[Video] Pemandu Wanita Nyaris Bertembung Dengan Lori Terbabas Undang Perhatian
Difahamkan, insiden lori terbabas itu berlaku sekitar Jalan Mardi, Kluang di Johor.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kemalangan jalan raya sering dilaporkan berlaku dalam negara ini. Kadangkala, ia boleh terjadi disebabkan cuaca yang tidak menentu, masalah teknikal pada kenderaan, atau sikap pemandu yang tidak berhemah.
Seperti sebelum ini, sebuah kereta Perodua Axia dilihat secara tiba-tiba memecut di lorong kanan lalu berpusing hampir 360 darjah sebelum ia berhenti.
Kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada jalan raya yang licin pada ketika itu. Menurut saksi insiden, pengguna Axia telah memandu dengan kelajuan yang tinggi selepas hujan melanda di kawasan terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: “Drift Sebelah King” – Perodua Axia Berpusing Di Selekoh Licin Undang Perhatian Ramai
Lori Tergelincir Ke Laluan Bertentangan Di Selekoh Jalan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@khamsariah) menyaksikan detik cemas yang berlaku sekitar Jalan Mardi, Kluang di Johor.
Menerusi rakaman dashcam dari kereta milik pemandu dikenali sebagai Kay, kelihatan dia sedang melalui jalan raya dengan garisan berkembar. Dalam video sama, kelihatan laluan Kay tidak sibuk manakala lorong bertentangan dipenuhi kenderaan.
Namun ketika menghampiri selekoh, sebuah lori besar dari arah bertentangan secara tiba-tiba muncul dan terbabas sebelum memasuki laluannya. Nasib menyebelahi Kay kerana dia sempat memperlahankan kenderaan dan mengelak daripada merempuh lori yang tidak terkawal itu.
Wanita Syukur Sempat Elak Dirempuh Oleh Lori Besar
Kelihatan Kay secara spontan mengubah laluannya ke kanan sebaik lori tersebut menghampiri. Lori berkenaan dipercayai tergelincir kerana melalui jalan raya yang basah akibat hujan yang melanda di kawasan itu.
“Berpantang maut sebelum ajal. Masih tergamam. Tak tahu nak beri reaksi apa kali ni. Allahuakbar,” kata Kay di ruangan kapsyen.
Kay juga meluahkan rasa syukur kerana tiada perkara buruk yang berlaku kepada dirinya susulan insiden tersebut.
@khamsariah "Berpantang maut sebelum ajal" masih tergamam!! xtau nak reaksi ap kali ni.. Allahuakhbar3x!!!.. #lori #kluang #fyp #lorilaju #simpangrenggam ♬ suara asli – Fahrii || Lyrics🥀
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Lori Terbabas
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa syukur kerana tiada nyawa terkorban akibat kemalangan itu.
“Kadang kita keluar rumah macam terlewat sedikit pun ada hikmah juga kadang-kadang. Apa-apa pun alhamdulillah akak ni selamat,” ujar seorang pengguna TikTok.
Ada yang berpendapat lori berkenaan mempunyai masalah teknikal atau tidak terbiasa dengan kawasan sana sehingga menyebabkan pemandu tidak dapat mengawal kenderaan berat itu.
“Bahaya sangat selekoh ni. Jalan pun sempit sangat. Mungkin pemandu lori tak biasa dengan jalan tu agaknya. Alhamdulillah, tak ada apa yang berlaku,” kata seorang wanita.
Sementara itu, orang ramai juga berharap agar pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati selepas ini.







Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lori Selamba Buat Pusingan U Hingga Sebabkan Rider Terbabas Bikin Ramai Berang
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Peniaga Terbalik Lepas Terbabas Langgar Pokok, Kuih-muih Bertaburan Atas Jalan Raya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram