Now Reading
[Video] Hujan Lebat Sekitar KL, Banyak Kawasan Dinaiki Banjir & Berlaku Tanah Runtuh

[Video] Hujan Lebat Sekitar KL, Banyak Kawasan Dinaiki Banjir & Berlaku Tanah Runtuh

Antara lokasi yang terjejas sehingga dinaiki air di Kuala Lumpur ketika hujan lebat pada pagi hari ini (15 Oktober) adalah di hadapan Bank Rakyat, Wisma Bernama dan Bank Negara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penduduk sekitar Lembah Klang pada pagi hari ini (15 Oktober) berdepan dengan cuaca hujan lebat sehingga banyak kenderaan yang terhalang di lalu lintas.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila cuaca tersebut berlaku semasa orang ramai dalam perjalanan hingga ke tempat kerja.

Di media sosial, ramai pengguna yang berkongsi laporan terkini mengenai keadaan di persekitaran mereka.


Banyak Jalan Sekitar Kuala Lumpur Dinaiki Air

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh ramai pengguna media sosial, beberapa jalan di sekitar ibu kota dilihat dinaiki air sehingga menyebabkan ada kenderaan yang separa tenggelam

Antara lokasi yang terjejas adalah di sekitar Bank Rakyat, Wisma Bernama dan Bank Negara.

Selain itu, beberapa jalan di hadapan Wisma Central berhampiran Menara Berkembar Petronas turut digenangi air sehingga paras buku lali.

Malah mereka yang dalam perjalanan untuk ke kampus Universiti Malaya (UM) juga tidak digalakkan untuk menggunakan jalan dari arah Kuala Lumpur ke kampus tersebut.

Jika dilihat dalam video berkenaan, paras air yang membanjiri kawasan UM itu mencecah ke paras betis.

Hujan lebat yang berlaku di Lembah Klang itu juga mengakibatkan Parlimen turut ditangguhkan selama 30 minit kerana laluan yang dinaiki air telah menghalang Menteri dan Ahli Parlimen daripada tiba di lokasi bekrneaan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@SyedSaddiq).

Jelas Saddiq lagi, keadaan kesan perubahan iklim ini telah mempengaruhi ramai pihak lebih-lebih lagi mereka yang kehilangan harta benda, kerosakan rumah dan risiko penyakit air.


Laluan SMART Ditutup Untuk Laluan Orang Ramai

Susulan banyak kawasan di sekitar ibu kota yang mengalami banjir, Terowong SMART ditutup sepenuhnya untuk laluan pengguna.

Dalam hantaran berbeza, Pusat Kawalan Trafik SMART telah mengaktifkan Mode 3 bagi membolehkan proses penyuraian dan pelencongan air banjir dari Sungai Klang-Sungai Ampang ke Kolam Berembang melalui terowong SMART.

Mode 3 itu telah diaktifkan mulai jam 10:10 pagi hari ini (15 Oktober). Sehingga jam 11 pagi tadi, kadar air Sungai Klang-Sungai Ampang telah mencapai 150m³/saat.


Taman Melawati Berlaku Tanah Runtuh

Oleh kerana hujan lebat, kawasan perumahan di Taman Melawati turut mengalami kesan buruk selepas dilaporkan mengalami tanah runtuh.

Berdasarkan pemerhatian di ruangan komen hantaran di laman X (@Sapik_Z), kejadian itu dipercayai berlaku berhampiran Jalan E6 dan dipercayai ia bukanlah kali pertama berlaku.


MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Sehingga 1 Tengah Hari Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi ciapan di laman X (@metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir sehingga 1:00 tengah hari di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Selain sekitar Lembah Klang, beberapa negeri lain turut diminta berhati-hati termasuklah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.


Bomba Nasihat Untuk Tangguhkan Aktiviti Rekreasi Buat Sementara Waktu

Memetik laporan Buletin TV3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menasihati orang ramai untuk menangguhkan aktiviti rekreasi buat sementara waktu.

Ia berikutan cuaca yang tidak menentu disebabkan oleh hujan lebat berterusan akibat peralihan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut (MTL).

Perubahan monsun ini secara tidak langsung boleh mengundang risiko keselamatan penduduk serta mengancam nyawa.

“Kalau boleh tangguh, tangguhlah dahulu sebab sekarang ini perubahan cuaca sukar kita jangka. Kalau mereka yang mendaki gunung, mungkin (akan berlakunya) hujan lebat dan (risiko) pokok tumbang atau tanah runtuh.

“Mereka yang beriadah di kawasan air terjun pula mungkin menghadapi kejadian kepala air,” jelas Pengarah JBPM Pahang Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd