Now Reading
Lelaki Dari Nigeria Ini Sanggup Datang Ke Malaysia Lepas Dapat Tahu Cip Xbox Diperbuat Di Malaysia

Lelaki Dari Nigeria Ini Sanggup Datang Ke Malaysia Lepas Dapat Tahu Cip Xbox Diperbuat Di Malaysia

Namun lelaki warga Nigeria ini meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui bahawa Xbox terbaharu jenis Series X tersebut masih belum dijual di pasaran Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila kita ternampak label sesuatu barangan itu diperbuat daripada Malaysia, terus rasa bangga kerana ia membuktikan negara kita juga mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi.

Kalau anda perasan, banyak juga jenama terkenal berasal dari Malaysia, tetapi ramai tidak mengetahuinya berikutan namanya yang berbahasa Inggeris seperti San Fransisco Coffee dan BONIA.

Antara yang turut menjadi perhatian baru-baru ini adalah cip alat permainan Xbox yang dihasilkan di Malaysia selepas ia tular di media sosial.


Individu Ini Datang Ke Malaysia Selepas Dapat Tahu Cip Xbox Diperbuat Di Malaysia

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@emmagine79), lelaki warga Nigeria ini yang dikenali sebagai Emmanuel Chukwuemeka Olalere berkongsi kisah di mana dia datang ke Malaysia semata-mata kerana alat permainan Xbox.

Jelasnya, dia memiliki alat permainan itu sejak kecil lagi dan menyedari bahawa salah satu komponen Xbox itu diperbuat di Malaysia.

Oleh kerana itu, ia turut mempengaruhi keputusan Emmanuel untuk menyambung pengajiannya di negara berkenaan kerana menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang baik jika dapat menghasilkan Xbox.

“Mak saya tanya di mana saya mahu menyambung pengajian di luar negara, kemudian saya teringat yang Xbox diperbuat di Malaysia. Saya terfikir kalau negara itu boleh buat Xbox, mesti ia adalah sebuah negara yang bagus,” ujarnya.

Sumber: X (@emmagine79)

Namun selepas tiba di Malaysia, lelaki ini meluahkan rasa terkejut selepas mendapat tahu bahawa Xbox terbaharu jenis Series X tersebut masih belum dijual di pasaran negara ini.

11 tahun kemudiannya, Emmanuel sudah berada di Malaysia dan mendedahkan dia cukup obses dengan hidangan pisang goreng sehingga mengelar dirinya sebagai ‘duta’ kepada menu berkenaan.

Sumber: X (@emmagine79)

Bermula dari mahu menaik taraf Xbox, dia kini dilihat berjalan-jalan sekitar negara khatulistiwa ini dengan mengambil pelbagai gambar pemandangan sekitar Kuala Lumpur yang cukup menawan.


Ramai Rakyat Malaysia Teruja Apabila Lelaki Nigeria Ini Luah Minat Terhadap Pisang Goreng

Walaupun perkongsian Emmanuel itu bermula tentang cip Xbox yang diperbuat di Malaysia, namun kisah tambahannya tentang rasa obses dengan pisang goreng pula yang menjadi perhatian masyarakat.

Rata-rata rakyat Malaysia teruja apabila melihat penduduk luar negara menggemari hidangan snek tersebut yang cukup terkenal di negara kita. Siap ada yang beri cadangan agar Emmanuel mencubanya dengan sambal kicap pula.

“Kena cuba makan pisang goreng dengan sambal kicap untuk rasa yang lagi ‘kaw’. Itulah resepi rahsia orang Malaysia,” ujar netizen.

Difahamkan, lelaki ini juga dikatakan boleh berbahasa Melayu selepas melihat beberapa komennya.

Sumber: X

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd