Now Reading
[Video] Doktor Gigi Pesan Pada Orang Ramai Untuk Jujur Sebelum Mula Prosedur. Ini Sebabnya

[Video] Doktor Gigi Pesan Pada Orang Ramai Untuk Jujur Sebelum Mula Prosedur. Ini Sebabnya

Menurut doktor pergigian dikenali sebagai Dr Deen, pesakitnya yang tidak mengambil sarapan sebelum ke klinik mengalami pitam selepas selesai prosedur mencabut gigi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui kesihatan merupakan antara aspek penting yang perlu dijaga oleh seseorang. Ramai di kalangan masyarakat mempunyai temu janji bagi mendapatkan rawatan di hospital atau klinik.

Sesetengah daripada pesakit diingatkan untuk berpuasa sebelum rawatan, tetapi ramai juga yang diminta untuk makan terlebih dahulu mengikut kepada penyakit atau keadaan dilalui.

Pun begitu, masih ada individu yang tidak mengikut arahan doktor, memberikan maklumat palsu dan menipu tentang perkara itu sewaktu berjumpa dengan pakar.


Pakar Kongsi Kisah Dilalui Pesakit Selepas Tipu Pada Doktor

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ddeeeeeennnn) apabila seorang doktor gigi dikenali sebagai Dr Deen berkongsi pengalaman cemas yang pernah berlaku kepada salah seorang pesakitnya.

Menurut Dr Deen, seorang pesakit yang digelar dengan nama Aiman Samusi (bukan nama sebenar) telah datang berjumpa dengannya di sebuah klinik gigi di Sarawak sebelum ini.

Tujuan pesakit lingkungan 50 tahun itu datang ke sana adalah untuk mencabut salah satu giginya. Sama seperti prosedur awal dengan pesakit yang lain, Dr Deen bertanya kepada Aiman sama ada dia mempunyai masalah kesihatan atau tidak.

Selain itu, pakar berkenaan turut bertanya sama ada pesakit sudah makan sarapan atau sebaliknya sebelum datang ke klinik.

Menjawab kepada pertanyaan itu, Aiman berkata dia mempunyai penyakit kencing manis dan juga sudah makan ubat serta bersarapan terlebih dahulu sebelum ke sana.


Pesakit Pitam Selepas Prosedur Cabut Gigi

Selepas sesi soal jawab itu selesai, Dr Deen mula mencabut gigi pesakit dan prosedur tersebut dikatakan berjalan dengan lancar. Namun lain pula yang terjadi sejurus rawatan itu selesai.

Jelas Dr Deen, Aiman secara tiba-tiba rasa seperti mahu pitam. Pakcik itu juga dilihat memegang bahagian kepala sambil menutup matanya tanpa respon. Sebagai langkah awal, doktor tersebut terus menepuk belakang bahu pesakit itu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Freepik

Dr Deen juga bertanya tentang jenis makanan yang diambil oleh pesakit itu. Isteri kepada Aiman kemudian mendedahkan si suami hanya meneguk air kosong sahaja tanpa mengambil sebarang makanan.


Kurang Gula Dalam Darah Buatkan Pesakit Rasa Nak Pitam

Terkejut dengan perkara tersebut, Dr Deen terus dapat mengagak bahawa pesakit sedang mengalami simptom Hipoglisemia.

“Hipoglisemia bererti gula dalam darah dia kurang. Jadi rasa nak pitam. Benda tu selalu jadi kepada orang yang ada kencing manis,” ujar Dr Deen.

Bagi menangani simptom dialami, staf klinik kemudian bergegas memberikan pesakit tersebut minuman manis untuk meningkatkan kadar gula dalam darah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Myvi Huyung-Hayang Atas Jalan, Pemandu Warga Emas Diserang Hipoglisemia Di Kelantan


Pakar Nasihat Jangan Pernah Sesekali Cuba Untuk Tipu Doktor

Selepas pesakit itu kembali stabil, Dr Deen telah menasihatinya untuk tidak sesekali bertindak menipu atau memberikan maklumat kurang tepat kepada doktor kerana risau perkara tidak diingini berlaku selain mengundang risiko bahaya kepada kesihatan.

“Pengajaran cerita ni, janganlah tipu doktor. Lagi-lagi untuk prosedur cabut gigi atau pembedahan sebab bahaya.

“Bukan kita sengaja tak nak cabut. Kita nak semuanya berjalan lancar dan selamat. Lebih lagi untuk pesakit tua dan ada penyakit ni,” tambah Dr Deen di hujung perkongsian.

@ddeeeeeennnn

Kes penipuan terancang

♬ original sound – Dr Deen

Staf Klinik Dedah Pesakit Selalu Tipu Tentang Masalah Kesihatan

Menjengah ke ruangan komen, seorang staf klinik berkata pesakit selalu tidak mengaku masalah kesihatan masing-masing dan bertindak menipu doktor mereka.

Sementara itu, ramai juga berkongsi pengalaman mereka selepas selesai mencabut gigi di klinik.

“Saya lepas cabut gigi bongsu terus pengsan. Pening kepala tak boleh bawa bincang. Lepas doktor bagi minum air manis baru okay sikit,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@ddeeeeeennnn)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd