Now Reading
“Terpaling Nak Cepat” – Aksi 7 Individu Selamba Memandu Lawan Arus Bikin Ramai Bengang

“Terpaling Nak Cepat” – Aksi 7 Individu Selamba Memandu Lawan Arus Bikin Ramai Bengang

Kejadian tujuh buah kereta yang melawan arus itu dipercayai berlaku di sebuah kawasan perumahan sekitar Kuala Lumpur.

7 individu memandu lawan arus

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila berada di atas jalan raya, pasti ada sahaja segelintir pemandu yang sengaja melanggar peraturan ditetapkan pihak berkuasa. Kadangkala, boleh hilang sabar dengan kelakuan mereka yang semakin berleluasa.

Seperti sebelum ini, seorang rider penghantar makanan telah menunggang motosikalnya berlawanan arus di sebuah jalan sehala sekitar kawasan kedai.

Namun lain pula yang terjadi apabila rider berkenaan bertindak memarahi seorang pemandu kereta yang menegur kesilapannya walhal diri sendiri yang membuat kesalahan dan mula menimbulkan kekecohan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Berang Lepas Ditegur Bawa Motor Lawan Arus


7 Buah Kereta Selamba Lawan Arus

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@lansicollector) menyaksikan situasi jalan raya sekitar sebuah kawasan perumahan dipercayai di Kuala Lumpur.

Menerusi video dashcam, kelihatan banyak kenderaan di lorong bertentangan sebaik seorang pemandu lelaki memasuki simpang ke kanan.

Namun perjalanan lelaki tersebut terhalang akibat kereta yang banyak telah bertindak melawan arus di jalan garis putus-putus itu. Bukan satu atau dua kereta yang melakukan onar, tetapi sehingga tujuh buah kereta melakukan perkara sama dipercayai mahu mengelak ‘tersangkut’ trafik sesak.

Sumber: TikTok (@lansicollector)

Dalam perkongsian itu, beberapa buah kenderaan yang melawan arus telah menyalakan isyarat lampu untuk kembali ke laluan masing-masing. Namun, pemandu kereta jenis Proton Waja dilihat masih berdegil seolah-olah tidak mahu mengalah.

“Tahu korang dah lewat pergi kerja tapi janganlah jalan lawan arus mcm jalan tu kau punya 😑,” kata pemilik dashcam.

@lansicollector

Sudah tahu korang dah lewat pergi kerja tapi janganlah jalan lawan arus mcm jalan tu kau punya 😑😑😑

♬ cibai bai – xiinya

Waja Tunggu Lama Seolah-olah Tak Mahu Mengalah

Dalam satu hantaran lain, pemandu Waja dilihat berhenti di laluan melawan arus itu lebih dari seminit seperti mengharapkan pemilik dashcam yang berlalih dari lorong terbabit.

Namun selepas seketika berhenti, pemandu Waja kemudian mengundur dan memandu melepasi kenderaan tersebut pada lorong yang salah itu.

“Apa masalah kau? B*doh!” kata pemilik dashcam kepada pemandu Waja.

@lansicollector Replying to @akupunya9418 part 2 waja #traffic #malaysia #malaysiaproblem #jalanraya ♬ Pukimak – Zedzaid

Ramai Puas Hati Pemilik Dashcam Tak Mengalah Beri Laluan

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemandu jalan raya yang melawan arus.

“Saya paling angin dengan orang jenis macam ni. Lepas tu buat macam kita pula yang salah,” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah ramai juga dilihat meluahkan rasa puas hati kerana pemilik dashcam tidak mengalah kepada mereka yang melakukan kesalahan jalan raya tersebut.

“Terbaik! Kalau saya pun memang tak akan gerak dari situ. Pandai-pandai la dia undur. Fikir dia orang je rushing sampai kena masuk jalan orang lain,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga menasihatkan pemilik dashcam untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa memandangkan bukti sudah pun ada.

“Waktu, tarikh, video dah ada. Tinggal letak lokasi. Masuk (buat aduan) terus dekat MyJPJ,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@lansicollector)

Pandu Lawan Arus Boleh Dipenjara Hingga 5 Tahun

Untuk pengetahuan semua, memandu berlawanan arus bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada diri sendiri tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.

Ia juga adalah satu kesalahan yang mana individu memandu lawan arus boleh dipenjara tidak melebihi 5 tahun dan denda minimum RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000.

Pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 (memandu secara melulu dan membahayakan).

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bengang Sikap Motosikal Lawan Arus Umpama Perkara Biasa, Kerap Berlaku Di Lebuh Raya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Taknak Mengalah” – Pemandu Van Imigresen Dikritik Kerana Halang Kereta & Enggan Beri Laluan [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd