Now Reading
[Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!

[Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!

Menurut veterinar dikenali sebagai Yai Marcello, cacing ini boleh merebak melalui kutu kucing tersebut.

cacing pada kucing

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat pencinta kucing di luar sana, sudah tentu anda mementingkan tahap keselamatan dan kesihatan si bulus. Mana tidaknya, mereka juga dianggap seperti keluarga anda sendiri.

Sama seperti manusia, haiwan peliharaan ini juga kadangkala tidak sihat dan mengalami penyakit biasa dan kronik. Sebagai contoh, kucing juga boleh mengalami selsema, penyakit buah pinggang, cirit-birit dan banyak lagi.

Jika dibiarkan begitu sahaja, kesihatan kucing tersebut berkemungkinan akan merosot dan mengundang kepada penyakit berbahaya yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Dijangkiti Virus Parvo, Wanita Ini Kongsi 5 Langkah Merawat


Tanda-tanda Cacing Membiak Dalam Badan Kucing

Baru-baru ini, tular seorang veterinar dikenali sebagai Yai Marcello (@yaimarcello) berkongsi beberapa fakta tentang si bulus yang anda perlu tahu.

Menurutnya terdapat beberapa tanda yang anda boleh perhatikan jika ingin mengetahui sama ada terdapat cacing di dalam badan si bulus. Jelas Marcello, ada juga situasi di mana cacing pita kelihatan keluar dengan sendiri melalui lubang punggung kucing.

“Dia akan nampak macam beras dekat buntut kucing korang tu. Ini pun adalah sebahagian daripada cacing itu sendiri,” kata veterinar tersebut.

Berikut adalah 4 tanda cacing sudah membiak dalam badan si bulus:

  • Lubang dubur kucing berwarna merah
  • Si bulus kerap menjilat bahagian buntut
  • Kucing kerap seret buntut pada karpet atau mana-mana permukaan kasar
  • Kucing mengalami cirit-birit
Sumber: TikTok (@yaimarcello)

Cacing Boleh Merebak Melalui Kutu

Penting juga untuk anda tahu bahawa cacing ini boleh merebak melalui kutu kucing. Hal ini kerana terdapatnya telur cacing dalam badan seekor kutu.

“Kucing bila grooming (bersihkan) badan, dia orang akan termakan kutu yang dalamnya ada telur cacing. Jadi daripada situ dia orang boleh dapat cacing pita ni,” ulas Marcello.

Untuk info, cacing ini juga boleh merebak melalui haiwan lain seperti tikus atau serangga.


Cacing Pita Boleh Berjangkit Pada Manusia

Bukan sahaja berbahaya kepada haiwan peliharaan, malah cacing pita ini juga boleh berjangkit pada manusia. Ia berlaku dengan cara yang sama iaitu apabila seseorang itu termakan kutu yang ada telur.

Jika anda tidak mahu perkara ini terjadi, adalah penting bagi setiap pemilik haiwan mengambil langkah pencegahan.


Beri Kucing Ubat Cacing Sebulan Sekali

Sebagai langkah pencegahan, ubat yang anda boleh berikan kepada si bulus adalah Drontal. Ia berfungsi untuk membunuh cacing gelang atau cacing pita daripada terus membiak. Ia boleh didapati atas talian atau di klinik haiwan.

Kalau anda nak tahu, cacing gelang ini kebiasaannya dijumpai pada anak kucing, dan kebanyakan daripadanya akan maut.

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk memberikan kucing anda ubat cacing di mana-mana klinik haiwan berdekatan sekerap satu bulan sekali atau tiga bulan sekali jika haiwan tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda.

@yaimarcello Pastikan haiwan peliharaan anda gembira dan sihat dengan #Drontal! 🐶🐱 Penyahcacing secara berkala melindungi mereka daripada cacing berbahaya, memastikan mereka hidup dengan baik. Dipercayai oleh doktor haiwan, Drontal memudahkan dan berkesan dalam penyahcacing. 💊 Kerana kesihatan mereka adalah keutamaan kami! #PenjagaanHaiwan #HaiwanSihat #PenyahcacingYangBetul #DisyorkanVet @ElancoMY ♬ original sound – Yai Marcello 👨🏻‍⚕️🐂🐓

Ramai Kongsi Pengalaman Kucing Ada Cacing Dalam Badan

Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang berkata bahawa kucingnya diberi ubat cacing kerana kerap makan makanan mentah.

“Veterinar bagi kucing saya makan ni. Syukur tak ada cacing dah. Tapi kena ulang setahun dua atau tiga kali. Sebab kucing suka makan ikan mentah,” ujar seorang wanita.

Malah, ramai juga sempat berkongsi pengalaman mereka melihat cacing yang keluar daripada lubang buntut kucing.

Sementara itu, ada yang berkata cacing yang keluar daripada lubang buntut kucing kadangkala kelihatan seperti beras.

Sumber: TikTok (@yaimarcello)

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Pun Boleh Stres & Sakit Bila Ramai Orang Di Rumah. Baru Tahu!

Baca Artikel Berkaitan: Alahan Kucing Pada Manusia Boleh Kurang Jika Si Bulus Makan Telur Ayam?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd