Now Reading
Ada Pihak Jual Barang Dengan Harga ‘Cekik Darah’? UAI Perjelas Hukumnya

Ada Pihak Jual Barang Dengan Harga ‘Cekik Darah’? UAI Perjelas Hukumnya

Menurut pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, terdapat dua syarat yang melarang sesuatu barangan dijual dengan harga yang sangat mahal.

UAI perjelas hukum jual barang dengan harga tidak masuk akal

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda lihat di premis atau kedai atas talian, pasti ada sahaja barangan yang dijual dengan harga tidak masuk akal.

Sebelum ini, seorang lelaki di Kelantan mencuri perhatian apabila mahu menjual basikal tua berharga RM1,000 setiap satu. Keadaan rata-rata basikal tersebut pula dilihat uzur dan berkarat.

Harga yang diletakkan untuk sebuah basikal itu kemudian mencetus perdebatan ramai, yang mana kebanyakan individu berpendapat ia terlalu mahal untuk kenderaan dua roda yang usang.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Persoal Lelaki Jual Basikal Tua Klasik Dengan Harga RM1000 Seunit


Hukum Jual Barang Dengan Harga Yang Sangat Mahal

Baru-baru ini, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu sesi soal jawab dalam tazkirahnya ada mengulas tentang isu segelintir pihak yang menjual sesuatu barangan dengan harga begitu mahal.

Menurut pendakwah berkenaan, perbuatan tersebut tidak mendatangkan dosa. Tambah beliau, selagi mana perkara itu tidak mendatangkan mudarat kepada mana-mana pihak, maka ia dibolehkan.

“Dia beli dulu RM6,000 je Yamaha RXZ, jadi ada orang tawar (beli) RM50,000. Boleh tak jual? Boleh, siapa suruh bodoh pergi beli RM50,000,” kata beliau sambil berseloroh.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Caraousell

2 Syarat Melarang Barang Dijual Dengan Harga Yang Begitu Mahal

Pun begitu, ustaz berkenaan menegaskan terdapat beberapa syarat yang melarang harga sesuatu barangan dinaikkan dengan tinggi semasa proses jual beli.

“Yang pertama, harga barangan yang telah ditetapkan oleh pemerintah (kerajaan) itu tak boleh. Contohnya bawang, lada, minyak masak yang memang sudah ditetapkan harganya. Itu keperluan orang ramai.

“Kedua, barangan keperluan orang ramai tetapi kerajaan (pemerintah) tak tetapkan harga. Itu juga tidak boleh (menaikkan) harga melampau-lampau kerana ia menyusahkan orang ramai,” ulas beliau.

Berbicara dengan lebih mendalam mengenainya, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa barang atau hidupan seperti motosikal RXZ, cermin mata, burung terkukur ataupun cincin bukanlah satu keperluan bagi manusia.

“Ikut pandailah nak jual berapa pun. Contohnya beli mata cincin di Burma (Myanmar) RM10, di sini ditawar RM2 juta. Ikut dialah nak jual berapa.

“Orang bodoh belilah (cincin itu), tapi itu bukan keperluan masyarakat,” ujar UAI di akhir perkongsian.

@lqmn_95 Demo kenal barey #poktehracing #pokjaktheviral #rxz #rxzstilltheboss #uai #ustazazharidrus #pokjack #tokayohskoda ♬ original sound – Muhammad luqman

Ada Pihak Jual Helmet Didakwa Dipakai IShowSpeed Dengan Harga RM250,888

Sebelum ini, tular di laman Facebook apabila ada pihak yang menjual sebuah helmet didakwa dipakai oleh YouTuber terkenal, IShowSpeed sewaktu berkunjung ke Malaysia bulan lalu.

Perkara yang mengundang perhatian adalah helmet MS88 itu dijual dengan harga tidak masuk akal iaitu RM250,888.

Tidak terhenti di situ sahaja, individu tersebut turut mendakwa terdapat beberapa helai rambut Speed telah gugur dalam helmet berkenaan. Rambut itu bukannya dibuang, malah dijadikan modal untuk mengaut keuntungan.

Menerusi hantaran tersebut, rambut gugur terbabit dijual dengan harga ‘cekik darah’ iaitu RM100,000.

Sumber: Facebook MotoMalaya

Baca Artikel Berkaitan: Ada Individu Jual Helmet Dipakai IShowSpeed RM250,000 & Rambut Gugur RM100,000?

Baca Artikel Berkaitan: “Mahal Betul” – Aiskrim Malaysia Dijual Dengan Harga RM6 Sebatang Jadi Bualan Ramai [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd