Now Reading
Malaysia Nombor 5 Destinasi ‘Syurga Makanan’ Paling Popular Di Asia

Malaysia Nombor 5 Destinasi ‘Syurga Makanan’ Paling Popular Di Asia

Tinjauan dilakukan Agoda mendapati Malaysia tersenarai antara lima negara paling popular dengan makanan di Asia yang mana Korea Selatan berada di kedudukan pertama.

malaysia negara ke-5 syurga makanan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat para pelancong, sudah tentu anda menitikberatkan pelbagai aspek sebelum memilih destinasi percutian.

Sebagai contoh, ada yang mementingkan akses mudah untuk membeli-belah, lokasi bersiar-siar, penginapan yang murah atau makanan menarik. Mana tidaknya, dah melancong ke tempat orang, mesti anda nak rasai sendiri keunikan makanan di negara lain pula.

Malah ramai juga pelancong asing yang datang ke Malaysia semata-mata untuk mencuba kelazatan makanan yang pelbagai di negara ini.

Sumber: Freepik

Baca Artikel Berkaitan: Dua Lipa Suka Rendang & Kopi Di Malaysia, Akui Tak Sabar Kembali Ke Negara Ini


49% Pelancong Datang Malaysia Untuk Makanan

Kalau anda nak tahu, Malaysia diiktiraf sebagai destinasi ke-5 lokasi ‘syurga makanan’ paling popular di Asia. Sebanyak 49% pelancong asing bersetuju bahawa makanan yang unik merupakan tujuan utama mereka melawat ke negara ini.

Tinjauan ini telah dilakukan oleh platform perjalanan digital popular, Agoda yang mana ia melibatkan 4,000 responden selepas mereka selesai membuat tempahan ke destinasi pilihan pelancongan.

Memetik Agoda, berikut adalah lima negara yang dipilih sebagai syurga makanan terbaik:

  1. Korea Selatan: 64%
  2. Taiwan: 62%
  3. Thailand: 55%
  4. Japan: 52%
  5. Malaysia: 49%
Sumber: Agoda

Pengarah Malaysia dan Brunei di Agoda, Fabian Teja berkata makanan tidak terhad kepada kelangsungan hidup sahaja tetapi telah menjadi sebahagian daripada pengalaman budaya sesebuah negara.

“Ada pelancong yang begitu teruja dengan makanan tempatan hingga mereka menempah restoran terlebih dahulu sebelum membeli tiket penerbangan.

“Data tinjauan kami jelas menunjukkan bahawa para pelancong mencari destinasi untuk menikmati makanan dan tradisi tempatan, bukan hanya bersiar-siar,” ujar beliau.

Antara makanan popular yang menjadi tumpuan pelancong asing adalah:

  • Nasi lemak bungkus
  • Nasi lemak ayam goreng berempah
  • Char Kuey Teow (Pulau Pinang)
  • Mi Hokkien (Pulau Pinang)
  • Cendol (Pulau Pinang)
  • Hinava (Sabah)
  • Mi Tuaran (Sabah)
  • Manok Pansoh (Sarawak)
Sumber: Foodpanda/Sidechef

Malaysia Destinasi Utama Untuk Pencinta Makanan Dari Singapura

Tinjauan berkenaan turut mendedahkan bahawa kepelbagaian cita rasa di Malaysia yang mencerminkan warisan budaya masyarakat majmuknya, menjadikan negara ini destinasi pilihan pencinta makanan.

Sementara itu, Agoda juga melaporkan bahawa Malaysia menjadi destinasi paling dikunjungi oleh pencinta makanan dari negara jiran, Singapura.

Sekadar info, salah satu hidangan popular rakyat Malaysia iaitu roti canai juga dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia oleh laman makanan, Tasteatlas sebelum ini.

Roti canai berjaya mengalahkan hidangan roti popular dari negara lain seperti roti naan yang berasal dari negara India dan juga roti daripada negara Eropah yang sememangnya terkenal dalam pembuatan pastri.

Baca Artikel Berkaitan: Roti Canai Diumum Sebagai Roti Terbaik Dunia

Baca Artikel Berkaitan: 11 Makanan ‘Underrated’ Di Malaysia Yang Anda Patut Cuba Selain Nasi Lemak

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mana Nak Makan?” – Pelancong Korea Terkejut Tengok Roti Tisu Di Kedai Mamak, Semua ‘Order’ Yang Sama Pula Tu!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd