Now Reading
[Video] Geng Mat Rempit Buat Onar, Bawa Masuk Motosikal Dalam Tandas Awam Bikin Ramai Berang

[Video] Geng Mat Rempit Buat Onar, Bawa Masuk Motosikal Dalam Tandas Awam Bikin Ramai Berang

Menerusi video tular kelihatan seorang lelaki membawa motosikalnya ke dalam sebuah tandas awam manakala rakannya yang lain dilihat membunyikan ekzos dengan kuat.

mat rempit bawa motosikal masuk tandas awam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes melibatkan individu tidak bertanggungjawab yang merosakkan harta benda awam bukanlah satu perkara asing lagi.

Seperti sebelum ini, tular rakaman dashcam menunjukkan sembilan orang penunggang motosikal telah bertindak menggunakan lorong tol Smart Tag yang dikhususkan untuk kenderaan empat roda seperti kereta.

Oleh disebabkan palang di laluan tersebut menghalang mereka untuk keluar, lelaki-lelaki berkenaan kemudian dengan selamba melanggarnya hingga menyebabkan palang itu patah dan rosak.

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Sekumpulan Rider Dipercayai Rempuh Palang Tol Hingga Patah Bikin Netizen ‘Panas Hati’ [Video]


Sekumpulan Mat Rempit Buat Onar Di Kawasan Tandas Awam

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Bintulu News Page menyaksikan situasi kurang menyenangkan di kawasan tandas awam sekitar tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, Lasar Kenyalang, Sarawak.

Menerusi video perkongsian, kelihatan beberapa orang penunggang motosikal dengan sengaja membunyikan ekzos motosikal masing-masing dengan kuat sehingga menyebabkan pencemaran bunyi di kawasan terbabit.

Perkara yang lebih mengundang perhatian adalah salah seorang daripada mereka telah bertindak membawa masuk motosikal yang ditunggang ke dalam tandas.

Kendengaran juga lelaki tersebut bergelak ketawa sambil melakukan perkara itu seolah-olah tidak rasa bersalah dengan aksi dilakukan.


Lembaga Kemajuan Bintulu Gesa Kumpulan Penunggang Motosikal Mohon Maaf

Cakna tentang hantaran yang tular, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dalam satu kenyataan berkata tandas awam tersebut baru sahaja dibina dengan cetusan idea dari Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Tiong King Sing.

Fasiliti itu dibangunkan bagi menjamin reka bentuk tandas yang kreatif selain mementingkan keselesaan penduduk di kawasan terbabit.

Dalam pada itu, BDA menegaskan bahawa pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut. Mengulas lanjut, BDA meminta sesiapa yang mempunyai info tentang kumpulan motosikal berkenaan untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihaknya atau polis.

“Kumpulan motosikal itu juga digesa untuk tampil memohon maaf dan bertanggungjawab atas perbuatan mereka,” tambah kenyataan itu.


Ramai Berang Lihat Aksi Tak Semenggah Para Penunggang Motosikal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa berang melihat aksi tidak bertanggungjawab oleh anak-anak muda tersebut.

“Dah dibagi kemudahan tak dihargai. Tak diberi kemudahan complain sana sini. Naik marah tengok perangai tak beradab macam ni. Tu fasiliti awam, bukan bapak kau yang buat,” ujar seorang lelaki.

Malah ada yang berkata perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut telah mengganggu penduduk yang tinggal di rumah sewa berdekatan.

“Dah tahu atas kedai ada rumah sewa, dia sengaja lajak laju-laju lepas tu pulas lagi rem macam dia sahaja ada motor. Dia tak fikir rumah sewa ada anak tengah tidur,” jelas seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah segelintir penunggang motosikal yang selalu membuat kacau-bilau hingga mengganggu kententeraman masyarakat.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tangkap dia orang dan sumbat dalam penjara. Jangan kasi jaminan biar mereka hidup dalam hotel besi selama 2 tahun,” kata seorang individu.

Sumber: FB Bintulu News Page

Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Sempat Berpaut Pada Motosikal Rakan Sebelum Jatuh Ke Atas Jalan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tunggang Motor Lawan Arus Hingga Jadi Punca Kematian Diperintah Jalani Ujian Psikiatri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd