“Tak Ada Sivik” – PBT Di Machang Kongsi Video Penduduk Selamba Buang Sampah Luar Tong Hingga Undang Kecaman
Menerusi video tular kelihatan ramai individu bertindak membuang sampah di luar tong roro disediakan di sebelah jalan raya sekitar Labok, Machang di Kelantan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak kecil lagi, kita sudah dilatih dan diajar untuk sentiasa membuang sampah di dalam tong bagi mengelakkan sebarang pencemaran berlaku.
Tetapi masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak mempunyai ‘common sense’ dan bertindak membuang sampah sesuka hati di tempat tidak sepatutnya.
Seperti sebelum ini, kecoh apabila port OOTD terkenal di Pokok Durian Tunggal Sekinchan, Selangor dicemari dengan sampah sarah. Menurut seorang wanita, terdapat sekumpulan anak muda yang telah melakukan onar di kawasan itu selepas menyambut hari jadi rakannya.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Port OOTD Dicemari Sampah Lepas Ada Pihak Sambut Birthday
Beberapa Orang Penduduk Machang Buang Sampah Luar Tong Disediakan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@majlis_daerah_machang) menyaksikan satu situasi tidak menyenangkan melibatkan beberapa orang penduduk sekitar Labok, Machang di Kelantan.
Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), kelihatan beberapa individu sedang membuang sampah di luar tong roro disediakan. Ada yang sudah berhenti dan keluar daripada kereta, tetapi masih membuangnya di luar tong.
Lebih teruk lagi, ada segelintir individu yang enggan keluar daripada kenderaan masing-masing dan hanya membaling sampah menerusi tingkap sahaja.
Hanya Biarkan Sampah Bertaburan Selepas Bungkusan Terbuka
Dalam pada itu, ada juga penunggang motosikal yang dilihat cuba membaling bungkusan sampahnya di dalam tong. Bagaimanapun plastik sampah tersebut tidak melepasi tong lalu terjatuh ke bawah.
Bungkusan itu kemudian bersepah di luar tong berkenaan. Namun, rider tersebut hanya membiarkan sampah yang bertaburan dan beredar dari situ.
Perbuatan itu bukan sahaja merosakkan pemandangan di kawasan sekitar, bahkan ia juga menyusahkan lagi kerja-kerja pembersihan.
Ramai Kritik Sikap Individu Yang Malas Buang Sampah Dalam Tong
Menjengah ke ruangan komen, majoriti orang ramai mengecam tindakan tidak bertanggungjawab oleh individu-individu yang membuang bungkusan sampah sarap di luar tong itu.
“Aku pula yang sakit hati tengok. Tolonglah bertanggungjawab sikit. Jangan menyusahkan oranglah. Kelak nanti yang selalu dapat susah, ingat tu,” ujar seorang individu.
Malah, ramai bersetuju bahawa penggunaan CCTV adalah penting bagi mengenal pasti pelaku yang sesuka hati membuang sampah merata di kawasan tersebut.
“Tidak susah pun kalau kita ikut cara yang betul. Bagi saya, setiap pengumpulan sampah perlu ada CCTV. Saman saja kalau ada individu buang sampah dengan cara yang tidak betul,” kata seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada individu memberi pendapatnya agar pihak berkuasa mendedahkan muka pelaku di sana agar perkara sama tidak akan berulang lagi.
“Letak papan dekat situ dengan gambar-gambar orang yang buang sampah tu sekali. Senang biar bila orang lain buang sampah tu akan beringat bahawa diri sedang diperhatikan,” jelas seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: “Susahkan Hidup Orang!” – Penghuni Flat Enggan Buang Sampah Dalam Tong Disediakan Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Attitude Hauk” – Sampah Merata Tempat Di Konsert Coldplay Bikin Orang Ramai Kecewa
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram