Now Reading
KPDN Selangor Dedah Peniaga Boleh Didenda Hingga RM50,000 Jika Tidak Pamer Resit Lengkap

KPDN Selangor Dedah Peniaga Boleh Didenda Hingga RM50,000 Jika Tidak Pamer Resit Lengkap

Antara perkara penting yang perlu dipamerkan dalam sesuatu resit pembelian itu adalah nama serta alamat premis, tarikh dan amaun pembelian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi memberi jaminan agar pengguna mendapat hak dan keadilan dalam berurus niaga, kerajaan telah menetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh para peniaga di Malaysia.

Antaranya dengan memperkenalkan Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 atau Akta 599 yang telah berkuatkuasa pada 15 November 1999.

Beberapa hak pengguna yang sering diambil ringan adalah apabila peniaga tidak menyatakan harga barangan yang dibeli dengan tepat dalam resit yang diberikan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] KPDN Melaka Dedah Kedai Runcit Simpan Sayur Jualan Dalam Tandas Bikin Ramai Loya Tekak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] KPDN Melaka Serbu Premis Makan, Sorok Minyak Masak Paket & Didakwa Guna Tangkal


Peniaga Boleh Didenda Jika Tidak Beri Resit Lengkap

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok @kpdnselangor, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor ini menegaskan tentang kepentingan peniaga memberikan resit lengkap kepada pelanggan selepas selesai membuat pembayaran.

Perkara ini dianggap sebagai sesuatu yang perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang perselisihan faham melibatkan harga barangan yang dibeli.

Dalam video berkenaan, anggota KPDN Selangor memaklumkan terdapat beberapa info penting yang perlu dinyatakan di dalam resit.

Antaranya:

  • Nama dan alamat premis
  • ⁠Tarikh pembelian
  • ⁠Amaun yang dibayar
  • ⁠Maklumat barangan yang dibeli

Jelas mereka lagi, peniaga yang gagal memberikan resit lengkap boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999.

@kpdnselangor

Resit pon kena DENDA???? Peringatan untuk peniaga diluar sana untuk memastikan setiap pembelian mestilah mempunyai resit yang mempunyai kriteria yang ditetapkan. Dah tahu? jom kongsi #KPDN #KPDNKITA #kpdnselangor #kpdnselangorefektif #hakpengguna #penggunabijak

♬ original sound – KPDN SELANGOR – KPDN SELANGOR

Masyarakat Persoal Pemberian Resit Di Kedai Makan Biasa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mula mempersoalkan sesetengah peniaga terutamanya di warung-warung kecil yang tidak memberikan resit lengkap.

Malah, mereka memberitahu bahawa pelanggan hanya diberikan kertas kecil yang tertera dengan harga makanan mereka sahaja.

“Warung kecil tak ada resit macam mana? Sekali kena denda terus boleh papa kedana,” ujar netizen.

Selain itu, ada juga pengguna TikTok yang memaklumkan masalah yang sering dilihat di kedai runcit seperti memaparkan papan tanda harga yang mengelirukan.

“Dekat papan harga lain, bila beli harga lain. Haritu saya tegur tapi tak tahulah dah tukar ke tak harga kat papan tu,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Pengguna Boleh Buat Aduan Kepada KPDN

Sebagai pengguna, anda berhak untuk membuat laporan kepada pihak KPDN sekiranya mendapati terdapat peniaga yang melanggar undang-undang dan tidak mengikuti piawaian ditetapkan.

Salah satu cara yang dilakukan adalah menerusi aplikasi ezAdu yang dikeluarkan oleh pihak KPDN.

Sumber: KPDN

Selain daripada aplikasi ezAdu, anda juga boleh mengemukakan aduan melalui cara-cara di bawah.

  • Portal e-Aduan
  • Talian hotline 1-800-88-6800
  • Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC)
  • E-mel KPDN: e-aduan@kpdn.gov.my
  • Surat dihantar ke Ibu Pejabat atau mana-mana Pejabat KPDN
  • Bilik Gerakan Penguatkuasaan Negeri
  • WhatsApp KPDN: 019-279 4317

Baca Artikel Berkaitan: Harga Bayar Tidak Sama Dengan Yang Dipamerkan? Lakukan Aduan Menerusi ezAdu KPDN


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd