Now Reading
“Makin Ramai Ibu Bapa Mampu” – Pelajar Dedah Elaun Sebulan Cecah RM7,000 Undang Pelbagai Reaksi

“Makin Ramai Ibu Bapa Mampu” – Pelajar Dedah Elaun Sebulan Cecah RM7,000 Undang Pelbagai Reaksi

Seorang gadis berpendapat bahawa seorang pelajar wajar mendapat elaun berjumlah sekurang-kurangnya RM1,000 jika melanjutkan pengajian di kawasan bandar.

pelajar dedah terima elaun cecah RM7,000 sebulan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang masih bergelar pelajar, sudah tentu pelbagai cabaran yang perlu dilalui sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung.

Antaranya adalah berpisah jauh dari keluarga, stres belajar, kos sara hidup, duit belanja tidak mencukupi dan banyak lagi.

Kadangkala, ada juga kes di mana pelajar terpaksa ikat perut untuk bertahan sebelum mendapat elaun bulanan seterusnya daripada ibu bapa.


Pelajar Universiti Kongsi Jumlah Elaun Diterima Untuk Tempoh Sebulan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@scholarzz) menyaksikan seorang wanita dikenali sebagai Cha sedang menemu bual beberapa orang penuntut universiti.

Menerusi video perkongsian, Cha telah bertanya tentang berapakah jumlah elaun yang diterima oleh mereka pada setiap bulan bagi menampung kehidupan di tempat belajar.

Dalam klip berkenaan, para pelajar telah memberikan pelbagai jawapan berbeza. Ada yang mendapat RM500, RM1,000, RM1,200 dan banyak lagi.

Jawapan yang mengundang perhatian adalah ada juga di kalangan pelajar yang menerima anggaran lebih kurang RM5,000 ke RM7,000 dalam masa satu bulan sahaja.

Dalam masa sama, seorang gadis turut mendedahkan bahawa dia menerima RM10,000 daripada ibu bapa dan juga biasiswa diterima. Menurut pelajar perempuan itu, jumlah tersebut adalah untuk kegunaan sepanjang 1 semester.

@scholarrzz Berapa allowance student patut dapat per month 🤔🤔 #f #fyp #uni #uitm #uitmshahalam #pelajar ♬ original sound – Cha Loud 🍉

Pelajar Beri Pandangan Jumlah Elaun Yang Sesuai Diterima Jika Duduk Di Bandar

Menurut seorang pelajar perempuan, seseorang itu perlu mendapatkan anggaran elaun berjumlah RM1,000 ke RM1,500 sebulan bagi menampung kos sara hidup jika tinggal di kawasan bandar.

“Sebab ada pelajar yang duduk dekat rumah sewa. Jadi RM1,500 tu mungkin cukup untuk bayar sekali kos rumah sewa dan perbelanjaan harian,” ujarnya.

Bahkan, ada juga yang berpendapat bahawa RM700 ke RM900 sudah memadai untuk seseorang bergelar pelajar.

Selain itu, seorang gadis berkata jumlah elaun yang sepatutnya diterima adalah bergantung kepada gaya hidup setiap pelajar. Dia percaya bahawa RM500 adalah sudah mencukupi untuk pelajar yang kurang boros.

“Tapi kalau jenis yang belanja banyak mungkin dalam RM700,” kata gadis itu.

elaun pelajar dalam sebulan
Sumber: TikTok (@scholarzz)

Pelajar Dedah Akan Kerja Part Time Jika Duit Belanja Tak Mencukupi

Seterusnya, seorang lelaki berkata dia boleh mendapat duit perbelanjaan lebih dengan melakukan kerja separuh masa sambil belajar.

“Bagi saya, lebih kurang RM300 mungkin cukup untuk 3 minggu. Lepas tu saya buat kerja separuh masa untuk dapat pendapatan ekstra,” ujar lelaki berkenaan.

Perkongsian ini kemudiannya semakin tular selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter).


Jumlah Elaun Diterima Oleh Para Pelajar Cetus Perdebatan

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang hantaran tersebut.

Ada individu berpendapat bahawa elaun yang banyak diterima daripada ibu bapa pada setiap bulan adalah salah satu faktor mengapa graduan baru meminta gaji lumayan walaupun baru pertama kali menjejakkan kaki dalam dunia pekerjaan.

“Hampir RM7,000 sebulan. Patutlah banyak graduan baru sangat meminta bila dapat kerja. Sebab dah rasa selesa daripada awal. Lelaki yang buat kerja separuh masa tu, kudos kau akan dapat bertahan dalam dunia ni,” kata seorang pengguna X.

Ada segelintir individu berkata mereka boleh bertahan dengan elaun kurang dari RM500 dalam tempoh sebulan, ada juga yang berpendapat sebaliknya.

“Elaun RM400 hingga RM500 sebulan masuk akal. Ibu bapa saya dari golongan keluarga B40 dan mereka bagi saya banyak ni untuk sebulan. Masuk akal sebab barang mahal dan saya ada pengangkutan sendiri,” kata seorang warganet.

Sementara itu, ramai juga dilihat bersetuju bahawa elaun yang tinggi adalah sesuai dengan situasi ekonomi zaman kini.

“Perubahan zaman dan ekonomi. Zaman budak 90-an, nasi bujang masih RM3. Zaman sekarang nasi bujang RM5 itu pun sikit je portion tak banyak macam dulu. Kebanyakannya kawasan Kuala Lumpur, manalah pelajar tak demand,” jelas seorang individu.

Segelintir individu turut menyarankan para pelajar untuk melakukan kerja sampingan sekiranya mempunyai masa dan peluang.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: Persatuan Majikan Tidak Setuju Diwajibkan Bayar Elaun Kepada Pelajar Praktikal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd