[Video] “Employee Of The Month” – Kucing Pakai Uniform Shell Buat Ramai Terhibur
Kucing tersebut dilihat memakai uniform Shell di sebuah stesen minyak tersebut di Pulau Pinang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan ramai orang dek kerana sifatnya yang comel. Malah kebanyakan mereka juga gemar bermanja dengan manusia, walaupun baru pertama kali berkenalan.
Pada suatu masa dahulu, kucing juga diambil ‘berkhidmat’ sebagai polis kucing atau kucing stesen di United Kingdom untuk mengawal populasi tikus.
Kini masih terdapat kucing yang dilantik sebagai polis untuk menjadi maskot di stesen seperti Snickers di Whangaparaoa, New Zealand dan Molang di Busan, Korea Selatan.
Semalam, tular satu video di mana seekor kucing yang digelar ‘Tauke’ menolak monitor komputer di pejabat sebuah bengkel kereta sehingga terjatuh.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kucing Tolak Monitor Komputer Hingga Jatuh Buat Ramai Geli Hati
Kucing Pakai Uniform Shell Perhatikan Orang Ramai
Selain Tauke, turut tular seekor lagi kucing yang dilihat memakai baju uniform stesen minyak Shell berwarna merah dan kuning. Menerusi TikTok (@maziahnasir_), aksi comel kucing itu telah dirakam di sebuah stesen Shell di Pulau Pinang.
Kucing berwarna putih dengan tompok hitam itu juga kelihatan sedang memerhatikan kenderaan dan orang ramai yang lalu lalang di sekitar kawasan stesen minyak tersebut.
Dengan tingkah lakunya yang tenang, ia seolah-olah sedang bertugas dan memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Tapi nampak macam mengantuk pun ada.
Tak takut ya dia dengan kereta yang lalu lalang di sana!
“Dia Owner Tu, Tengah Pantau Pekerja” – Pekerja TikTok
Rakaman video itu telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial yang berkata kucing tersebut ‘bertugas’ demi mendapatkan bayaran dalam bentuk makanan.
Ada juga yang berkata si putih itu baru hari pertama bekerja, kerana itulah dia kelihatan agak terkebil-kebil.
“Dia tengah usya mana tahu ada driver Singapore isi minyak kuning,” seloroh seorang individu.
Dalam masa sama, beberapa pengguna TikTok pula berkata kucing itulah pemilik sebenar stesen minyak berkenaan dan dia berada di sana untuk membuat pemantauan ke atas pekerjanya.
“Ini bukan pekerja harap maklum. Ini owner Shell datang buat pemantauan,” katanya.












Kucing Dilantik Sebagai Duta Setel
Sebelum ini, tular seekor kucing digelar ‘Cetel’ yang dilantik sebagai duta aplikasi Setel yang dibangunkan oleh Petronas.
Si bulus betina yang merupakan kucing jalanan tinggal di sebuah stesen Petronas di Alor Setar, Kedah sebelum terpilih sebagai duta.
Kucing calico itu tular sehubungan satu hantaran oleh pengguna X yang membuat aduan terhadap ‘pekerja’ tersebut kerana melanggar etika bertugas dan tidur ketika sedang bekerja.
Baca Artikel Berkaitan: Kucing Beruniform K9, Betul Ke Malaysia Ada Unit Polis Kucing?
Baca Artikel Berkaitan: Dahulu Hanya Kucing Jalanan, Netizen Pilih Nama ‘Cetel’ Untuk Duta Setel
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.