[Video] Dah Macam Kerja Offshore! Kucing Tersadai Hampir 2 Bulan Atas Kapal Buat Ramai Terhibur
Pengguna TikTok yang memuat naik video kucing tersebut berkata dia telah tersesat dan bersembunyi sehinggalah kapal berkenaan berlayar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pepatah Inggeris ada mengatakan, “Curiosity killed the cat”. Ini kerana haiwan yang manja itu sememangnya bersifat ingin tahu sehingga kadangkala membahayakan nyawa mereka sendiri.
Namun, ada juga yang menjadi ‘terkenal’ akibat sifat semula jadinya itu yang menarik perhatian orang ramai.
Sebelum ini, tular seekor anak kucing yang nyaris kecundang dek kerana sifat ingin tahunya apabila terjatuh ke dalam kandang harimau di Zoo Johor. Mujur dia berjaya diselamatkan sebelum perkara tidak diingini berlaku!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Pekerja Zoo Selamatkan Anak Kucing Dalam Kandang Harimau Raih Perhatian
Kucing Hampir 2 Bulan Berada Di Atas Kapal Offshore
Baru-baru ini, tular satu video yang menyaksikan seekor kucing tidak semena-mena terpaksa meluangkan masanya hampir dua bulan di atas sebuah kapal offshore.
Menurut pengguna TikTok (ardam__) yang memuat naik video tersebut, si bulus itu sudah 42 hari berada di atas kapal terbabit.
Menerusi video tersebut, kucing berwarna hitam itu dilihat sedang berdiri di atas meja yang terdapat di bahagian dek kapal. Walaupun kapal yang dinaikinya itu kelihatan bergoyang-goyang, namun dia tenang sahaja.
Di dek yang sama, terdapat juga dua orang pekerja offshore sedang berbaring di atas dek berkenaan. Memang semua tengah bersantai ya.
Kucing Buang Air Besar Di Tandas
Melihat kepada keadaan itu, pasti timbul pertanyaan di manakah kucing tersebut membuang air besar.
Di ruangan komen, Ardam berkata si hitam itu sudah pandai menggunakan tandas bagi melepaskan hajatnya.
Dia juga menjelaskan bahawa kucing tidak boleh dibawa naik ke atas kapal offshore, namun si bulus itu telah tersesat dan bersembunyi sehingga kapal berlayar.
Tambahnya lagi, kucing tersebut turut diberi makan ubat bagi mengelakkannya daripada mabuk laut.
“Kucing Pun Dah Kerja Offshore, Aku Bila Lagi” – Pengguna TikTok
Video tersebut menarik perhatian orang ramai yang berseloroh tentang keadaan kucing berkenaan yang seolah-olah menjadi pekerja offshore di atas kapal tersebut.
“Mesti gaji dia besar. Balik nanti belanja family Royal Canin,” kata seorang individu.
Ada juga yang berkata mereka masih belum dapat kerja offshore seperti kucing tersebut. “Kucing pun boleh masuk offshore. Baik aku jadi kucing je,” kata seorang individu.
Malah beberapa pengguna media sosial berseloroh berkata kucing itu telah ‘terbakar’ sehingga menjadi warna hitam.
“Dah kena pakaikan sunscreen tu. Kesian dia burn teruk dah 42 hari kat laut,” katanya.
Seorang individu pula mempersoalkan mengapa si hitam itu tidak diberi uniform offshore seperti kucing di stesen minyak Shell yang tular sebelum ini. Comel juga kan!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Employee Of The Month” – Kucing Pakai Uniform Shell Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kucing Tolak Monitor Komputer Hingga Jatuh Buat Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Ni Misi Menyelamatkan Diri” – Cara Lelaki Ini Selamatkan Anak Kucing Lain Dari Yang Lain
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.