[Video] Minah Saleh Selamba Berdiri Tengah Jalan & Halang Laluan Kenderaan Undang Perhatian
Difahamkan, wanita dipercayai daripada Eropah yang menimbulkan kekacauan di Setia Alam itu telah dicekup oleh pihak polis.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, setiap pengguna jalan raya termasuklah pejalan kaki perlulah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan diri sendiri dan juga individu lain.
Pun begitu, masih ramai yang bertindak melakukan perkara berbahaya sesuka hati. Seperti sebelum ini, beberapa orang individu dilihat melakukan persembahan silat di tengah-tengah jalan berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Pesilat yang turut menggunakan beberapa bilah parang itu telah menimbulkan pertikaian orang ramai sama ada mereka mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa atau tidak untuk melakukan aksi berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Silat Di Tengah-tengah Jalan Raya Siap Berparang Jadi Pertikaian Netizen
Minah Saleh Halang Laluan Kenderaan Di Tengah Jalan Raya
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@idkloveanymore) menyaksikan situasi tegang yang berlaku sekitar Setia Alam, Shah Alam.
Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang wanita warga asing dipercayai dari Eropah itu dilihat membuat onar dan mengganggu ketenteraman orang awam dengan berdiri di tengah-tengah jalan raya.
Perbuatan tidak bermoral dan berbahaya itu sekaligus menyukarkan kenderaan melepasi jalan tersebut.
Dalam video sama, wanita berkenaan dilihat seolah-olah sengaja berdiri dan berhenti di hadapan kereta jenis Perodua Myvi sekaligus menghalang laluan pemandu berkenaan. Wanita itu juga didakwa menendang orang awam di sana.
Malah beberapa individu yang kerap menggunakan jalan tersebut mendakwa wanita berkenaan sering melakukan perbuatan sama.
@idkloveanymore bahaya betul la sekarang ni
♬ original sound – ˙ᵕ˙
Wanita Buat Onar Dicekup
Dalam hantaran yang dimuat naik pengguna dikenali sebagai Mif (@mifzz._) pula, kelihatan wanita warga asing itu telah dicekup selepas menimbulkan kekacauan berkenaan.
Kelihatan kedua-dua pergelangan tangan si pelaku diikat manakala badannya dibaringkan secara meniarap di kawasan pejalan kaki. Wanita itu dalam masa sama, meraung seperti memprotes dengan tindakan masyarakat dan pihak berkuasa yang menahannya.
Menerusi klip sama, kelihatan beberapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi kejadian bagi mengendalikan kes terbabit.
Video ini turut mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter).
Dari info katanya dia halang lalu lintas berdiri tgh jln , xbg kenderaan jalan.
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 10, 2024
Lokasi Dan info lengkap tidak diperolehi.
Kredit video owner pic.twitter.com/gnUBplOXcW
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Aksi Berbahaya Wanita Itu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa berang dengan aksi dilakukan wanita tersebut.
“Teruk dah ni. Karen di Malaysia semakin berleluasa,” kata seorang pengguna TikTok.
Segelintir individu turut mendakwa bahawa wanita tersebut mempunyai masalah mental yang membuatkannya melakukan aksi berbahaya. Ada juga yang berpendapat bahawa wanita berkenaan mungkin di bawah pengaruh alkohol.
Dalam pada itu, ramai juga berkata bahawa wanita berkenaan sering berada di kawasan Setia Alam.
“Lama dah viral minah saleh ni. Memang macam tu la perangai dia. Merayau satu Setia Alam tak ada hala tuju,” dakwa seorang lelaki.
Sesetengah individu turut meminta pihak berkuasa untuk lebih cakna tentang kes sebegini agar ia tidak mengundang perkara buruk.
Baca Artikel Berkaitan: Aksi Wanita Buat ‘Onar’ Joget & Kacau Pemandu Jalan Raya Depan IPK Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Warga Singapura Buat ‘Onar’ Lepas Berang Kereta Dihalang Lalu Lorong Kecemasan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram