Now Reading
“Tak Geli Ke?” – 2 Gadis Makeup Guna Tester Di Watsons Undang Perhatian

“Tak Geli Ke?” – 2 Gadis Makeup Guna Tester Di Watsons Undang Perhatian

Menerusi video tular, kelihatan dua orang gadis sedang memakai bedak, gincu dan banyak lagi produk tester terus pada muka serta bibir masing-masing.

2 gadis bersolek pakai tester di watsons

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Makeup dan segelintir golongan wanita memang berpisah tiada. Kalau anda lihat sekarang, kaum Hawa bukan sahaja memakai alat solek untuk ke tempat kerja, malah ramai juga para pelajar dilihat menggunakannya.

Kebiasaannya orang ramai akan rambang mata sebelum membeli makeup sehinggakan mereka ‘terperangkap’ dalam kedai dalam masa yang lama mencalit tester untuk memilih produk apa yang sesuai.

Pun begitu, masih ada segelintir daripada golongan masyarakat yang masih tidak tahu cara penggunaan yang betul untuk mencuba tester-tester produk kosmetik ini.


2 Gadis Bersolek Guna Tester Di Watsons

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @ricxxxkiddo) menyaksikan dua orang gadis yang sedang berada di kedai Watsons.

Kebiasaannya, para wanita akan datang ke sana untuk membeli-belah atau mencuci mata melihat produk kosmetik yang terjual di kedai berkenaan.

Para pembeli juga akan diberikan alat cubaan (tester) agar mereka dapat membuat pilihan tentang produk apa yang hendak dibeli. Pelanggan juga selalunya akan mencalit tester dalam kuantiti yang sikit pada permukaan tangan.

Namun lain pula yang berlaku apabila dua orang gadis tersebut bersolek dan bersiap menggunakan tester-tester disediakan. Mereka dilihat memakai bedak, mascara, eye shadow dan foundation terus ke muka.

Sumber: X (@ricxxxkiddo)

Bukan itu sahaja, mereka juga dilihat menggunakan tester gincu yang terletak di rak produk kosmetik berkenaan.

Perkongsian ini kemudiannya mendapat perhatian ramai pengguna X.


Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat 2 Gadis Bersolek Pakai Tester

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai tidak berpuas hati dengan tindakan dua gadis tersebut seolah-olah mereka mementingkan diri sendiri.

“Apa benda ni?! Saya tak bolehlah tengok diorang pakai tester lipstick pada bibir! Kebersihan adik! Bukan korang je guna! Kata tak ada otak nanti marah,” ujar seorang individu.

Ramai juga berasa pelik dengan aksi dua gadis tersebut kerana dilihat seperti tidak geli menggunakan produk yang digunakan orang awam.

“Guna tester ke? Barang tester dekat display janganlah kau suka hati tonyoh dekat muka kau dik. Kau tak geli ke dah berapa manusia sentuh benda-benda tu? jelas seorang warganet.

Sementara itu, ramai juga mengingatkan para wanita di luar sana untuk tidak sesekali berkongsi makeup kerana bimbang ia boleh mengundang bahaya kepada kesihatan masing-masing.

“Perempuan jangan buat macam ni, tolong jangan kongsi makeup. Boleh dapat Herpes atau penyakit lain yang berjangkit dari kulit ke kulit,” kata seorang wanita.

Sumber: X (@ricxxxkiddo)

Pakai Tester Gincu Terus Ke Bibir Undang Risiko Dijangkiti Oral Herpes

Sebelum ini, seorang pengamal perubatan dikenali sebagai Dr Rusydina telah menasihati orang ramai untuk berjaga-jaga bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti Oral Herpes type 1.

Menurut beliau, penyakit tersebut boleh tersebar melalui mulut ke mulut. Dr Rusydina turut menegaskan para wanita yang berkunjung ke kedai kosmetik untuk tidak memakai tester lipstick terus ke bibir.

Sumber: Pexels

“Herpes virus mempunyai dua jenis. Type 1 dengan type 2. Type 1 herpes majoriti memang infeksi pada bahagian mulut, sebab itu dia dipanggil oral herpes.

“Type 2 pula sering berlaku pada bahagian alat kelamin (genital area). Jadi ia dipanggil genital herpes. Adakah herpes type 1 masih lagi kategori Sexually Transmitted diseases (STD)? Ya, ia juga masih lagi boleh berjangkit melalui hubungan kelamin,” ujar beliau.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Pakai Di Bibir” – Doktor Kongsi Bahaya Guna Lipstick ‘Tester’, Boleh Sebabkan Oral Herpes [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd