur saiz kakinya bertujuan membeli kasut sekolah yang baharu.
Namun perkara lain pula yang mengundang perhatian cikgu berkenaan apabila dia mendapati terdapat kertas yang banyak di dalam kasut itu.

Tapak Kasut Milik Murid Lelaki Sudah Terkoyak
Jelas Cikgu Farrah, gumpalan kertas tersebut disumbatkan kerana saiz kasut dimiliki oleh si kecil terlalu besar berbanding dengan ukuran kakinya yang sebenar.
Bukan sahaja saiz yang besar, malah kasut tersebut juga kelihatan usang di mana tapak kasut sudah mula koyak.
@cikgu_farrah minggu lepas ada kawan bgtau suruh tengok kasut murid ni sbb dia jalan seret2 kasut and aku pun mmg x cakap banyak terus ukur kaki dan p beli kasut baru utk dia.. sedihnya bila masa nak ukur size kaki nampak kertas dlm kasut.. dia sumbat kertas2 sbb kasut tu besar..
♬ Kamu Dan Kenangan – Shanna Shannon
Ramai Sebak Lihat Murid Tetap Ke Sekolah Walau Kasut Tak Selesa
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa sebak melihat kisah si kecil yang terpaksa memakai kasut bersaiz besar.
“Sedih sangat bila tengok kanak-kanak hidup susah dari kecil tapi mereka bertabah dan tetap rajin belajar. Semoga kehidupan susahmu hanya waktu kecik je dik. Membesar jadi orang yang sangat berjaya ya,” kata seorang individu.
Malah ada juga mencadangkan agar setiap sekolah menyediakan satu ruang agar orang ramai boleh meletakkan barang terpakai (preloved) supaya ia boleh dimanfaatkan oleh sesiapa yang memerlukan.
“Saya cadangkan sekolah-sekolah buat satu stor simpanan kelengkapan atau pakaian sekolah untuk barang baru serta preloved. Yang tak muat dan masih elok boleh beri dekat murid-murid kurang mampu,” ujar wanita berkenaan.
Sementara itu, orang ramai juga tidak terlepas mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Farrah kerana sifat murni dan prihatin selepas membelikan murid lelaki tersebut kasut baharu.
“Terima kasih cikgu. Besar jasa cikgu untuk dia. Moga dia berjaya dunia akhirat. Mesti dia ingat cikgu sampai bila-bila,” kata seorang pengguna TikTok.










Walaupun dalam keadaan sebegitu, adik ini tetap semangat datang ke sekolah untuk menimba ilmu. Semoga segala urusan pelajar tersebut dipermudahkan.
Kepada para murid di luar sana, semoga video ini dapat dijadikan iktibar agar tidak lagi rasa malas untuk ke sekolah.
Baca Artikel Berkaitan: Motor Ditarik Oleh Bank, Bapa Sanggup Jalan Kaki 8KM Hantar Anak Ke Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: Nekad Ingin Berjaya Walaupun Dari Keluarga Susah, Luahan Pelajar Ini Sentuh Hati Ramai Orang [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram