Tular Bisnes Tolong Buatkan ‘Assignment’ Pelajar, Orang Ramai Bimbang Dengan Masa Depan Negara
Difahamkan, servis perkhidmatan untuk menyiapkan tugasan universiti dari pensyarah itu ditawarkan dengan harga murah dan berkualiti.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila menyambung pengajian ke peringkat universiti, antara perkara yang akan diedahkan kepada para pelajar adalah melibatkan tugasan dari pensyarah atau ia juga popular dipanggil sebagai ‘assignment’.
Boleh dikatakan setiap hujung semester, pasti ramai penuntut yang akan kelam-kabut untuk menyiapkannya memandangkan sudah menghampiri tarikh untuk dihantar.
Dalam situasi tersebut, ada pula sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dengan membuat bisnes untuk ‘membantu’ pelajar-pelajar universiti ini.
Wujud Bisnes Untuk Siapkan ‘Assignment’ Pelajar Dengan Harga Murah
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@asy_raaf), individu ini berkongsi sebuah iklan yang dijumpai pada paparan Instagram Story (IG Story).
Dalam iklan tersebut, ia memaparkan aksi lakonan di mana beberapa mahasiswa dikatakan sedang ‘healing’ sebelum reaksi wajah mereka berubah apabila diberikan ‘assignment’ dari pensyarah.
Tidak lama selepas itu, keluar pula seorang wanita yang mempromosikan bisnes mereka di mana para pelajar boleh menghantar tugasan mereka itu untuk disiapkan dengan menggunakan servis mereka.
Difahamkan, perkhidmatan itu ditawarkan dengan harga murah dan berkualiti.
“Nak healing tapi kena siapkan assignment? Korang hantar je assignment korang dekat admin. Jangan risau, servis kitaorang terpaling pantas, berkualiti dan terpaling murah dalam Malaysia ni. Korang nak assignment due esok pun boleh,” ujar wanita dalam iklan tersebut.
Giler ada org serius business servis buat assignment. Siap buat ads tuh. Good luck masa depan Malaysia. pic.twitter.com/KlD90VycX7
— Asyraaf | Your Web Designer (@asy_raaf) October 17, 2024
Servis Siapkan ‘Assignment’ Itu Buat Masyarakat Risau Dengan Masa Depan Negara
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata masyarakat meluahkan rasa bimbang melihat servis yang ditawarkan itu.
Ini kerana ia secara tidak langsung akan mempengaruhi masa depan negara apabila pelajar-pelajar universiti akan mengelat dan malas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
“Inilah golongan yang akan menyesatkan generasi muda. Semuanya semata-mata untuk duit. Agak-agaklah nak cari pendapatan sekalipun,” luah netizen.
Pada masa yang sama, pengguna X juga mempersoalkan sama ada mereka yang menwarkan servis itu mempunyai ilmu tentang tugasan yang mahu disiapkan itu.
“Bijak betul team yang buatkan assignment orang tu. Aku buat assignment sendiri pun banyak salah. Inikan nak buatkan untuk orang?” soal pengguna media sosial.
Namun ada pula netizen yang mendakwa bahawa bisnes menyiapkan ‘assignment’ itu wujud selepas ia turut mendapat sambutan dan permintaan dari individu yang terlibat.
“Ada permintaan, ada orang jual, jadilah satu bisnes. Tak tahu la macam mana pensyarah nak kesan assignment yang orang lain buatkan,” kata pengguna X.
Sebagai pelajar universiti, tugasan yang diberikan itu mungkin tidak membantu untuk digunakan dalam dunia pekerjaan.
Namun pengalaman tersebut boleh mematangkan setiap individu dan dijadikan sebagai persediaan untuk berdepan keadaan semasa berkerja pada masa akan datang.
Jadi, lebih baik sekiranya ‘assignment’ yang diberikan oleh pensyarah itu dilakukan dengan sebaik mungkin.
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Belum Kerja” – Pelajar Merungut Pensyarah Bagi Banyak Tugasan, Ramai Merungut Gen Z Manja
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.