Now Reading
[Video] Khairul Aming Perjelas Kenapa ‘Promote’ Negara Luar Berbanding Malaysia

[Video] Khairul Aming Perjelas Kenapa ‘Promote’ Negara Luar Berbanding Malaysia

Khairul Aming menjelaskan dia mula menerima beberapa jemputan dari negara-negara lain selepas tular video siri masakan yang dilakukan di New Zealand.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nama influencer terkenal iaitu Khairul Aming bukan sahaja popular di Malaysia, malah individu ini juga turut berjaya menarik perhatian masyarakat New Zealand selepas melancarkan siri memasaknya di negara berkenaan.

Siapa sangka, penat lelah Khairul Aming dan rakan-rakannya merakam video memasak di New Zealand itu akhirnya membuahkan hasil sehingga menerima kunjungan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

 Christopher telah berjumpa sendiri dengan Khairul Aming di Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand kerana memilih negara tersebut sebagai lokasi untuk membuat video masakan.

Baca Artikel Berkaitan: PM New Zealand Jumpa Khairul Aming, Tanda Hargai Rakam Video Masakan Di Negaranya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Teruja Khairul Aming Perkenal Siri Baru, Memasak Sambil Jelajah New Zealand!


Ini Sebab Kenapa Khairul Aming Pilih Untuk Buat Konten Masakan Di Luar Negara

Menerusi video dimuat naik semula di laman TikTok (@khairulamingfans_), Khairul Aming memberitahu bahawa dia telah menerima pertanyaan dari sesetengah pihak yang mempersoalkan mengapa memilih untuk mempromosikan negara luar berbanding Malaysia.

Dengan penuh tenang, Khairul Aming menjelaskan dia mula menerima beberapa jemputan dari negara-negara lain selepas tular video siri masakan yang dilakukan di New Zealand.

Sumber: Instagram @khairulaming

“Negara yang kita nak pergi lagi dua minggu ni dah lock, yang tu dah confirm. Kami ada lagi satu negara yang sedang dalam proses untuk diuruskan,” katanya.

Jelasnya lagi, dia mahu mengembangkan lagi peluang sehingga ke peringkat global dan ia secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

“Saya cuba untuk bina reputasi saya di peringkat antarabangsa. Bila sudah berkembang ke peringkat global, saya bawa Malaysia bersama saya. Itu yang kita nak.

“Kalau kita buat dalam Malaysia sahaja, untuk orang Malaysia pun bagus juga. Tapi sudah masa untuk kita cuba market luar juga,” ujar Khairul Aming.

Sumber: Instagram @khairulaming

Meskipun cuba untuk membina nama di luar negara, namun usahawan ini tetap memberi sokongan terhadap barangan tempatan

“Aku ni terpaling support lokal dah. Berniaga pun aku support lokal, kedai makan, pergi bercuti pun aku support lokal. Sampai aku dah jadi ikon lokal TikTok Shop dah. Apa lagi lokal yang kita tak cuba,” katanya.

Di akhir video itu, Khairul Aming berharap agar masyarakat dapat memberikan sokongan positif kepada dirinya yang kini cuba untuk mengembangkan ‘sayap’ di luar negara.

“Cubalah bagi sokongan. Janganlah baru nak buat terus dah kena bantai,” luah Khairul Aming.

https://www.tiktok.com/@khairulamingfans_/video/7422246045234498823

Masyarakat Puji Lihat Cara Khairul Aming Mahu Membina Reputasi Sehingga Luar Negara

Rata-rata orang ramai memuji bagaimana Khairul Aming menjawab persoalan yang diterima itu dengan cara penuh beradab, jelas dan mudah difahami tanpa menyinggung mana-mana pihak.

Malah, netizen turut bersetuju dengan pendapat usahawan tersebut di mana pelbagai peluang yang akan diterima apabila meluaskan lagi reputasi ke negara luar.

“Lagi luas pasaran, lagi banyak peluang, lebih banyak urusniaga, keuntungan berganda. Strategi? Jalan terus. Pantang mundur kecuali lockdown,” ujar seorang pengguna TikTok.

Selain itu, ada juga yang menganggap konten masakan Khairul Aming di New Zealand itu boleh membantu rakyat Malaysia yang membuat menawarkan pakej pelancongan di sana.

“Terbaik Khairul Aming. New Zealand ni tak ramai orang dah sampai. Sekurang-kurangnya orang Malaysia yang buat tour kat sana banyak dapat client sekarang. Tolong-menolong,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Pencapaian Khairul Aming Sepanjang Bergelar Content Creator

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman dilahirkan pada 25 September 1992 dan kini berusia 31 tahun.

Sepanjang bergelar seorang content creator di media sosial, pelbagai pencapaian dan kejayaan yang telah dikecapi oleh influencer ini.

Antaranya:

Sumber: Astro Awani

Selain itu, Khairul Aming turut dipilih untuk menjadi juri di TikTok Awards Malaysia 2024 selepas dinobatkan sebagai Creator of The Year di majlis sama pada tahun 2023.

Sumber: TikTok Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tak Pilih Kasih” – Khairul Aming Mahu Lakukan Yang Terbaik Sebagai Juri TikTok Awards Malaysia 2024

Baca Artikel Berkaitan: “Habiskan Pembelajaran” – Khairul Aming Nasihati Anak Muda Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi Perjalanan Jadi ‘Content Creator’, Bermula Dari Lantai Ke Studio


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd