Now Reading
[Video] Pakcik Usia 61 Tahun Berjaya Selesai Cabaran 225KM Ironman Dalam 15 Jam

[Video] Pakcik Usia 61 Tahun Berjaya Selesai Cabaran 225KM Ironman Dalam 15 Jam

Tiga aktiviti yang perlu dilakukan bagi setiap peserta Ironman Malaysia adalah berenang 3.9 kilometer, berbasikal sejauh 180 kilometer dan berlari maraton dengan jarak 42 kilometer.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Sabtu lalu (12 Oktober), kejohanan Ironman Malaysia dan Ironman 70.3 telah kembali di Langkawi dengan melibatkan lebih 1,800 orang atlet dari 51 buah negara.

Kejohanan ini yang dianjurkan oleh World Endurance Malaysia Sdn Bhd (WEMSB) melibatkan beberapa aktiviti seperti berenang, berbasikal dan berlari jarak jauh bagi membuktikan kekuatan serta kecergasan masing-masing.

Selain Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq, terdapat seorang lagi peserta Ironman yang turut mendapat perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.

Baca Artikel Berkaitan: From Placing 3rd To “Did Not Finish” – Here’s All You Need To Know About Syed Saddiq’s “First Podium Win”

Baca Artikel Berkaitan: Hebat! Alif Satar Berjaya Tamatkan Cabaran Ironman Dalam Masa 15 Jam


Warga Emas Umur 61 Tahun Berjaya Tamatkan Cabaran Di Kejohanan Ironman

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@hakiemtajudin), seorang lelaki berusia 61 tahun menunjukkan disiplin yang luar biasa selepas dilihat berjaya menyelesaikan kesemua cabaran dalam Ironman 2024 dalam tempoh 15 jam, 54 minit dan 23 saat.

Kecekalan warga emas bernama Tajudin Mustaffa atau turut dikenali sebagai TriHulk membuktikan bahawa umur tidak menjadi penghalang untuk dirinya sampai ke garisan penamat.

Sumber: TikTok @hakiemtajudin

Bukan biasa-biasa aktiviti yang mereka perlu lakukan. Antaranya:

  • Berenang (3.9 kilometer)
  • Berbasikal (180 kilometer)
  • Larian maraton (42 kilometer)

Sebagai tanda sokongan, anaknya bernama Hakiem yang merupakan pemilik video tersebut juga berlari bersama ayahnya pada tiga kilometer terakhir bagi larian marathon sebelum tiba ke garisan penamat.

Sumber: TikTok @hakiemtajudin

Hakim mendedahkan ini bukan penyertaan kali pertama ayahnya, sebaliknya warga emas itu sebelum ini pernah menyertai pertandingan itu sebanyak tiga kali.

Apa yang membuatkan keadaan menjadi lebih menyentuh hati adalah apabila kesemua ahli keluarganya turut serta hadir ke lokasi acara berkenaan bagi memberikan sokongan.

Sumber: TikTok @hakiemtajudin

Selepas melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh ayahnya, Hakiem di ruangan kapsyen berpendapat bahawa kita tidak boleh berputus asa dengan apa jua impian yang diidamkan dan umur hanyalah sekadar angka.

Video perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 2.1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@hakiemtajudin/video/7425528644551953682

Ramai Kagum Lihat Warga Emas Gigih Capai Impian Di Usia 61 Tahun

Menjengah ke ruangan komen, masyarakat memuji semangat yang digenggam oleh warga emas itu dan menjadikannya sebagai satu inspirasi yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

“Satu benda yang saya belajar dalam video ini adalah jalani kehidupan dengan perlahan dan jangan tergopoh-gopoh. Sama macam dalam hidup kita, nikmati setiap perjalanan sama ada baik atau buruk,” ujar netizen.

Malah, mereka turut memberikan ucapan tahniah serta mendoakan agar pakcik tersebut diberikan kesihatan selalu.

Pada masa yang sama, seorang pengguna TikTok pula meluahkan rasa sebak melihat kejayaan yang dicapai oleh individu tersebut.

“Kalau aku jadi anak pakcik ni memang terburai la aku menangis kat situ juga sebab terharu. Tahniah pakcik Tajudin! Saya tumpang bangga,” kata netizen.

Pemilik video turut mendedahkan bahawa ayahnya mendapat tempat kesembilan dalam kategori dipertandingkan selepas mendapat pertanyaan mengenai kedudukan yang dimenangi.

Sumber: TikTok

Tips Kekal Sihat Dan Katif Ketika Sudah Berusia

Setiap daripada kita pastinya mahu kehidupan yang sihat dan aktif walaupun sudah bergelar warga emas.

Percayalah, semua itu tidak mustahil. Tetapi ia perlulah dilakukan bermula dari zaman muda lagi.

Kalau anda terinpirasi selepas melihat kekuatan mental dan fizikal peserta Ironman Malaysia ini, jom kami kongsikan beberapa tips yang boleh dilakukan untuk kekal sihat meskipun ditelan usia.

Antaranya:

  • Amalkan pemakanan yang sihat.
  • Mengurangkan berat badan.
  • Mendapat rehat dan tidur yang secukupnya.
  • Kerap bersenam.
  • Minum air sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  • Merangsang minda dengan hobi berfaedah seperti membaca buku.
Gambar sekadar hiasan.

Semoga tips ini dapat membantu anda semua untuk kekal sihat dan aktif pada hari tua kelak. Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: Berpuasa Jadi Rahsia Dua Warga Emas Yang Sihat Sehingga Usia Lebih 100 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Nutrien Untuk Penuaan Sihat Buat Kaum Hawa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd