Now Reading
Peniaga Burger Dipercayai Di Bukit Jelutong Masak Tak Pakai Baju Undang Perhatian

Peniaga Burger Dipercayai Di Bukit Jelutong Masak Tak Pakai Baju Undang Perhatian

Melihat di ruangan komen, ada yang meminta pihak berwajib mengambil tindakan terhadap gerai burger yang terletak di depan kedai serbaneka D’Bayu, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Kebersihan merupakan aspek yang sangat penting untuk setiap peniaga yang menjual makanan.

Malah mereka yang menyediakan makanan juga perlu menghadiri kursus penyediaan makanan untuk mengetahui proses kebersihan yang perlu diamalkan dan wajib mengambil suntikan Typhoid.

Perkara ini bertujuan untuk menjaga kebersihan makanan yang disediakan agar tidak tercemar dengan sebarang kuman atau bakteria yang boleh membawa kepada masalah kesihatan.

Penjual burger raih perhatian ramai, tak amalkan pemakaian sepatutnya

Baru-baru ini, seorang penjual burger telah menjadi perhatian ramai kerana tidak mengamalkan kebersihan yang sepatutnya sewaktu berniaga.

Menerusi gambar yang tular di X, kelihatan penjual membuka gerai burger di tepi sebuah kedai serbaneka.

Tak pakai baju ketika memasak

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah peniaga itu dilihat tidak memakai baju sewaktu sedang memasak.

Dia dilihat hanya memakai seluar dan sarung tangan sewaktu menyediakan burger berkenaan.

Ada dakwa kedai burger di Bukit Jelutong

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian, malah turut dilihat ramai yang menyindir tindakan peniaga tersebut kerana tidak mengamalkan pemakaian yang sepatutnya ketika memasak.

Ada yang mendakwa kedai burger berkenaan terletak di Bukit Jelutong, Selangor. Kecewa dengan perkara berkenaan, beberapa pengguna X meminta pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyerbu gerai burger terbabit.

Bukan hanya itu, ada yang menyifatkan burger yang dijual peniaga itu sedap namun tidak pernah mengetahui makanan tersebut disediakan sebegitu rupa.

Terdapat juga pengguna mendakwa, peniaga tersebut telah berniaga burger di kawasan tersebut dalam tempoh yang lama iaitu sejak enam hingga tujuh tahun.

“Aku pernah 2-3 kali repeat sebab tak pernah jumpa burger sesedap ni order dalam grabfood. Sekali hari tu rasa nak walk-in je pergi beli. Dia punyai sial macam nilah buat burger tak pakai baju.”
This image has an empty alt attribute; its file name is photo_6069069405687496467_x.jpg
“Tolonglah bagitahu, rating dah lah bagus, kot terorder kang termakan bulu dada pula”
This image has an empty alt attribute; its file name is photo_6069069405687496466_x.jpg

“Ni dekat Bukit Jelutong ni, dekat Woodfire kan?”

This image has an empty alt attribute; its file name is Peniaga-tak-pakai-baju-3-1.jpg

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd